Aug 29, 2010

~Reaksi orang Malaysia~


Umum pasti mengetahui berkenaan perihal demonstrasi anti-Malaysia yang berlaku di Indonesia.Tindakan yang sangat sangat keterlaluan dengan membakar bendera Malaysia dan melempar najis ke kedutaan Malaysia di Indonesia.

Puncanya?
Penahanan 3 penguatkuasa di sempadan Malaysia-Indonesia.

Secara generalnya,apa yang dibaca dari sumber sumber yang berkaitan,golongan yang menyertai demonstrasi tersebut merupakan golongan atau kumpulan upahan yang diupah oleh satu figure yang tidak diketahui.Ada yang menyatakan Ahli Politik di Indonesia yang turut senada mengecam Malaysia dari Parlimen mereka.Dan ada juga yang mengatakan individu dari Malaysia yang cuba memburukkan imej negara.Dalang sebenar harus dicari..


Demonstrasi seperti ini juga telah berlaku sebelum ini,iaitu dengan isu Tarian Pendet.Sehingga sampai satu tahap,mereka ingin menyerang siapa sahaja di sana yang berasal dari Malaysia.

Mereka terlampau emosi atau terlampau memerlukan duit?

Kalau dilihat pada rakyat Malaysia pula,dilihat lebih rileks dan sempoi je.Tindakan yang dilakukan setakat semalam,sekadar menghantar bantahan rasmi,dan juga melalui Menteri Luar, Datuk Anifah Aman,.Tetapi sabar tetap sabar.Aku juga rasa geram pabila melihat wajah wajah para peserta demonstrasi yang bertindak macam tah apa apa apatah lagi kata kata yang dilemparkan" ingin mengusir rakyat Malaysia dari Indonesia".Tetapi rakyat mereka yang lebih ramai mencari rezeki di sini,malah ada juga membuat jenayah,"jejaka Lombok" la ,berbanding rakyat Malaysia di Indonesia yang majoritinya pelajar.Geram memang geram.Tapi jika diikutkan geram,tidak akan membantu apa apa pun.

Dan akhirnya kesabaran rakyat Malaysia akhirnya terletus jua.Semalam bendera Indonesia di kedutaan Indonesia telah dibakar oleh dua penduduk tempatan,yang mungkin rasa tercabar dan terbakar nak nak kita semakin hampir dengan hari kemerdekaan.Aku tak tau sama ada nak rasa gembira atau sedih.Aku terasa sedikit gembira kerana at least mereka boleh tahu yang kita tidak suka dengan cara mereka bertindak dan sedih kerana itu juga perlakuan yang tidak munasabah.

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki rakyat tempatan berusia 30 dan 40 tahun selepas mereka membakar bendera Indonesia, Sang Saka Merah Putih di luar kedutaan besar republik itu, di Jalan Tun Razak, di sini, awal pagi semalam. Mereka dipercayai berbuat demikian sebagai tindak balas kebiadapan rakyat Indonesia membakar, memijak dan melontar najis pada Jalur Gemilang dalam tunjuk perasaan depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lalu
Berita Harian Online


Kesimpulan
Pada pendapat aku,kerajaan Malaysia-Indonesia harus lebih tegas untuk menangani isu ini.Sensitiviti rakyat perlu di jaga.Jika keadaan ini berterusan,bimbang bimbang keadaan menjadi lebih buruk dan membawa kepada isu yang lebih parah.Tiada apa pun kesan yang baik dari isu ini.Akibatnya,sektor pelancongan Indonesia dapat masalah kerana kekurangan pelancong dari Malaysia.Rakyat Malaysia juga mencerminkan respon yang baik bagi aku.Berdiam bukan bermaksud kalah,ini cuma mengelak keadaan menjadi lebih buruk.

Kata kata Mursyidul Am PAS,Datuk Nik Aziz Nik Mat:
"Saya hairan mengapa berlaku seperti ini,sikit sikit hendak mengadakan demonstrasi..ini kerja yang memalukan terutama membabitkan sesama Islam.Ini bermakna kita(umat Islam) tidak boleh dijadikan sebagai contoh kepada orang(agama) lain"

Kata kata Perdana Menteri Malaysia,Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Razak
"Saya tidak hairan berlaku tunjuk perasaan itu kerana di Indonesia ada kumpulan upahan.Kita mesti bezakan yang ini adalah tindakan kumpulan yang diupah pihak tertentu untuk merenggangkan hubungan antara kedua dua negara"

Wallahuallam
Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails