Aug 2, 2010

~Ramadhan~



Ramadhan
Kini engkau kembali
Terima kasih ya Tuhan kerana memakbuli
Doaku pada masa yang telah ku lewati

Ramadhan
Ketibaanmu dinanti nanti
Oleh semua di muka bumi ini
Untuk diri diperbaiki
Untuk diri dididiki
Lantas hati dibersihi

Ramadhan
Dirimu penuh kelebihan
Yang ditawarkan oleh Tuhan
Apa lagi yang kita tunggu dan perhatikan
Ayuh bersedia dan meningkatkan amalan


Ramadhan
Siangmu diterangi sinar mujahadatunafs
Malammu dihiasi tahajud qiamullail
Hari harimu dicantikkan dengan zikrullah dan  Quranul Karim
Oh manusia
Janganlah lalai dan leka lagi
Nescaya kita termasuk dalam golongan yang rugi

Ramadhan
Engkau datang dan pergi
Kerana itulah janji Ilahi
Akan tetapi,kuharapkan kini
Pemergianmu meninggalkan taqwa di hati
Agar Ramadhan lebih bermakna dari sebelum ini


"Wahai orang orang yang beriman!Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"[2:183]

Ayuh jadikan Ramadhan ini lebih bermakna dari sebelum ini.


  • Jika dahulu khatam Al Quran 1kali,ayuh jadikan 2kali pada kali ini.
  • Jika dahulu banyak masa dihabiskan untuk tidur,ayuh penuhi masa dengan zikrullah 
  • Jika dahulu Subuh dihujung hujung waktu,ayuh kerjakan Subuh di awal waktu 
  • Jika dahulu mulut kita aktif berbicara,ayuh basahi bibir dengan kata kata Allah dari Quran
  • Jika dahulu solat fardhu hanya di bilik,ayuh penuhi saff saff di masjid solat secara berjemaah
  • Jika dahulu baca Quran bersendiri,ayuh ajak kawan sekali untuk tadarus bersama
  • Jika dahulu banyak makanan terbuang,ayuh bersederhana lah dalam bebelanja
  • Jika dahulu berterawih sekerat jalan,ayuh penuhi 30malam Ramadhan dengan terawih
  • Jika dahulu moreh yang direbutkan,ayuh kita rebutkan ganjaran dengan bersolat malam
  • Jika dahulu Syawal yang dinantikan,ayuh kita menyambut Ramadhan dengan hati yang girang
  • Jika dahulu habis Ramadhan habis semua amalan yang dikerjakan,ayuh kita sama sama beristiqamah
  • Jika dahulu Ramadhan hanyalah bulan lapar dahaga,ayuh jadikan ia bulan tarbiyah diri


Moga Ramadhan ,bulan tarbiyah hati dan nafsu ini,membekalkan diri kita secukup bekalan,untuk memastikan TAQWA itu diperolehi.Hanya padaMu ku meminta.Amin~

Wallahuallam
Blogger Templates
Muhammad Aminuddin bin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

4 comments:

penaberkala said...

ramadhan tak lama lagi
kali ni suasana agak berbeza dr biasa
semoga ia lebih baik, insyaAllah

amin, best la boleh bukak puasa bersama famili hari2

Amin Baek said...

rasa lebih matang berpuasa sambil bekerja..ahaha

yup2..da lme woo xpose sebulan ngan fam..last masa kcik2 lu..hehe..slamt berpuasa di perantauan nuar..haha

umairzulkefli said...

amin amin...

tak sangka ramai yang bermadah pujangga skrg...

Amin Baek said...

haha..bermadah pujangga tak tahan tu..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails