Semalam 17 Ramadhan..
Istimewanya semalam,bukanlah kerana menjadi public holiday di sesetengah negeri..
Tetapi kerana tarikh dimana Badar Al Kubra dan juga Turunnya Al Quran(Nuzul Quran)
Semua pasti ingat dengan sorotan peristiwa Badar Al Kubra ini.Peperangan pertama dalam sejarah umat Islam.Pada asalnya,ia bukanlah bertujuan perang.Tetapi berakhir sebagai suatu peperangan.
Dan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad
"Sebagaimana Tuhammu menyuruh pergi dari rumahmu dengan kebenaran,meskipun sesungguhnya sebagian dari orang orang beriman itu tidak menyukainya.Mereka membantahmu(Muhammad) tentang kebenaran setelah nyata(mereka pasti menang) seakan akan mereka dihalau kepada kematian,sedang mereka melihat(sebab kematian itu)"[8:5-6]
Sebelum perang,seperti kebiasaan bagi Bangsa Arab,pahlawan pahlawan mereka akan beradu kekuatan dahulu.Islam diwakili tiga pahlawan hebat iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib,Ali b Abu Talib,dan juga Ubadah bin Al Harits.Dan ketiga ketiga mereka menang dan,perang meletus di antara 313 pejuang Islam yang taat dan beriman,menentang 1000 orang Kafir..Islam menang.Abu Jahal antara penentang utama Rasulullah juga turut terkorban.
Hikmah Badar Kubra
Tidak Allah jadikan sesuatu perkara itu sesuatu yang mempunyai hikmah.Islam yang ketika itu sedang menapak,sedang mengumpulkan kekuatannya,diuji pula dengan peperangan.Dan Allah mencintai orang yang mencintaiNya.Maka Allah membantu tentera Islam yang difikir secara logiknya,amat mustahil untuk menang dalam keadaan yang serba kekurangan itu
"Dan sungguh Allah telah menolong kamu dalam Perang Badar padahal kamu dalam keadaan lemah.Karena itu,bertaqwalah kepada Allah agar kamu mensyukurinya"[3:123]
"Maka sebenarnya bukan kamu yang membunuh mereka ,melainkan Allah yang membunuh mereka dan bukan engkau yang melempar,tetapi Allah yang melempar.(Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang orang mukmin,dengan kemenangan yang baik.Sungguh Allah Maha Mendengar ,Maha Mengetahui"[8:17]
Ini adalah antara perkara yang penting dalam kejayaan umat Islam di Badar Al Kubra:
Kebergantungan kepada Allah
Pertolongan Allah adalah pasti,selagi kamu yakin akan kewujudannya.Dan itulah yang diperoleh,Kemenangan
Dan cuba bayangkan pabila Allah tidak membantu dan Umat Islam tewas.Pasti dan pasti,Islam akan bungkus dan terkubur di saat mereka mahu mula berkembang.Tiada yang menyakini kebenaran Islam.
Setiap yang berlaku,ada hikmahnya.Dan itulah hikmah kemenangan para pahlawan Islam
Mengenang Badar Al Kubra
Semalam,alhamdulillah,aku diberikan peluang dan kelapangan untuk menyertai sebuah program,yang dianjurkan untuk memperingati dan mengenang peristiwa besar dalam Islam,Badar al Kubra.Program yang diberi nama Rehlah Masyi ini dianjurkan oleh ISMA dan PEMBINA Melaka bertempat di Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka.
Alhamdulillah sempat juga sampai sebelum majlis bermula,terpaksa rushing sikit,yela.Da bekerja sekarang ni.Haha.Tapi mujur sampai dengan selamat
Seramai 30-40 orang peserta jika tidak silap.Program bermula pada jam 6.00 petang,kami akan berjalan di dalam taman itu sejauh 5.6km sahaja(ceh..haha).Semuanya berjalan lancar.Lebih kurang jam 7.00pm,kami sampai ke tempat penamat.Kemudian,Ustaz Ahmad Zainal Abidin,Yang Dipertua ISMA Melaka,memberikan sedikit pengisian berkenaan perang Badar.Lebih kurang 10 minit selepas tu,kami bergerak ke Masjid Al Alami@Masjid MITC untuk iftar bersama.Selepas solat,majlis penutup dan kemudiannya kami bersurai.
Alhamdullilah.Semuanya berjalan lancar.Walaupun berjalan 5.6km,ia masih terlampau berbeza dengan para pejuang Badar yang mungkin terpaksa berjalan lebih 90km atau mungkin lebih besar dari itu,untuk mempertahankan maruah Islam.Subhanallah.
Dan tak sangka gak,ramai rupanya saudara bekerja di Petronas Penapisan Melaka.Wah..
Konklusi
Peristiwa besar dalam Islam ini,akan pasti diulang diulang bahkan mungkin isi yang sama setiap tahun.Dan peristiwa ini bukanlah dikenang,kerana kita dapat cuti atau sebagainya.Yang penting bagaimana kita mengambil ibrah dari setiap yang berlaku.Mudah mudahan ,pengajaran yang diambil dapat menjadikan kita seorang insan yang lebih baik,dan bersyukur.
Wallahuallam
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]
No comments:
Post a Comment