Aug 31, 2010

~Selagi mereka ada~


Insyaallah,di petang hari 31hb Ogos ini,aku ingin berkongsi sebuah cerita.Cerita yang betul betul mengusik jiwa aku dan ianya cerita benar.Pada aku ianya mengusik jiwa,tapi tak tahulah bagaimana pada pembaca semua..

Permulaan

Di suatu pagi yang damai...Aman(bukan nama sebenar) bersama ibunya,Pn Za mengambil kesempatan cuti hari kemerdekaan,untuk keluar membeli sedikit barang kelengkapan.Usai membeli barang kelengkapan yakni beberapa helai pakaian dan kain,mereka terus meluncur ke destinasi mereka yang seterusnya iaitu sebuah kedai dobi untuk mengambil karpet yang ditinggalkan beberapa hari lepas.

AM:Alamak bu..waiseyman.Kedai dobi tutup la pulak.Time time gini la dia nak tutup.Ada kena lempar cat ni karang.haha

PZ:Woit.Kau nak kena ISA ke hape.Kurang hasam nye ayat

AM:Mana ada bu.Orang gurau gurau je a.Takde masa nak buat kerja yang melanggar sivik tu.So macam mana ni bu.

PZ:Takpelah.Nanti esok tengah hari,ibu pergi dengan abah.

AM:OoooKkkkkk..

Aman terus meluncur ke sebuah kedai runcit untuk membeli suratkhabar yang dia minati.Dia parking betul betul di depan kedai runcit terbabit.Tiba tiba...

PZ:Eh man.Ibu nak pergi beli bihun kejap la.

AM:Ibu nak beli bihun cap gajah ke cap ayam?Ibu nak beli katne?

PZ:Cap gajah la.cam biasa.Tu a kat kedai Abang Faisal tu.

Aman menjeling ke kedai terbabit yang lebih kurang bertentangan dengan kedai runcit ini.Jaraknya tidak la begitu jauh.10-20meter.

AM:Nape tak bagitau tadi bu.Boleh melintas tak ni bu?

PZ:Boleh je insyaallah

Aman pun terus ke kedai untuk membeli senaskah dua suratkhabar untuk di bawa pulang.Kedai ini dipunyai oleh Mr Botak yang seorang berbangsa Cina.Baru membuka kedai ini lebih kurang 3tahun

AM:Bang,ni suratkhabar 2 ye.

MB:OooKK..Hurm,Jauh mak U jalan?

AM:huhu.Aah.Dia nak beli barang sikit

MB:Yang TUA jalan jauh,ni yang MUDA jalan dekat.Ish3.(sambil mengeleng gelengkan kepala)

AM:Eh eh.Bukan macam tu.Mak saya yang tiba tiba nak ke sana.(sambil tersengih sengih dan kemudian terus diam seribu bahasa)

MB:Ni bakinya ye.I jual ya

AM:Terima kasih.Saya beli.

Aman bergerak pergi lantas ke kedai lagi satu untuk menjemput ibunya dengan hati yang serba tidak kena.Perasaan bersalah yang teramat.

End of story

Cerita yang mungkin nampak simple,standard dan sebagainya.Tetapi pasti akan memberi pukulan yang hebat kepada Aman.

Mungkin bagi kita,jarak terbabit bukanlah jauh mana.Dekat sahaja dan ibu kita masih mampu berjalan.Tetapi,cubalah bayangkan jika kita berada di pihak ibu itu.Dengan usia yang makin lanjut,kudrat yang makin menghilang,dan terpaksa bergerak melintasi jalan bersendirian.

Dan bagaimana pula seorang yang berbangsa Cina lebih prihatin mengenai isu terbabit dari seorang yang beragama Islam.Islam begitu menganjurkan sikap mengasihi ibubapa dan redha Allah juga tertakluk pada redha ibubapa selagi tidak bertentangan dengan syariat.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu janganlah menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik pada ibu bapak.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua duanya  sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali kali  janganlah engkau mengatakan perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik"[17:23]

"Dan Kami perintahkan kepada manusia(agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya .Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah tambah dan menyapihnya dalam usia dua tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kedua orang tuamu.Hanya kepada Aku kembalimu"[31:14]

Jadi kawan kawan sekalian,ambillah kesempatan ini,hubungilah ibubapa anda,pohonlah maaf daripadanya mungkin terlampau banyak dosa yang kita telah buat dalam keadaan sedar atau tidak.Mungkin sudah lama kita tidak menghubungi mereka,dan telah menyinggung sedikit sebanyak perasaan mereka.Dan mereka tidak menzahirkannya.Siapa tahu?

Hadis popular di bulan Ramadhan ini berkenaan Rasulullah mengaminkan 3 doa oleh Jibril.Salah satunya,"celakalah orang yang masih mempunyai kedua ibubapanya atau salah sorang tetapi tidak masuk syurga".Maka Rasulullah menjawab "amin.."

Berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada bersama kita.Janganlah sia siakan mereka.Manusia memang fitrahnya,hanya akan merasa kepentingan sesuatu apabila kehilangannya.Jadi,janganlah biarkan ia berlaku kepada kita.Manfaatkanlah sebaiknya waktu yang ada.Kepada sesiapa yang ibubapanya sudah tiada,maka ambillah kesempatan Ramadhan yang barokah ini,untuk terus terusan berdoa agar mereka ditempatkan di tempat orang orang yang beriman.


"Apabila manusia mati,maka terputuslah segala amalannya kecuali sedekah jariah,ilmu yang dimanfaatkan dan doa dari anak yang soleh"[HR Muslim,Tirmizi,Nasai]

Aku selaku anak bongsu dalam keluarga,sering sahaja digelarkan "anak emak" oleh kawan kawan.Perlukah kita rasa malu?Owh.Aku selalu memberi reaksi malu diejek sebegitu.Tapi hakikatnya,aku tidak pernah malu menjadi "anak emak".Bahkan aku bersyukur menjadi anak emak.Bukan anak kucing atau yang lain lain.=).Buat apa kita nak malu untuk mengakuinya.Dan ada juga yang pabila bersalam dengan ibunya,cepat cepat melarikan diri untuk mengelak dari dicium di pipi ketika dikhalayak ramai.Kenapa?Perlukah ini berlaku?Aku bangga,aku sekarang berumur 20 tahun,masih lagi mencium dan dicium ibu ku ketika dikhalayak ramai.Aku merasa ketika itu begitu indah kasih sayang yang Allah kurniakan kepadaku menerusi kasih sayang seorang ibu.


Kawan kawan sekalian,ambillah kesempatan ini,ekspresskan kasih sayang kepada ibubapa,agar mereka tahu,kasih sayang mereka berbalas.Janganlah kita menyesal kelak,kerana menolak untuk dicium di pipi,kerana menolak untuk mencium tangannya, disebabkan perasaan "malu".Jangan jangan.Jangan biarkan ia berlaku.

[Apa sudah jadi?]


Dan bersyukurlah,masih ada kasih sayang dari insan bergelar ibubapa buat kita,di sebalik banyak isu bayi tidak beribubapa kerana dibuang di masa belum mengenal dunia.

Sekadar coretan di petang hari.Untuk sama sama berintrospeksi diri.


[I love both of you very much,Abah Ibu.Thanx Allah for the love]

note:Cintailah ibubapa sebelum kamu mencintai insan lain
note:note:Allah,Muhammad,Ibu,Ibu,Ibu dan Bapa

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

8 comments:

Zanaishi said...

hmm..

sayunya hati bc post ni..

thanx to aminbaek cz berkongsi cerita aman n ibunya tue..=)
(tp mcm tahu je sape aman tu..hihi..)

Amin Baek said...

rozanna:

huhu..sekadar pendapat dari observation dan pengalaman sendri..

sama2..tau ke??AMAN=Peace=Salam=Islam..

subhanallah..

hehe

penaberkala said...

bertuah ibunya mendapat anak sebaik aman
sekecil-kecil kealpaan pun dia nampak dan sedar
nice story

tiba2 buat aku jadi homesick,haha

Amin Baek said...

penaberkala:

haha..bile mau balik raya??
raya puas2 ngan keluarga tahun ni..yeah!

arekymz said...

assalam.
terima kasih atas peringatan.
insyaalah akan sedaye upaya bantu mak n abah.
diorang dah bnyk tolong kite mase kite kecik kan.
nak besar kan kite ni bukan senang.
bnyk yg mereka korbankan.
sedih sangat2 bile tgk @ bace pasal anak anta ibu bape ke umah org tua2..

Amin Baek said...

akim:

salam..
sama2..
begitulah.cerita di akhir zaman..mcm2 yg tak logik..

benar kata2 orang tua,
ibubapa mampu menjaga ramai anak,7 ke 11 anak,tp anak yang ramai2 tu,belum mampu jaga ibubapa yang seorang tu..huhu

Ahmad Tajul said...

salam..
erh,, anta nak tulis aman ker amin sebenarnya... kalo amin ana kenal laa.. kalo aman takder laa plak kenalnya...hehehe...
apa2 pon.., start join tarbiyah, ana mula cium pipi ke dua ibu bapa.., walaupon adik bradik lain tak buat..tapi bapak ana cam malu2 sket kna cium..hahaha..

Amin Baek said...

shahrul:

salam...haha..aman(bukan nama sebenar)..kah3..

wah..tahniah2..moga dapat konsisten..insyaallah,ibubapa lagi gembira bila kita menunjukkan perubahan yang baik..biasa la tu..laki,ada malu2 skit..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails