Aug 15, 2010

~Tandanya?~


Fuh.Menakutkan.Cuak.

Apa yang ditakutkan dicuakkan sangat ni?

Bila menonton Buletin Utama sebentar tadi,telah ditayangkan bagaimana kehidupan rakyat di Pakistan yang baru berdepan dengan banjir besar yang hampir menenggelamkan keseluruhan Pakistan.Seksa sampai berebut berebut akan bantuan yang tiba.


Kemudiannya,ditayangkan pula,keadaan di Moscow,berjerebu,had pandangan yang sangat dekat.Kepekatan Carbon Monoxide yang sangat tinggi di udara.Kepekatan CO yang tinggi akan membawa kepada masalah pernafasan kerana CO lebih mudah berpadu dengan hemoglobin membentuk karboksihemoglobin(wah..masih ingat lagi BIO).Ini semua berlaku akibat kebakaran hutan yang semakin menjadi jadi di Rusia sana.Sekarang mereka berhadapan dengan suhu setempat yang sangat tinggi.Begitu juga California.Suhu meningkat melebihi tahap normal


[Ini bukan di Moscow.Tak dapat jumpa gambarnya]

Akibat dari bencana alam ini,banyak nyawa terkorban.Tempat tinggal banyak yang musnah.Kehidupan menjadi kelam kabut dan terus dirundung kegelisahan kerana susah untuk bernafas.Alhamdulillah Malaysia ini terus selamat dengan bencana alam yang besar cuma yang kecil kecil itu masih ada.

Perasan atau tidak,bencana alam yang baru baru berlaku ini,amat jelas perbezaannya.Satu berasaskan air dan lagi satu berasaskan haba.

Jadi?
Apa kaitan dengan tajuk post ini?

Tanda hari kiamat
Sesungguhnya,semakin jelas yang kita ini semakin menghampiri hari kiamat.Pelbagai bencana yang berlaku.Pelbagai wabak yang tersebar.Banyak lagi tanda tanda yang diriwayatkan oleh perawi hadith sudah muncul pada hari ini.

Antaranya:


Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah bersabda:
"Di antara tanda tanda hari kiamat ialah kamu lihat nanti pengembala pengembala kambing menjadi pemimpin,kamu lihat orang yang tidak beralas kaki,orang yang telanjang dan lapar berlumba lumba membuat bangunan,begitu juga kamu lihat hamba sahaya melahirkan tuannya"


Anas bin Malik mendengar Rasulullah bersabda:
"Di antara tanda tanda hari kiamat ialah diangkat ilmu dan timbul kebodohan,semakin meluas perzinaan,meminum minuman keras.Kaum lelaki akan ramai yang mati dan tinggallah kaum wanita sehingga menjadilah limu puluh banding satu"[HR Muttafaqun Alaih]

Ada point yang aku ada highlight di atas tanda tanda yang biasa kita temui hari ini.Sangat mudah ditemui

Tindakan kita

Apa yang kita boleh buat?

Kita memang tidak mampu berbuat apa apa kerana hari kiamat itu adalah pasti.Kita tidak mampu menghalangnya dari berlaku.Mungkin fikiran kita terfikirkan filem gah buatan orang Barat "2012" yang kononnya berjaya menyelamatkan diri mereka dari "kiamat" yang berlaku itu.Lupakan semua itu.

Apa yang pasti,kita hanya mampu dapat mensiapkan diri kita dan orang lain dengan bekalan bekalan yang sepatutnya dipersiapkan.

Sesungguhnya masyarakat kita sudah kritikal.Isu sosial masih dicari cari penyelesaiannya.Masalah aqidah juga juga tidak terkecuali.Fikiran hanya tertumpu kepada duniawi,bila masanya untuk ukhrawi.

Dan isu yang tidak habis habis.Satu lagi bayi dijumpai di sungai.Inalillahiwainnailaihirajiun.Kes buang bayi ke 64.Di sini nak attachkan sedikit pendapat daripada Ketua Biro Media & Penerangan ISMA(Ustaz Mohd Hazizi)

Konklusi
Ayuh kita berintrospeksi diri.Janganlah pabila sudah hampir dengan tanda tanda besar,baru kita ingin memikirkan kembali akan diri kita.Katakan YA pada TAUBAT.Insyaallah taubat akan sentiasa diterima selagi nyawa belum di tekak dan matahari belum lagi memancarkan cahayanya dari barat.


"Kecuali mereka yang bertaubat,mengadakan perbaikan dan menjelaskannya.Mereka itulah yang Aku terima taubatnya dan Akulah Maha Penerima taubat ,Maha Penyayang"[2:160]

Dan ayuh kita sama sama mengingatkan MATI yang sentiasa mengintip kita dari hari ke hari

"Sesungguhnya orang yang bijak itu adalah orang yang selalu mengingati mati"

Wallahullam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

12 comments:

Hazwan Arif said...

kes buang bayi dh jd mcm perkara normal dlm masyarkat skarang..

x abis2

Rozanna Abd Rahim said...

syukur Malaysia boleh dikira negara yg masih terselamat drpd bencana alam yg besar.tp sedih jgk, bila sudah diberi nikmat dpt hidup dlm keadaan yg aman, ramai umat islam yg mudah lupa diri.lebih kejarkan ganjaran dunia dr akhirat.Hidup berhambakan wang ringgit,korupsi..hurm..

penaberkala said...

tandanya dah makin byk
bala-bencana pun sudah byk
masalah akidah pun dah byk
gejala sosial lagi la, ari-ari brita pasal buang anak keluar paper
bunuh-membunuh, tembak-menembak sudah jadi biasa

Amin Baek said...

hazwan arif:aah..td dgr sore pembaca berita pun

"lagi bayi dijumpai..."

suara macam da bosan da..huhu

Amin Baek said...

rozanna:

jadi,ayuh bersyukur..huhu..sama2 bermuhasabah..

Amin Baek said...

penaberkala:

kita semakin hampir dengannya....

juga biasa dilihat...Anak menjadi tuan bagi ibunya...

Jamal Rafaie said...

Memang tanda2nya semakin besar.. Dunia memang dah tua, sedangkan pada zaman Nabi pun Dunia ibarat perempuan tua bertongkat, mungkin sekarang dunia dah lumpuh menanti mati!

Lepas ni, kita perlu bersedia dengan episod2 tanda2nya.. Kebangkitan Dajal dan kemenangan Islam di akhir zaman.. Mari sama2 kita doa kita tergolong dalam golongan para mukminin yang akan dimatikan sebelum berlakunya kiamat.. Amin..

ImanCo said...

nak jadi bijak cam amin jgak... hehehehe...

ingat mati byk... T-T

adib :p said...

chayyok amin baek! troskan menulis:D
hehehe

Amin Baek said...

jamal:yup2...saya pun baru terfikirkan peristiwa terjumpanya dengan wanita sangat tua itu..itu zaman rasulullah..zaman kita,entah bagaimana uzur dan nazaknya "bumi" itu ye..huhu

insyaallah..doa doa la kita..

Amin Baek said...

imanCo:

bijak cm ana??bijak berbelanja ke apa..kah3..

insyaallah..sama2 mengingatkan kematian..

Amin Baek said...

adib =P:

terima kasih memberi sokongan..

macam ku kenal adib ngan chayok2 nye..adib mozac ke ni??

hahahha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails