Hari ini sudah masuk 9 Ramadhan
Owh.Sekejap sahaja bukan?Kita hampir pun tamat fasa pertama dalam Ramadhan ini.Bagaimana iman kalian?Bagaimana amal ibadat?Moga moga kita mampu memperbaiki diri menjelang 10malam terakhir kelak.Ibadat yang sedikit tetapi konsisten adalah lebih disukai Allah dari ibadat yang banyak,tetapi hanya sekejap.Kalau banyak tambah konsisten,lagi baaaeeekkk punya..
Bila fikirkan balik Ramadhan ini,owh.Aku seronok rupanya.Sebulan berpuasa dengan keluarga.Pertama kali setelah 8tahun berpuasa di perantauan.(Ceh.sekolah pun kat Melaka je).Tapi,bila berpuasa di rumah pun,bukan sesuatu yang mudah,apatah lagi di zaman internship ini,bila bergaul dengan masyarakat,bila berjumpa orang ramai yang berbeza ragamnya,ia menjadi sesuatu yang berbeda.Berbeza jika berpuasa di kampus,ada sahaja di kalangan rakan rakan yang sudi menegur jika tersilap.
Dan Alhamdulillah.Semalam berlangsungnya liqo' kedua aku bersama adik adik UTeM.Diberikan amanah untuk mengendalikan majlis tersebut sepanjang keberadaan aku di Melaka ini.Biasanya malam hari selasa,aku berhalaqah di hadapan TV untuk Halaqah Sentuhan Qalbu,dan kini aku perlu mewujudkan diri secara fizikal di Halaqah.Subhanallah.Banyak sekali pengalaman yang diperoleh walaupun baru sahaja bertemu.Aku yang seperti orang asing,tiba tiba bertemu tetapi alhamdulillah respon yang baik diberikan,dan dapat menerima diri ini.Kini aku merasakan diri ini seakan akan seorang pelajar Universiti TerMantap(UTeM).Ini barulah "talam dua muka".Kejap UTP kejap UTeM.Owh.Aku da semakin lupa daratan rupanya.UTP UTP.Aku rindu kau..hehe.
Merindukan saat saat di UTP.Bila baca blog blog 'saudara' yang lain,rasa macam cemburu pun ada.Ye la.Da selalu beraktiviti bersama.Tetapi kali ini ,hanya mampu jadi pembaca.Huhu.Meriah sungguh di Perak sana.Takpe.Insyaallah masanya akan tiba untuk kita kembali bersama.
Owh ya.Hari ini juga menggembirakan aku kerana hasrat selama lebih kurang 1 tahun setengah,akhirnya diizinkan Allah untuk berlaku.
Apakah itu?
Ini dia....
[Nampak apa perbezaannya]
[Kita zoom in sikit]
[Saja nak tunjuk plat numb..Lambang tu yang mahal..hehe]
Dengan wujudnya mende ini,makanya,ini pula yang menghilang..
Huhu..
Maksudnya kenalah menabung semula.1 hari 20 sen.Mudah mudahan hasilnya boleh digunakan untuk menyara bakal keluarga dan bayar zakat.Haha
Opss..Zakat.?
Adik adik semua,hangpa jangan lupa bayaq duit zakat no..
Kadar zakat bagi tahun 2010
Negeri | Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM) |
Perlis | 6.00 |
Kedah | 7.00 |
Pulau Pinang | 7.00 |
Perak | 7.00 |
Selangor | 7.00 |
Negeri Sembilan | 6.50 |
Melaka | 6.50 |
Johor | 5.00 / 7.50 * |
Pahang | 7.00 |
Terengganu | 5.00 / 7.00 / 8.00* |
Kelantan | 7.00 |
Sarawak | 5.20 |
Sabah | 6.80 |
Wilayah Persekutuan | 7.00 |
Jangan buat buat lupa da la ye..
Akhirnya,aku temui juga buku dan pengedarnya di Melaka..Yeah!
Dan ini adalah...
Sudahkah anda mengibarkan jalur gemilang.?Di atas ni bukan Jalur Gemilang ye.Harap maklum.Jalur Gemilang tidak dapat diupload kerana ada unsur yang tidak sepatutnya dilihat dalam gambar tersebut.Huhu
Sekian sahaja aku melaporkan post saja saja untuk ~CoretanKu~
Wallahuallam
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]
10 comments:
Salam akh..
Huhu.. xdpt nk beraktiviti bersama..
Xpe. InshaAllah, ada jodoh kita bertemu lg.. =)
jap2,amin apa yg baru kt motor tue?xpasan apape pn?wuwu..
ala xpe amin,ry nak dekat dah,nnt kumpul dwet ry byk2 penuhkan tabung tu balik ok?^_^
kami menanti kehadiran amin baek serba baru..
dicelup dengan tarbiyah UTEM..
hehe~
waaaa
moto amin da ade sport rim...
kalahla kude putih aku psni min..
xpe...'pengalaman' moto aku lg bnyk, moto ko kne bnyk blaja lg...haha~
All The Best!!
Cinta Tarbiyah & Dakwah!
Doakan semua ikhwah membuat perbaikan maksimal sepanjang ramadhan ni.
-umairzulkefli-
SOA:
salam akh...huhu..insyaallah,ada jodoh lagi boleh la kita..hehe
rozanna:
ceh..xnampak...hhuhu...aku tuka sport rim ngan tubeless a..sbb tu zoom kat tayar tu..hehe
harap2 masih dpt duit raya la..jgn aku yg kene bagi duit raya sudah..hahahha
ibn ghazali:
hahah..mudah mudahan..
celup?
jangan jadi macam oreo sude..hehe
umair:
hehe..pasni kuda aku akan lebih garang..takde tayar bocor2 da..hahaha
insyaallah..mudah mudahan...terus berazam perbaiki diri.
akh, nanti boleh le pinjam2 moto..ehe~
utp? utem?
ko curang ke utp yg belot? haha
rasa malas lg nk blk utp
klu intern staun kan best
Post a Comment