Aug 6, 2010

~Terima Kasih~


Aku buka entry ini,dengan sedikit persoalan yang ingin ditujukan buat semua pembaca.Termasuklah diri ini sendiri.

Apakah yang anda lihat,pabila melihat diri anda ke dalam cermin?


Apakah yang anda fikir ketika melihat si jantan(kucing) mengawan dan seterusnya melakukan "persetubuhan" dengan si betina(juga kucing)?


Mungkin jawapan awal dan spontan dari kita..

Soalan 1


"Oh.Hensem juga aku ini.Ini kalau dagu terbelah macam Leonardo Dicapriok mesti lagi kacak.Kompem perempuan cair punya"


"Eh eh,macam ayu pulak aku ni bila tengok kat cermin lama lama.Kalaulah dapat tambah taik lalat kat bawah mulut macam Datuk Siti,fuwah..meletup woo.(Taik lalat bukan sejenis najis)

Soalan 2


"Siot a kucing ni.Tengah tengah jalan pun nak "buat".Tak malu ke orang tengok.Kah kah kah"


"Peh.Ini kalau rakam,pastu upload kat DC++ ni.Mesti gempak.Nak nak letak tajuk "perlakuan terlampau di UT* .Hahaha"

Ni adalah sekadar agakan dari aku sahaja.Mungkin anda mempunyai jawapan yang lain.Mungkin jawapan yang lebih bernas,ataupun lebih sengal mahupun lebih menggeletek hati.

Kenapa tiba tiba aku bangkitkan soalan ini?Adakah aku merasa sudah hensem seperti jawapan di atas?  =).Bukan bukan.Main main je.Hehe.Cuma aku nak kita sama sama fikirkan,pernah tak sekali,sekali pun cukup lah.Tatkala kita merenung diri kita,kita lihat hidung kita yang mempunyai dua lubang itu,kita renung mata kita yang dilindungi bulu mata itu,kita tatap wajah kita yang bulat,bersegi,mahupun bujur itu,kita SEGERA BERTAHMID mensyukuri nikmat yang diberikan?kita segera MENGAKUI KEBESARAN Allah dengan segera BERTASBIH?

Secara jujurnya,aku juga jarang begitu.Bila tengok cermin,ada sahaja yang aku rasakan tidak sempurna.Rambut tak kemas la,itulah inilah.Inilah kesilapan kita.Asyik menginginkan apa yang tidak diperoleh,tetapi langsung TIDAK BERSYUKUR dengan nikmat yang diberikan.Astagfirullah.Kebesaran Allah betul betul di depan kita,namun kita membutakan mata,membutakan hati dari mengingatiNya.

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi sehingga hati akal mereka dapat memahami,telinga mereka dapat mendengar?Sebenarnya bukan mata itu yang buta,tetapi yang buta ialah hati di dalam dada"[22:46]

Lihatlah pada BULU KENING mu rakan rakan,apakah tidak pernah kita berfikir,kenapa bulu kening mu tidak memanjang seperti mana rambutmu yang memanjang proportional dengan masa.?Inilah kebesaran Allah.!!
[Gambar hiasan..dari Pakcik Google]

Lihatlah lagi pada TANGAN mu rakan rakan.Apakah tidak pernah kita berfikir,kenapa tangan kita ini memanjang dengan sama panjang,Tidak panjang sebelah kanan atau tidak panjang sebelah kiti.Inilah kebesaran Allah!!



Dan sama sama kita perhatikan ciptaan ciptaan Allah di sekeliling kita.Semuanya mempunyai variasi.Tidak ada yang betul betul sama,dari wajah,tidak wajah,bentuk badan,tidak bentuk badan,suara,tidak suara,pasti berbeda cap jarinya.Inilah kebesaran Allah.Berapa billion manusia ada di bumi ni,dan semuanya adalah berbeza?Subhanallah..

Dan menyentuh isu kucing terbabit,ada yang memandang jijik,ada yang memandang jelik,padahal ia hanyalah haiwan yang tidak mempunyai akal.Dan kita lupa,kita lupa.Di situlah kebesaran Allah seterusnya dipertontonkan.Bagaimana anak kucing boleh terbentuk dari perlakuan yang dianggap "jijik".Dan kita,aku,kau,kamu dan korang semua,juga datang dari setitis air mani,yang lantas berevolusi dan akhirnya,itulah kamu hari ini.Subhanallah!!

Apakah kita tidak pernah terfikir semua ini.Argh.Aku lalai leka dibuai keseronokan hidup ini.KebesaranMu di depan mata,tapi langsung tidak diperhatikan.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"[55:21]

Allah mengulang ngulang ayat ini sebanyak 31 kali di dalam surah Ar Rahman.Inilah peringatan,peringatan untuk kita yang lalai dan leka.

"Kami tidak meminta rezeki daripadamu bahkan Kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu.Dan akibat yang baik adalah bagi orang yang bertakwa"[20:132]

Rezeki dan rezeki dan rezeki terus terusan diberikan.Tidak pernah berhenti.Tetapi,kita yang asyik berhenti dari mengingatiNya dan bersyukur kepadaNya.

"Maka ingatlah kepadaKu,Aku pun ingat kepadamu.Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"[2:152]

Jadi,ayuh bersyukur.Terima kasih pada Tuhan kerana mengurniakan sebaik baik nikmat untuk kita gunakan menghadapi dunia yang fana ini.Dan syukur bukanlah terima kasih semata mata,tetapi syukur itu perlu diterjemah ke dalam bentuk amalan untuk menghargai nikmat nikmat yang diberikan.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,menceritakan bagaimana Rasulullah bersolat malam hingga bengkak bengkak kakinya.Lantas ditanya oleh Aisyah ra."Mengapa kau masih bersolat sehingga begitu sekali walaupun Allah telah mengampuni dosamu pada masa silam dan masa akan datang?"Nabi Muhammad menjawab "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang BERSYUKUR?".

Rasulullah tidak bersyukur dengan lisan semata,bahkan solat malam hingga bengkak bengkak kaki.Jadi,kita seharusnya perlu lebih daripada itu.Tetapi,manusia tetap manusia.Kita lalai dan leka.Huhu

Dan Allah tidak berfirman kepada Nabi Daud "Ucapkanlah syukur kepada Allah" tetapi "Lakukanlah".Di sini sudah menampakkan syukur itu bukan pada mulut sahaja,bahkan pada hati dan juga perbuatan.

Ucaplah Alhamdulillah.Terima kasih ya Allah.Hayatilah kalimah Alhamdulillah itu dengan hati

Tanpa mata,aku buta,
Tanpa udara,aku mati,
TanpaMu,aku tiada apa apa

Alhamdulillah juga.Walaupun aku sedang berinternship,Allah mengurniakan rezeki melalui PETRONAS,kerana PETRONAS masih memberikan aku elaun buku.Hehe.Ada ke buku nak dibeli semasa internship?Macam tak ada.Disebabkan PETRONAS kasi juga duit buku,kena la manfaatkannya =)

Syukur..Buku buku tuk dihabiskan dalam baki 6bulan ni


Terima kasih kepada Akh Zubair Si Penjual Buku.(Hanzalah Bookstore)
Sila tekan di sini.Macam macam ada.


Dan terima kasih kepada Akh Firdaus Sabtrani(Pustaka Iman)
Sila tekan sini

"Bacalah.Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"[96:1]

Yeah..Aku da reti guna CimbClicks..Terus berubah bila terkena penangan ayat kawan "Kau takde Cimbclicks ke?",bila aku tanya dia,scholar da masuk ke belum.Ah.Terasa beb..haha 


Wallahuallam


Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya


"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

2 comments:

KD said...

mekaseh Allah kerana diciptakan ensem... (*salah ke?)


nice post!

Amin Baek said...

hahah..tu perasan la man..keh3..

thanx akh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails