Sep 3, 2010

~Jangan dicabar!!~


Secara jujurnya,aku merasakan keadaan politik dalam negara semakin lama semakin teruk.Politik kacau bilau.Prinsip dan pendirian habis digadai demi kuasa dan undi.Baik dari BN mahupun PR.Masing masing ingin menjaga undi mereka.Melayu sudah berpecah dua.Dan sudah tentulah kelompok penentu sekarang golongan majoriti kedua,iaitu Bangsa Cina.

Semua tahu,statistik menunjukkan kecenderungan pengundi Cina,kepada parti peneraju PR,Democratic Action Party(DAP).Dan bermulalah episod politik huru hara dalam Malaysia,kerana dua dua parti mempunyai kekuatan seimbang.

Tuntutan yang jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan,Penglabelan "kau rasis","aku pertahankan hak",kes surau dan gereja diceroboh dan macam macam isu lagi yang boleh menimbulkan persengketaan.Dan isu terbaru Namewee.Tuntutan demi tuntutan,hinggakan Presiden PAS sendiri membidas tindakan Tony Pua yang ingin memansuhkan "diskaun bumiputera" di Selangor.

Slogan PM,1Malaysia masih kabur.Sering kali slogan ini disalahguna.Ada yang bermaksud,hak yang sama rata antara semua kaum.Dan rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan,juga menerima nasib yang sama.Ada  saja yang disalahkan gunakan untuk kepentingan sendiri.



Sampai bila perkara ini akan berterusan.?Munculnya medium baru yang "terhangat di pasaran" iaitu Facebook menambahkan lagi petrol di dalam api yang kian membesar.Inikah kebebasan bersuara yang kita nak?Atau perlukan ada jawatan khas di dalam Polis Diraja Malaysia untuk memantau Facebook semata?

Facebook oo Facebook.Kau ada manfaatnya,tapi bila tidak digunakan dengan akal yang waras,kau menyusahkan.


Mungkin yang ini ,bagi anda semua seperti tiada kaitan yang jelas dengan isu yang aku perkatakan di atas,tapi percayalah,sebenarnya YA.Mereka semakin berani.Mungkin tidak semua,tapi bak kata pepatah "kerana nila setitik,rosak susu sebelanga"




Bacalah sendiri.Aku kebiasaannya akan menaipkan yang mana aku nak stresskan,tapi kali ini maaf.Aku tidak sampai hati untuk menaipkan kembali tulisan seorang rakyat yang tidak@kurang bersyukur akan keamanan yang dianugerahkan.

Aku tidak tahu apa alasan yang akan keluar lepas ni..

Mungkin mereka tidak faham Islam?

Kalau tidak faham,tidak perlu sekurang ajar itu.Sebelum ini,ada yang mengatakan "malay is pig",dan kini,lebih "berani".

Dan Melayu/Islam masih risau,jika mereka membantah atau mengecam,mereka akan dikecam,"kau rasis".Harapkan menteri KDN,tunggu je lah "amaran" dari beliau.

Dan pendapat aku,kini kita semakin hilang kuasa di bumi sendiri.

note:semua tulisan adalah pendapat peribadi
note:note:Menunggu kesatuan umat berlaku di Malaysia
note:note:note:"Melayu Sepakat Islam Berdaulat"
note:note:note:note:Hampir hilang minat dengan politik sempit Malaysia

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

5 comments:

-J- said...

min...
ak n pns baran...
n skang n ak rse klau budak tu ad depan ak.. mmng dah lme kne penangan...
jantung ak pun dah laju je n...

cme dlm keadaan mcm n...
kte sbgai umat islam...
perlu ke kte hanya duduk bersabar...
ble nama Tuhan yg kte sembah...
Tuhan yg kte percayai dan imani dengan sepenuh hati...
di perkatakn mcm n...

n bukan lgi isu perkauman...
bukan lgi isu politik...
tp satu isu keagamaan..
kepercayaan kita...
keimanan kte...

btul mcm ko kte...
krn nila setitik, rosak susu sebelanga...
sbbkn budak n sorg...
bakal rosak nme cina d malaysia...

cme ak nk tnye je la...
dlm situasi mcm n...
ap peranan kte sbgai umat islam??..
xkn nk duduk diam je..
demonstrasi??...
ak x rasa tu jln penyelesaian yg btul...
so, ap pndpt ko min??..

ak x brani nk kte lebih2...
ilmu ak cetek je...

Amin Baek said...

j:

aku sekadar tulis apa yg aku rasa la..
as,faris pun penah present,ckp everything is politic..

bagaimana dalam kes ni,politik boleh memainkan peranan.?

ferst,kes ni tersebar..then,kerajaan BN,akn dakwa or mengecam,kemudian,orang Cina akan menentang,parti komponen cina(DAP+MCA+GERAKAN) bersependapat,cm aku cakap,penentu skang undi cina,so BN myb jatuh,PR naik(parti utama dlm PR is DAP)..Bgtulah bg aku,bgaimana politic tkait dalam isu ni...

dan cara dia?
kalau jawapan skemanya,sudah tentulah kembali kepada Quran dan Sunnah,kita tarbiyah dia..ya..itu semua betul.tapi dalam kes ni,rasa2 dia nak terima ke?sedang nama Allah dipermainkan....tp kuasa Allah,tiada siapa dapat sangkal.Hidayah milik Allah..

tp yang ada dalam fikiran aku,melalui politik juga.MCA DAP GERAKAN boleh duduk semeja untuk isu kaum mereka.Mereka boleh spendapat.

Dan ini yang sepatutnya Melayu/Islam buat.Berpakat dalam persamaan yang ada.Bukan asyik bertelagah.Masing masing dengan ego masing masing..Jika semua melayu/Islam berpakat/sependapat tiada ruang yang diambil org lain,bahkan Islam tampak lebih terkedepan..insyaallah..

tp apa nak buat,dalam isu kalimah Allah pun,orang Islam belum boleh bersependapat..

Akhirnya,nama Tuhan kita dihina sebegitu skali..arggh..asal mereka boleh brani bgtu skali..huhuh..

ini sekadar pndapat aku J..mungkin ada cara yang lebih baik,tapi belum dapat difikirkan..emosi sedang menguasai diri..huhu

-J- said...

btul tu min...
ak pun dah naek meluat dngn politik2 mlysia..
terutamanya org2 melayu islam kte sndiri...
mcm yg ko ckp... slng berpecah belah... tuduh sana...
tuduh sini...
yg tu slh kn yg n...
yg n kte yg tu x btul...
sedih pun ad...

Jamal Rafaie said...

Dalam soal agama ni, parti politik tak boleh nak mainkan peranan.. Lihat kes nama Allah, Pas dan UMNO boleh pulak bergaduh psl benda ni.. Senang cerita, masing2 nak menang dan jadi juara..

Amin Baek said...

jamal:

itulah..kesepakatan masih takde.Sbb itu lah orang lain bijak mengambil ruang,bg memecah belahkan perpaduan yg sdia ada..

mungkin peranan besar pada NGO NGO..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails