Tajuk yang menarik untuk diulas.Haha.NIKAH?
Aku tertarik untuk mengulas mengenai topik ini setelah bertebaran emel dan facebook yang mengandungi entry dari blogspot.Tajuknya ialah "Mengapa lelaki kahwin lambat"
Terima kasih kepada tuan empunya blog kerana mencetus satu idea yang untuk sama sama dikongsikan.Aku percaya ramai yang sudah baca dan agak bersetuju dengan point point yang diberikan.Aku juga begitu.
Sebelum pergi lebih jauh,mengapa kita perlu bernikah?
Pelbagai jawapan yang akan muncul
"Aku mahukan zuriat dan meramaikan umat Muhammad"
"Itukan fitrah manusia yang dicipta berpasang pasangan"
"Ana mahu gerak kerja dakwah lebih gencar dan lancar selepas mempunyai zaujah"
"Mahu menyempurnakan sebahagian dari agama"
"Mendirikan masjid"
"Ish.Susah bro nak tahan nafsu sekarang ni.Bahaya"
Dan pelbagai lagi...
Benar jawapan jawapan di atas.Dan berikut juga,antara jawapannya..
"Di antara tanda tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan Dia menjadikan antaramu rasa kasih dan sayang.Sungguh pada yang demikian itu benar benar tanda tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir"[31:21]
Merasa tenteram..
Pernah mendengar pengalaman dari kawan dan saudara yang menyatakan bahawa,selepas mereka bernikah,mereka berasa lebih tenang dan selesa.Demikianlah kebenaran ayat ayat Allah ini.Jika belum bernikah,sudah pasti syaitan akan sentiasa menduga dan menggoda hati agar bermaksiat kepadaNya.Sebab itulah kita sering rasa resah,gelisah dan gundah gulana.
Mengulas kembali kepada isi entry oleh Nina,beliau lebih menekankan kepada aspek ekonomi sebelum berkahwin.Aku setuju dengan point beliau apabila direlatekan dengan pemikiran masyarakat kita sekarang.Sampai ada yang sanggup meminjam dan berhutang semata mata ingin menjalankan walimah dan bernikah.Dari kos untuk walimahnya,ke isi rumah dan sebagainya.Dan selesai kelak,maka,pengantin baru akan dirundung dengan masalah baru,iaitu hutang.Jadi,adakah ini yang akan membawa ketenteraman?
Kita faham bukan bahawa bangsa Melayu ini punya pelbagai adat,budaya dan juga pemikiran.Namun bukanlah semua pemikiran itu perlu diikuti dengan membabi buta.
Contoh yang aku boleh berikan ialah,urusan hantaran.Sama dengan point Nina,hantaran sekarang adalah lebih disukat dengan taraf pendidikan,populariti dan sebagainya.Sering terpampang di dada akhbar mengenai artis yang akan berkahwin,hantarannya sungguh besar.Ada yang mengikut tarikh pernikahan,ada mengikut tarikh lahir dan sebagainya.Jadi wujudlah hantaran bernilai,RM6666.66 malah ada yang lebih besar dari itu.Hantaran ini adalah hak oleh pengantin,terpulanglah mengikut kemampuan.Tapi pastinya ia akan menjadi beban,sekiranya permintaannya melebihi dari kemampuan,seperti yang banyak berlaku sekarang =( .
Ada juga yang berfikiran,jika ingin bekeluarga,maka perlu ada terlebih dahulu,kereta ,motosikal,rumah,televisyen,sofa,mesin basuh dan sebagainya.Yang kita perlukan sudah tentulah keperluan asas.Yang lain pula cukuplah ada jika kita berkemampuan.Akan tetapi,masih adakah wanita yang sanggup berumah bersama suami dengan tiada sofa,televisyen,mesin basuh dan sebagainya?Ada.Tetapi tidak ramai.Teruja melihat rumah sahabat yang sudah berkahwin.Rumah beliau kosong sahaja dan hiasannya adalah sedikit bunga bungaan dan banyak buku bukuan.Subhanallah.Kagum.
[Beginikah yang kita mahu?]
Persoalan berkenaan nikah ini,usahlah diberat beratkan.Nikah adalah sebuah alternatif ataupun penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah zina dan buang bayi.Sekiranya mentaliti seperti ini terus berlangsung,maka ramai la lelaki memilih untuk tidak bernikah.Alasan?Tak cukup duit.
Sama samalah kita belajar bab munakahat.Kita ambil yang mana menjadi keperluan yang utama.Bukan mementingkan keperluan sampingan.Pernah juga aku menyoal ibu ku adakah OK jika aku mahu hidang nasi lemak sebungkus dan air segelas untuk para tetamu di walimah ku nanti.Awalnya,ibu ku cuba berdebat dan memberi pendapat.Apabila banyak kali diasak,akhirnya jawapannya,"Sukati laaaa...."Haha.Ini nampak macam green light?
Pasti kita selalu mendengar kata kata "Aku muda lagi untuk berkahwin".Memang muda pun=) tapi janganlah jadikan ia alasan untuk kita lepas tangan.Sepatutnya kita semua perlu bersedia dan belajar memikul tanggungjawab kelak.Ianya bermula dari SEKARANG!!
Wallahuallam
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya
note:Bila baca entry Nina tu,teringat short stories di sekolah,Bally Shoes.
note:note:Mendoakan sahabat sahabat agar cepat "mendirikan masjid".Hoho
note:note:note:Sila doakan aku sekali..haha
22 comments:
kawin dulu nikah kemudian leh x?
inyaallah..buat masa nie, ana dengar kalo kahwin dgan akhwat takder plak byk demand nyer..
abu:kawen?maksd ko walimah ke??lol2..hahaha
shahniz:
yup2.insyaallah ok je...yg sahabt tu,dgn akhwat la..hehe
kadang2 kita faham, tapi nak yakin kan ibu bapa lak yang susah.
farhana:
benar..mungkin ibubapa kita masih terikat dengan pemikiran masyarakt melayu...
tp jika dijelaskan baik2,insyaallah no problemo..haha
sy setuju...^_^
if kita tgk pn,kebanyakan muda mudi skrg suka keluar berdua-duaan tp bila sebut tentang kahwin je semua takut dan melatah-latah..semua takut nk pikul tanggungjwab..huhu..
kalau niat hati nak berkahwin tue ikhlas krn Allah,insyaallah yg mslh xda mesin basuh, tv, radio, motorsikal tu boleh dihadapi dgn mudah..
huih sy bercakap mcm org dah berkahwin la pulak...hihi...;p
sekadar pendapat je ok?:)
haha... lain sikit dgn ana nye post min... hahah...
selalu kedengaran makan pun x cukup, ni kan nak kasik makan anak org.. haha...
thats y nak kasik tuka mentaliti sket... org melayu asik 'melayu' meminta2... baik kita start indipendent..
tunjukkan islam sbg satu bangsa yang boleh berdikari dan berjaya.. Ameen..
ak ingtkan ko yg nikah td :p hihi,. jgn lupe jemput akak ko nih ^___^
rozanna:
itulah muncul persoalan,adakah mereka benar2 hendak berakhir di jinjang pelamin dan ke syurga bersama sama(wahh.ayat..),ataupun utk enjoy semata2..
ye..benar..insyaallah..tp sperti yg dicoretkan,tidak ramai wanita seperti itu..dan kemungkinn yg pertama,keluarga wanita akan bertanya,"laki tu da kerja lom?da ada kereta?" dan sebgainya..haha..
fuh..btol la..da xlme lg turn ko la kot??hahah
iman:
jom tuka mentaliti melayu..tp at least,kita kene la faham kn mereka kan..
jom kahwin man..(ayat desperado..kah3)
adib xbest:
eh2..belum lg..takpe..t da kawen,aku update blog lu..kah2..insyaallah2..kang ko da smpi seru,roger2 aku gak..hahah
Semoga cepatlah anda mendirikan masjid.
Dan mungkin saya juga. XP
bila sana sini orang nak nikah~
kalo ana..mengapa ikhwah kawen lambat??
sebab mak x bagi..
haha
suke2 =)
alhamdulillah, dpt mak bapak sporting n paham tuntutan Islam dlm bab nikah ni. tp xtau la bakal mertua cane.. problem gak tu nk pk..
tp bile renung blk kehidupan parents aku, cam indah plak. saja la nk share ni ek.
parents ak kawin dgn xde pape melainkan sebuah motor (pakaian, buku2 bla3 tu xkan nk mention gak kan.. haha).. umah pun xde melainkn umah nenek aku. tp mereka usaha, susah senang bersama smpai tahap skrg ni yg bleh kata selesa sbb dah ada umah sdiri.. ak tingkatan 3 baru ada umah sdiri.
kalo tgk on the other side of the mirror, indah kan hidup cm2? sama2 'bercucuk tanam' dan sama2 'menuai' hasil.. bknkah itu mengeratkn hubungan suami isteri? drp kawin nk ada semua, idup selesa n ideal giler, 2 -3 tahun da bosan.. end up cerai.. sbb kte xkan mampu belajar mghargai psgn kalo x hidup dlm susah..
so, kpd bakal wife ak (kalo baca =P), beringat la ckit kalo nk kawin ngn aku . xnk idup susah ckit, balik duk umah mak hang!... muahahaha
nice one amin =)
honeybee anjell:
mudah mudahan..
hehe..moga dipermudahkan urusan anda
umair:
bila org sana sini bicara pasal nikah,
last2 ko nikah lu..haahha..
syafiq:
haha..mak blum percaya ngan anak dia lg tu..keh3
faris:
benar...alhamdulillah..ibubapa aku akan mencapai anniversary ke 30,bulan 1 hadapan...
begitulah ceritanya,kebanyakan apa yang diperoleh,adalah hasil usaha bersama..insyaallah itulah pengerat kasih sayang..
tetapi zaman da berubah..muda mudi kini,lebih memikirkan,harta dan wang punca kebahagian..sbb itulah jadi masalah2 bercerai berai.walaupun halal,itulah perkara halal yang Allah tak suka..
Dulu kecik2,cikgu ak salu cite,org jawa,keje dia tanam pokok(bertani je),tapi anak beratur panjang,dan rumah tangga kekal bahagia.rahsianya?kita pikirlah sendiri
nasi lemak pun nasi lemak la amin.. ak mkn je..hehe
syuhaidah:
hahaha..nice..tp nant jgn komplen makan xckup a..kah3
Post a Comment