Nov 17, 2010

~Aidil Adha 1431~


Sebelum aku mengarut lebih lanjut,aku ingin mengucapkan

"Selamat Hari Raya Aidil Adha"


kepada muslimin wa muslimat yang membaca mahupun terbaca blog ini.

Saban tahun kita merayakannya,dan pasti cerita sama berkumandang.Hari Raya ini adalah dari Kisah hebat Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as.Subhanallah.Ketaatan mereka sangat hebat.Pabila di bayang bayangkan,jika aku tempat mereka,sanggupkah aku berbuat seperti mereka?Ibrahim sanggup mengorbankan anak kesayangan dan Ismail sanggup dikorbankan kerana mentaati Allah.Pasti terasa berat bukan.Moga Allah menjadikan diri ini lebih kuat dari ketika ini.Mudah mudahan..

Jadi hari ini aku menyambut secara biasa biasa saja,tapi tetap bermakna.

Paginya,bangkit untuk subuh berjemaah.Alhamdulillah.Jemaah yang lebih ramai.Tapi sepatutnya kena lebih banyak bilangannya.Kerana bila dibandingkan dengan solat SUNAT Aidil Adha,begitu ramai bilangan jemaah.

Inilah yang dimaksudkan,seperti yang aku post di FB..

"Buat perkara betul lebih baik daripada berbuat sesuatu dengan betul"-->dengar dari Ikim.fm.

Semuanya berkenaan prioriti.

Alhamdulillah.Dapat bersolat sunat di tempat lama aku,di masjid Peringgit.Kehadiran jemaah sudah tentu amat memuaskan.Hingga ke luar luar masjid dipenuhi jemaah.Alhamdulillah.

Kemudian,untuk aktiviti menyembelih lembu,aku keliru ,kerana masjid di tempat aku,ada dalam 11ekor,di tempat kenalan lain ada beberapa ekor lagi.Tapi disebabkan ada ikhwah UTeM yang menjemput untuk bersama sama,jadi aku terus meluncur ke Surau Taman Tasik Utama,dan sebanyak 18ekor lembu bakal ditumbangkan..Wahaha..

Seterusnya,biarlah gambar berbicara..


        
[Rupanya anjuran UMNO Melaka..Baru tahu time datang]

[Lembu yang ak berjaya tumbangkan..tapi ramai ramai a ,bukan aku sorang..haha]

[Datuk Ali menyerahkan sumbangan]

[Hadirin yang datang]

[Sebahagian lembu yang sedang menghitung nasib]


     
[Tulisan belakang yang buat ikhwah teruja..Akh Shahrul gak berjaya dapat..ceh]
[JIHAD PEMUDA]

["Abeslah aku"]

[Penyembelihan sebelum hujan lebat]

[Melapah ketika hujan lebat]

Di tengah tengah menghabiskan baki lembu yang belum disembelih,tiba tiba hujan dengan sangat lebat.Subhanallah.Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar.

Sebagai renungan,

"Daging daging  unta dan darahnya itu sekali kali tidak dapat mencapai(keridaan) Allah ,tetapi ketaqwaan  dari kamulah yang dapat mencapainya.."[22:37]

Alhamdulillah.Walaupun sedikit kepenatan berada di sana sehingga jam 3 tapi still best..Yang tak bestnya,esok kerja......Argghh!!!

note: Ferst time tengok lembu menangis
note: Datuk Ali Rustam salam aku.Bukan aku salam dia..hehe

Wallahullam

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]



10 comments:

ibnusina said...

salam..bila join umno??hukhuk..aniway,selamat ari raya aidil adha..

Amin Baek said...

ibnusina:

haa..tu yang kita tak tau tu..hahhaa..

tq2..salam aidiladha gak..

bliyao said...

ko dtg lapah lembu ke just nk tnggu daging je min..hehehhe

Nasrullah Jaafar said...

Pergh..
kuat tul ko ek amin..
18 ekor lembu ko tumbangkan..
hebat2....hehe...
sala eidiladha bro (^_^)

Jamal Rafaie said...

Selamat Hari Raya Korban, Amin.. Banyak bawak balik daging korban?

Amin Baek said...

bliyao:

tolong2 tumbangkan lembu + tunggu daging la..haha

Amin Baek said...

nash:

hahhaha..tak sume pun..skit2 je..yg len tu,aku tlong tgk je..hahaha

salam aidil adha gak.

Amin Baek said...

jamal:

salam aidil adha juga..hehe..banyak tak banyak juga..tp adalah sikit..alhamdulillah..cukup

Ahmad Tajul said...

salam.. lambat plak komen..exam kot..hoho..

apa2 pon ana dapat baju umno.. hoho.. "melayu sepakat islam berdaulat"

p/s:pasnie nak cari baju pas plak..hak..hak..

Amin Baek said...

shahniz:

hahaha..ye2..melayu sepakat islam berdaulat..oyeah2..


amboi..sume nak jadi koleksi ka??haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails