Nov 5, 2010

~Ia nya diganti ganti~


Tersentuh aku dikala menyaksikan keseluruh video PilDaCil ini.



Astagfirullah.Kawan kawan sekalian yang sudi membaca blog picisan ini.Mari kita sama sama menyemat rapi ayat ini di dalam hati kita,agar kita takut,agar kita gentar pabila ingin melakukan maksiat,pabila ingin melakukan kemungkaran.Astagfirullah.Sungguh pedih azabnya.

"Sesungguhnya orang orang yang kafir kepada ayat ayat Kami,kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka.Setiap kali kulit mereka hangus,Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang baru,supaya mereka merasakan azab.Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"[4:56]

Kulit berganti Kulit


Teringat ketika Murabbi aku dahulu,Akh Iskandar menerangkan berkenaan ayat ini.Mengapa harus ditukar kulit itu,dan pabila hangus,ditukarkan lagi.Pelik juga awal awalnya.

Rupanya kawan kawan,seperti yang kita maklum,kulit kita ini ada pelbagai lapisan,epidermis,dermis dan juga hypodermis.Dan segala jenis rangsangan akan dikesan oleh reseptor reseptor seperti reseptor sakit,panas,sejuk,tekanan dan sebagainya terletak di lapisan paling bawah,iaitu hypodermis.Dan apabila api membakar kulit kita,kita akan berasa sangat sakit hingga satu ketika,pabila kulit sudah hangus,bermakna reseptor juga sudah terbakar,maka rasa sakit itu sudah tidak dikesan lagi.Tiada rasa sakit.Dan sebab itulah Allah menukar kulit yang sudah hangus itu,dengan kulit yang baru,agar azab itu dirasakan kepedihannya berterusan.


Taubat


Sungguh berat sekali seksaannya.Astagfirullah.Kawan kawan,gunalah kesempatan yang ada ini untuk kita bertaubat.Kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang.Ajal bila bila sahaja sampai.Dari tazkirah seorang sahabat di halaqah tadi,menyatakan jangka hayat kita ini adalah ketika kita menghembuskan nafas.Dan saat kita perlu bertaubat adalah ketika nafas itu ditarik.Kita tidak akan pernah tahu,yang mungkin nafas yang dihembuskan kita sekarang,mungkin nafas yang terakhir.Allah!!.Marilah sama sama kita memohon maghfirahNya.

Apa apa pun,yang penting nya ialah Redha Allah!!.

Dan secara kebetulan juga,isu ini ada diulas di Solusi 25 dan menceritakan bagaimana seorang Doktor jika tidak silap,memeluk Islam selepas menyedari kebesaran dan kebenaran Allah melalui ayat ini.4:56.Subhanallah.Mari ambil ibroh.

Note:Bila lah Malaysia nak wujudkan program macam ni..Insyaallah mudah mudahan akan muncul

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

1 comment:

Jamal Rafaie said...

Setiap kesakitan di dunia ni adalah kifarah dosa, tapi sakit yang sikit itulah yang kita tak tahan kan? Maha Suci Allah yang membalas sesuatu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails