Jan 8, 2011

~Kondisi Hati kita~

Tika menyelak akhbar pagi tadi,meneliti berita berita terkini dalam dan luar negeri,lantas terjumpa sebuah artikel yang kiranya sesuai untuk dikongsikan.

Ianya berkenaan hati.Hati sangat penting buat manusia kerana ia lah yang akan mencorakkan manusia itu.Sebagaimana hadis nabi menceritakan,hati yang buruk,maka habis buruk jasadnya,manakalah hati yang baik,maka baiklah jasadnya.


Ini antara tulisan oleh Ibrahim Abdullah.Aku typekan kembali.

Ibrahim Adham berkata,ada 10 tanda hati mati iaitu:


  • Mengaku kenal Allah,tetapi tidak menunaikan hakNya
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah,tetapi mengabaikan sunnah baginda
  • Membaca Al Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya
  • Memakan nikmat Allah,tetapi tidak mensyukuri pemberianNya
  • Mengaku syaitan itu musuh,tetapi tidak berjuang menentangnya
  • Mengaku adanya nikmat syurga,tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  • Mengaku adanya seksa neraka,tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
  • Mnegaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya
  • Menyibukkan diri membuka aib orang lain,tetapi lupa pada aib diri sendiri
  • Menghantar dan menguburkan jenazah saudara tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya
3perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati

  • Meninggalkan solat
  • Meninggalkan sedekah
  • Tidak mengingati Allah
Muhasabah buat kita semua.Bagaimana agaknya kondisi kita hari ini?

"Pada hari di mana hata dan anak tidak berguna,kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera(bersih)"[As Syua'ara:88-89]


Entry entry terdahulu yang mungkin punyai mesej yang sama

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

4 comments:

Hazwan said...

mtk2 hati aku x mati.

Amin Baek said...

hazwan arif:

moga2 kia semua juga...

MF said...

Dush3!
Byk terkena pd diri ana sndiri...

Jzkk ats pkongsiannya akh

Amin Baek said...

hariz:

tu la.byk tkena pada diri..huhu..

waiyyakum,.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails