Jan 8, 2011

~Meniti kehidupan ini~

Sudah lama tidak membuatkan jari jari ini bersenam di atas keyboard untuk mengupdate blog.Nak kata busy,tak juga.Jangka hayat internship aku hanya tinggal satu minggu sahaja lagi.Alhamdulillah.Segalanya berjalan lancar.Presentation ok.Final report pun dah 97% siap.Tinggal hendak menyelesaikan baki baki urusan yang tinggal.

Akhir akhir ini terutama minggu lepas ialah sebuah penyeksaan.Entah mengapa aku terasa begitu.Ianya bukanlah kerana presentation yang juga jatuh pada minggu lepas.Tetapi ada sesuatu yang betul betul membuatkan hati ini rasa berat.Sentiasa gelisah dan sebagainya.Mungkin juga kerana terlampau banyak titik titik hitam tersembunyi dan baru menempel pada ketulan daging itu.Mutabaah tiba tiba bermasalah,di tambah pula ditimpa kedemaman sehingga tidak mampu bangkit untuk ke surau,lagi menambah beban di hati.Astagfirullah.Mungkin juga demam itu dikurniakan sebagai muhasabah buat diri.Ingin sangat mencari cari semua keindahan yang hilang itu.

Pabila ketemu dengan sahabat sahabat UTeM yang baru pulang dari bercuti,berada di kalangan mereka mencetuskan rasa tenang.Kemudian,tugasan mengendalikan bulatan,sedikit sebanyak menampakkan apakah yang aku hilang selama ini,yang membuatkan hati ini gundah gulana.Astagfirullah.

Iaitu kehilangan atau tiada penghayatan dalam BERSYUKUR.



Ya!Itulah dia.Mungkin kita ini sering sahaja mengucapkan alhamdulillah,terima kasih,thanks,syukran dan sebagainya,akan tetapi sejauh mana penghayatan kita.Bila membawa diri berhadap dengan alam ciptaanNya,barulah kita sedar,betapa kita ini tiada apa apa.Kosong!!

Aku ada duit melambak di bank?Allah punya!!Anytime He can take it from us
Aku ada keluarga,kawan kawan,dan sebagainya?Allah punya!!Anytime He can take it from us
Aku ada harta,kuasa,pengaruh?Allah punya!!Anytime Allah mampu tarik itu semua dari kita

Jadi,apa yang aku ada?Kosong!!Nothing!!

Begitulah manusia.Sering alpa dan leka.Sering terbuai buai dek keseronokan dunia.Itulah sebabnya kenapa Allah berfirman menyuruh manusia untuk menyebut nyebut nikmat yang diperoleh.Kenapa?Agar kita sedar,itu semua kurniaan Allah,dan kita ini hanyalah 'orang tengah'.


Cuba kita muhasabah kembali,nikmat nikmat Allah,kita tulis satu persatu di atas kertas,dari kecil hinggalah ke sekarang.Mungkin adalah beberapa yang kita tulis.Bila disuruh on the spot,bagi 20 nikmat yang kita ada,mungkin jenuh kita memikirkannya.Tapi hakikatnya,terlampau banyak nikmat yang Allah berikan pada kita.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh Allah benar benar Maha Pengampun,Maha Penyayang"[16:18]

Justeru,bersesuaian sangatlah dengan firman Allah yang lain,mengatakan jika ditulis nikmat nikmat Allah dengan lautan dijadikan tinta,maka habislah lautan itu sebelum selesai penulisan itu.Subhanaallah

Jadikan,mari kita mencuba menjadi insan bersyukur.Diambil term ini dari sebuah artikel,pabila bersyukur dengan sebenar,maka kita akan memperoleh "Feeling good" itu.Dan ianya terbukti insyaallah.

"Hitunglah kesyukuranmu,bukan kesukaranmu"


Wallahuallam

Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

4 comments:

Zanaishi said...

wah3 layout baru..hehe

hurm.bersesuaian dgn keadaan ak skrg, mmg sdg diuji dgn mslh, tp jk kira balik nikmat yg Allah da bg dgn mslh yg dtg, mmg nikmat tu tersgt2 byk melebihi mslh & dugaan2 yg diberikan..

lagipun, ujian tu jg nikmat dr Allah.tanda dia sygkan kita & mahu lebih akrab dgn hambaNya..tak gitu ke tuan blog?heheh

Nur Izzati said...

melalui cara 5:6~

Amin Baek said...

zanaishi:

btol3...kata upin & ipin..hehe

Amin Baek said...

izzati:

syukran..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails