Selaku pelajar Final Year student,mengambil jurusan Chemical Engineering,pasti akan mendapat satu hiburan di tahun akhir ini,iaitu Plant Design Project.Sebagai sebahagian daripada keperluan untuk program Sarjana Teknik Kimia, pelajar harus menyelesaikan jam kredit 6 di Plant Design Projek (PDP).Antara objektif PDP ini ialah untuk melatih pelajar menggunakan/mengembangkan pengetahuan yang diperoleh sepanjang tahun pembelajaran untuk menyelesaikan design problem.Selain itu,ini juga adalah salah satu cara untuk mengasah soft skill pelajar bagi menghasilkan student yang bulat cantik(baca:Well-rounded)
Jadi,untuk tugasan Jan2011 ini,kami telah diberi satu kes/problem yang berkaitan dengan Ammonia plant.Apakah itu ammonia?Ammonia ialah sebatian yang terbentuk daripada unsur Nitrogen dan juga Hidrogen.Sebatian ini menggunakan ratio 1:3.Sebatian kimia ini mempunyai bau yang sengit dan kuat.Majoriti pelajar Chemical Engineering sudah membuat research mengenai Ammonia plant dan juga technology yang perlu digunakan.Sapa yang tidak kenal Fritz Haber?Beliau ialah orang yang perkenalkan cara pensintesisan Ammonia.Siapa yang tidak kenal Carl Borsh?Inilah dia tokoh tokoh dalam bidang pembuatan ammonia ini.Sumbangan mereka amat significant sekali.
Ammonia
Tapi apa yang aku hendak bawakan di sini sebenarnya,tahukah anda,orang yang terawal memperkenalkan Ammonia?Federer?Kevin Mc Donald?Jerome Thomas?
Bukan bukan.Dia adalah Geber.Pernah dengar??Jika tidak,ini pasti anda pernah dengar.Abu Musa Jabir bin Hayyan,atau lebih dikenali sebagai Jabir bin Hayyan.Ahli Kimia unggul dari zaman kerajaan Abbasiyah,dalam kurun ke 8.Subhanallah.
Di masa sekolah dulu,nama inilah yang antara paling aku ingat sebab namanya simple but attractive.Rupanya,bila masuk ke Chemical Engineering ini,lebih jelas sumbangan beliau terhadap ilmu kimia.Kimia juga berasal dari perkataan Arab iaitu Al Kimya.
Aqua Regia
Apakah itu aqua regia?Secara seriusnya,aku pertama kali mendengar perkataan ini dari supervisor di Possehl Electronics.Aqua regia ini digunakan untuk melarutkan frame frame yang disaluti oleh metal metal seperti emas,perak,dan juga palladium.Dan yang menariknya mengenai aqua regia ini,jika air dikenali sebagai Universal Solvent,makanya,Aqua Regia ini bolehlah digelarkan sebagai King of Solvent.Ia boleh melarutkan kebanyakkan item yang tidak boleh dilarutkan oleh air.Subhanallah.
Aqua regia ini terbentuk dari gabungan dua acid kuat,iaitu Hydrochloric acid dan Nitric Acid dengan ratio 3:1.Dan untuk makluman,aqua regia juga adalah satu penemuan oleh Tokoh akademik Islam ini,Jabir bin Hayyan.Subhanallah.
Kesimpulan
Begitulah kehebatan dan kegemilangan Islam suatu ketika dahulu.Menguasai 2/3 dunia,menguasai ilmu.Mereka dahagakan ilmu,berguru ke sana ke sini,dan yang penting semua aktiviti di lakukan dalam ketaatan kepada Allah.Buku buku mereka dijadikan rujukan untuk di Barat.Nama mereka harum dek kerana ilmu ilmu dan penemuan penemuan baru.Amat sukar untuk kita temui tokoh sehebat beliau di masa kini.Jika dilihat pada senarai pemenang Nobel Price pun,jika tidak silap,tidak lebih dari 5 orang pun yang beragama Islam.Dan benarlah kata orang,jika kita melihat sesuatu secara surface,kita cuma nampak sesuatu itu,Jika kita melihat dengan lebih mendalam,maka,pasti akhirnya,kita mendapati semuanya datang dari Allah.Subhanallah.
"No one can excel in the alchemical art without knowing the principles in himself; and the greater the knowledge of the self, the greater will be the magnetic power attained thereby and the greater the wonders to be realized."
Allahuallam
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]
8 comments:
subhanallah~
ilmu yang bermanfaat, will always remain forever.
nice la min..
ni mesti google bnda lain, jmpa bnda lain hehe
izzati:
namanya juga akan sentiasa diingati
hazwan arif:
btol2..ak ngah cari2,skali br tau,jabir hayan yang perkenalkan ammonia dlu..
masa belajr kt skolah,lebih fokus pada acid2 dan peralatan makmal..
dapat tmbh ilmu baru rini..alhamdulillah..wpon apa nk dicari,xjumpa lg..haha
salam
nice post..
haha, aq pn tau psal Aqua Regia time intern..ape ley wat, duk dlm lab kn..
aqua regia ni kaler kuning2 n bau die menyengit gle..t'tusuk kat idung bau kekal smpi sejam..(hiperbola semata)
prnh sekali tu aqua regia ni t'kena kat hujung jari..mmg x sakit..tp lama2 kulit tu jadi warna kuning dan mengelupas..huhuh bahaya2..safety mana ni?..haha
safwan:
salam..haa..btol sgt la tu..mende tu,if tinggal lama2,dia jadi makin orang..
haha..salu gak kene..kuning2 jari..awl2 ingt,kene kunyit..ahaha
herm.. tak sangka saudara amin ni bijak english.
kerana kehebatan beliau, akhirnya berjaya membuat kajian ke atas jabir bin hayyan yang majoriti penulisan mengenai beliau adalah bahasa inggeris.
semoga saudara ibnu ishak berjaya melakar nama di pesantara dunia~
addunya walakhirah
Post a Comment