Feb 2, 2011

~Kehidupan Final Year~


  1. Alhamdulillah.Minggu ini,sudah 2 minggu aku bergelar pelajar tahun akhir,jurusan Chemical Engineering,majoring dalam Process Control and Optimization.So far,masih belum busy lagi dengan project,assignment,test dan segala bagai menda lain.
  2. Hidup dalam suasana final year ni memerlukan mujahadah yang lebih sedikit,tarbiyah dzatiyah.Almaklumlah,ada dalam beberapa hari,kelas cuma ada 1.Banyak waktu lapang lah kecuali untuk beberapa hari.Risau masa terisi dengan pelbagai benda tidak berfaedah.
  3. Awal semester ini bagi aku tempoh untuk kembali mengadapt life sebagai student kembali,setelah 8bulan berpraktikal.Rasa bila nak buka buku,nak menulis,semuanya jadi macam kekok.Impak internship
  4. Bila berjumpa kawan kawan balik,rasanya belum banyak yang berubah,terutama housemate housemate Chemi aku la.Yang kebudak budakan,masih begitu.Yang sentiasa cool,masih begitu.Yang sentiasa besar,masih begitu.Haha.Rasanya ,before intern haritu,ada lah yang cakap,bila balik intern berubah,jadi matang,segala bagai.Macam belum jadi realiti lagi je
  5. Tahun ini umur aku akan mencecah 22 tahun.Subhanallah.Rasa macam kejap sangat masa berlalu.Kejap aje da final ye.Padahal masih terbayang bayang lagi keadaan berjalan di LH1,di kala foundation dulu.
  6. Da ada rakan seperjuangan yang akan menglangsungkan walimah hujung minggu ni yang bakal menginjak ke tahap kedua dalam Maratib Amal,dan bertukar status menjadi bujang 3.Aku?Bila pula ye..?Keh3
  7. Dalam seminggu dua minggu ni,pelbagai urusan dan program perlu dilalui.Alhamdulillah,Sebentar tadi habis program SEED siri 2.Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan,syukur,masih dapat berjalan seperti di rancang.Pelbagai aktiviti akan menyusul selepas ini.Ingat nak update program program,tapi rasa cam kurang ada mood nak update blog.
  8. Minggu lepas,berkesempatan ke KEMM1511.Subhanallah.!!Itu yang mampu aku ucapkan.Betapa longlainya kita sekarang,dek kerana melupakan sejarah kegemilangan dan sebab kejatuhan Empayar Islam Melayu Melaka.Bijak pandai ada berkata,sesiapa yang tidak belajar dari sejarah,maka dia akan mengulangi kesilapan yang sama.
  9. Sekarang da final year.Kemudian,ada rezeki,akan mula bekerja.Sudah stabil,akan berhutang untuk memiliki rumah ,kereta dan segala bagai.Da selesa,mula mencari jodoh,berumah tangga,beristeri dan mempunyai anak.Next,bekerjalah sampai ke petang,hujung bulan membayar hutang.Umur meningkat ,tiba masa untuk pencen.Lepas pencen,kembali sebati bersama tanah.Itu je ke hidup kita ek?Kosong rupanya hidup kita ni.Astagfirullah.Asyik asyik cycle yang sama sahaja yang akan berlangsung.Sebab itu kita perlu berjiwa besar(Antara pengisian dalam sesi motivasi SEED,"Kami Jiwa Besar")
  10. Kembali memuhasabah diri,berintrospeksi,cuba fikir matlamat kita,why we are here kata orang Jawa.hehe."Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,tetapkanlah hatiku di jalan ini".
  11. Kena terima sebarang cabaran dan ujian,dan take it as part of our life.Tak mencabar la jika semuanya lancar belaka
  12. Ingin menjadi seorang yang tersusun kembali.(Munazzanun fi syu'nihi).Moga diberi kekuatan.
  13. IACS,FYDP,MPC,HRM,MS,masyarakat,ibubapa,keluarga menjadi keutamaan semester ini.Dan insyaallah,untukNya.
"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,matiku hanya kerana Allah"[Al An'am:162]

Mencari kekuatan dalaman agar menjadi ampuh.Huhu

Wallahuallam

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

6 comments:

izzat said...

belajar rajin2..hehe..

Anonymous said...

ana setuju dengan ayat enta..

"Kena terima sebarang cabaran dan ujian,dan take it as part of our life.Tak mencabar la jika semuanya lancar belaka.."

moge semuanya dipermudahkan di final year ni.. =)

Amin Baek said...

izzat:

baek bos..haha

Amin Baek said...

firdaus:

tapi kadang,rasa macam xmampu hadapi dugaan...kene kuatkan diri.Allah tak membebani kita sesuatu yang kita tidak mampu..huhu

Zanaishi said...

kuat2..hehe

yang point no.9 tu..itupun kalo sempatla merasa ade kete,umah,kawen,ade anak,pencen suma...entah2 esok lusa sudah sebati dgn tanah..kan amin kan?huhu

Amin Baek said...

zanaishi:

yup2..memg..tu general cycle a..
tp hakikatnya,ajal bila2 boleh datang..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails