Feb 11, 2011

~Pelik tapi Benar~


Apakah makna hidup ini jika tidak diberikan sebarang ujian.

Sepertinya,kita menghadiri kuliah setiap hari,membuka buku,membuat assignment,dan kemudian habis semester.Tiada ujian mahupun peperiksaan.Dan begitulah rutinnya.Bangun pagi,ke kelas,balik kelas,makan tidur.Tiada cabaran.Tiada yang memberi kelainan pada hidup kita.Bosan

Sebab itu kita perlukan ujian.Ujian yang mencorakkan diri dan kehidupan ini.Cumanya,ujian boleh berbeza,mungkin boleh jadi ujian yang berat,atau pun mungkin satu ujian yang ringan.Tapi pastinya,ujian itu pasti akan sesuai dengan kemampuan kita.Seperti mana Allah berfirman dalam surah Al Baqarah,286.

Jadi,ketahuilah,yang solat itu juga satu ujian.Terutamanya solat subuh.Satu ujian yang dikatakan sebagai indikator keimanan seseorang.Walaupun hanya dua rakaat isinya,perlu diingat,ketika inilah kita enak diulit mimpi,sejuk,dan mendamaikan.Apatah lagi ketika hujan.Maka,lebih sedaplah mata untuk terus berehat.Makanya,itulah sebab Solat Subuh ini menjadi begitu sukar sekali dilakukan,walaupun mempunyai bilangan rakaat yang paling sedikit.

Bila dilihat bilangan yang berusaha ,melangkah ke masjid,untuk memenuhi masjid masjid yang gah binaannya,pasti Yahudi gelak besar.Mereka cuma akan takut pada muslim,jika jemaah subuh menyamai dengan bilangan yang mengerjakan solat jumaat.Sekarang?Yahudi tak ingin pun tengok pada umat Islam.Sedangkan dugaan tidur pun belum dapat ditewaskan,apatah lagi menewaskan mereka yang berakal licik.Bolayan lah!! kata mereka.Itu belum lagi dikira dengan golongan yang solat di bilik,solat di akhir waktu,dan tidak solat langsung.Huhu

"Susah la nak bangu.Sius!!"
"Aku tidur lambat semalam"

Alasan biasa yang diberikan.Malah boleh dijadikan template untuk menjawab soalan berkenaan Solat Subuh.
Bahkan mungkin ada yang sudah lali mendengar alasan ini.Hari ini alasan ini.Esok dan seterusnya,juga menggunakan alasan yang sama.

Pelik tapi Benar

Tetapi,yang peliknya,pabila masuk musim peperiksaan,wah.Jam 3.00pagi sudah bangun.Tangan memegang pen.Timbunan kertas kertas kosong dan kertas final yang exam yang lepas di depan mata.Di tambah dengan buku rujukan 2 3 buah di kanan,mata tertancap ke skrin laptop yang memaparkan lecture note dan formula formula segala bagai.Dan tidak juga lupa,air panas terhidang di atas meja.Fokus yang teramat sangat.

"Wah.Polan.Awal kau bangun hari ini.Biasa lambat jek.Ada apa"
"Aku kena studi do.Ada exam Transport Phenomena ni"

Sebuah subject yang diajar untuk satu semester sahaja,dan akhirnya cuma memberi kita,4.00,3.75.3.5 dan seterusnya.Apa yang hebat sangat dengan subject subject yang kita belajar ni bila dibandingkan dengan solat subuh itu?Sejauh mana Transport Phenomena,Vector Calculus,Industrial Automation and  Control System,Reaction Engineering dapat membawa kita?Secara tidak langsung,Solat Subuh yang begitu besar fadhilatnya,diremeh temehkan oleh kita tanpa kita sedari.Kita lebih mendahulukan ilmu ilmu yang diterokai Scholar Barat,daripada ibadah wajib dipertanggungjawabkan kepada kita daripada Tuhan Sekalian Alam.Padahal scholar barat itu juga ciptaan Allah.

Bila tang datang ke appointment ,kelas ataupun meeting.Masa begitu dijaga.Tak boleh lambat seminit.Kalau meeting kol7.30,kol 7 da keluar.Disebabkan tidak ingin terlewat.Segala preparation disiapkan sehari sebelum.Kalau tiba tiba hujan?Tidak mengapa.Boleh cari payung dan kereta.Tak dapat?Baju hujan ada.Kita begitu khuatir jika terlewat datang ke meeting tersebut.Ada kemungkinan kita dimarah,dipecat,dan lain lain.Tapi bila Solat Subuh?Kalau boleh,minit minit terakhir tu baru kita nak bangkit.Allah beri peluang,bangunkan ketika belum azan,"eh,awal lagi".Tidur lagi.Allah bangunkan lagi ketika azan berkumandang,"Assolatu khairumminan naum","Bising tol.Ngantuk ni".Cuba bayangkan jika Allah tidak bangunkan kita selepas itu dan buat selama lamanya.Astagfirullah.

Jadi,moh kita fikir balik.Yang mana baik?Kejayaan dalam peperiksaan atau keridhaan Allah?Ketepatan menghadiri appointment atau Solat pada awal waktu?Solat di bilik atau di masjid?Sebenarnya,yang perlu dipersalahkan ialah diri kita.Bukan rasa mengantuk itu.Bukan salah tidur lambat itu.Bukan salah subject tersebut.Tapi KITA.Berapa banyak usaha kita da buat untuk bangun Subuh di awal waktu dan berjemaah di Masjid?Jika sekadar berniat dalam hati,itu masih belum cukup.Mari jadi lebih proaktif.Ambik jam segala jenis letak tepi telinga,pesan kat 10 orang kawan untuk mengejutkan kita,tidur lebih awal dan ingatlah kebaikan solat di awal waktu ini.

Sebagai sharing,teringat kisah anak halaqah sewaktu intern dahulu,student UTeM.Bagaimana,setiap hari,tepat jam 9 atau 10,dia sudah melelapkan mata.Kenapa?Kerana ingin bangun awal,bertahajud sekaligus bersolat Subuh berjemaah di masjid/surau.Subhanaallah.Subuh dan Tahajud beliau sentiasa terjaga.Jika terlepas pun,mungkin sehari seminggu.Jika ditinggal ,rasa bersalah.Inilah yang dimaksudkan sebagai usaha kita.Moga peroleh ibrohnya

Kawan kawan,rasailah keindahan bersolat subuh di awal waktu.Rasanya,subhanallah.Tak tergambar.Itulah kemanisan yang Allah selitkan untuk mereka yang berkorban untuk tanggungjawab itu.Semuanya berbalik pada kita sendiri.Pelbagai nikmat diberikan tanda kasih sayang Allah pada kita,tapi mengapa begitu sukar sekali untuk kita tunjukkan kesyukuran kita?Astagfirullah.Qalilammatasykurun kata Allah.Manusia ini terlampau sedikit bersyukur.

Peringatan untuk diri ini terutama.Penulisan untuk menguatkan diri.


Sebagai renungan:

"Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari,maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan,yang lazim diberikan tamu di syurga,setiap kalu ia pergi pagi atau petang hari itu"[Muttafaq Alaih]

"Barangsiapa bersuci di rumahnya kemudian ia pergi ke salah satu dari beberapa rumah Allah(masjid) untuk menyelesaikan salah satu solat wajib dari beberapa solat yang diwajibkan Allah,maka langkah langkahnya itu yang selangkah dapat menghapuskan satu kesalahan sedang langkah lainnya dapat menaikkan satu darjat"[Rawahu Muslim]

"Sampaikan berita gembira kepada orang orang yang berjalan di waktu malam ke masjid masjid bahawa mereka akan memperoleh cahaya yang sempurna besok pada hari kiamat"[Abu Daud dan Termizi]
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

4 comments:

zubair ghazali said...

mantop.. jzakallahu khair atas perkongsian~

Amin Baek said...

ibnu ghazali:

untuk diri ni terutamanya..waiyyaka

Hazwan said...

mohon share hehe

Amin Baek said...

hazwan arif:

tafadhol..moga kita peroleh manfaat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails