Rindunya kepadanya.Rasa macam tidak tertahan lagi ingin bertemu dengannya.
Pasti begitu gembira dapat bertemu dengannya,bermesra dengannya,dan aku pasti akan menghargai masa masa yang diluangkan bersamanya
Aku rindu..
"Rindu
Rindu serindu rindunya"
Bait bait lagu dendangan kumpulan Spoon suatu ketika dahulu.Inilah yang menggambarkan perasaan aku sekarang.
Sang Kekasih
"Dia" di atas sudah tentulah Kekasih Allah,Uswah Hasanah ,Muhammad Abdullah,nabi junjungan besar kita.Hari selasa/12 Rabiul Awal 1432H,15Februari.Inilah hari ulang tahun kelahiran baginda.Tahun ini lebih kurang 1440 tahun Baginda di lahirkan.Subhanallah.Rasul yang diturunkan sebagai Rahmat bagi sekalian Alam.
"Dan kami tidak mengutuskan engkau(Muhammad) melainkan (menjadi) rahmat bagi orang orang yang menyembah Allah"[21:107]
Manusia agung ini yang dijadikan The first and the most influential person dalam buku karangan Michael J Hart,The 100 person most influential in the history of world.Seorang kristian yang mengakui kebaikan dan kehebatan Muhammad.Subhanallah.Begitu insan agung yang diutuskan untuk memimpin kita.Akhlak yang begitu cantik,dan hingga dikatakan sebagai Al Quran bergerak oleh zaujahnya.Indah bukan?Insan ini jugalah yang begitu merindui kita,golongan yang tidak pernah bertemu dengannya,tetapi mengikutinya.Sehingga di akhir hayatnya,yang disebut adalah ummati,ummati,ummati.Begitu sekali Rasulullah mencintai kita,sehingga ke akhir hayatnya terbawa bawa kecintaannya itu.
Kemudian,mari kita mereflek diri kita kembali,betapa dalamnya pula kasih sayang dan kecintaan kita kepadanya?Sudahkah kita menjadikan Baginda sebagai contoh teladan dalam kehidupan kita?Bagaimana pula dengan sunnah sunnahnya?Sudah kita amalkan ke belum?Dan apa ceritanya pula dengan sunnah terbesar Rasulullah iaitu berdakwah?Siapa pula idola adik adik kita,anak anak dan sebagainya?Sudahkah kita meletakkan Rasulullah di tempat yang sepatutnya?Astagfirullah.Banyak lagi lompong lompong kosong yang belum berisi dengan kecintaan pada Rasulullah.
Di sini,aku attachkan sekali,sebuah video yang insyaallah,dapat membuatkan kita bermuhasabah.Kecintaan Rasulullah kepada kita.
Dan kebetulannya juga,Maulud Nabi betul betul selepas 14 Februari.Hari yang dicanang canangkan sebagai Hari Memperingati Kekasih.Di sinilah akan wujud pertempuran besar dalam jiwa jiwa anak muda sekarang.Kekasih atau Sang Kekasih?Ikut syaitan,kekasih,ikut iman,Sang Kekasih.
Seperti banyak yang kita baca,Valentine's Day ini,sudah sah sahlah bukan perayaan umat Islam.Dan dari beberapa versi penceritaan mengenai asal usul perayaan ini,ianya diadakan kerana kematian seorang Paderi Kristian kerana berkorban untuk cinta sejatinya.
Pada hari ini,14Hb,maka bolehlah kelihatan sang merpati dua sejoli berjalan bersama sama,memadu asmara,bermesra untuk mengeratkan perhubungan dan meraikan perayaan kekasih ini.Dan lagi hebat,di hari inilah banyak pasangan pasangan ini menjadi satu hati,satu jiwa,satu badan.Nauzubillah min zalik.Jadi,tiadalah alasan lain yang mampu dikeluarkan,apabila statistik pembuangan bayi di bulan Oktober sangat mendadak kenaikannya.
Alhamdullillah.Makin ramai yang alert dengan isu ini.Banyak kempen kempen diadakan.Banyak flyers diedarkan yang bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam terutamanya.Dari parti politik,hinggalah ke NGO NGO Islam,dan ke badan badan pelajar,dan kelab.Walaupun menghadapi penentangan,namun usaha yang baik,perlu diteruskan.
Namun,apa yang sedikit mengecewakan aku,dalam orang ramai berusaha menghindarkan perkara ini melalui pelbagai medium,tapi ada juga yang mempromosikan perayaan ini.Sebagai contoh,C*****.
"Raikan cinta anda dgn menghantar ucapan cinta paling romantis skrg!Dail*5**** & anda berpeluang makan malam dgn si dia di Tamarind Hill pd 14/2.Caj:50sen/mesej"Dan tidak juga televisyen dengan iklan iklan yang romantis,yang pastinya yang bersempenakan 14/2.Begitu hebat kaedah untuk membasuh fikiran umat Islam.Walaupun memang tidak mahu berfikir pasal perayaan itu.Tetapi akibat basuhan tersebut,pasti akan terfikir."Hari ini 14/2,owh.Valentine's Day".Astagfirullah.
Apa apa pun sahabat yang dikasihi
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersalawat untuk Nabi.Wahai orang orang yang beriman.Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya[33:56]
"Barangsiapa yang membaca selawat kepadaku sekali selawat,maka Allah memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan sebab sekali selawat tadi"[Rawahu Muslim]
Wallahuallam
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]
No comments:
Post a Comment