Semalam berakhirlah sudah teka teki berkenaan Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011,di mana PRN sebelumnya ialah pada tahun 2006.
Berikut merupakan keputusan penuh PRN Sarawak 2011
[Diambil dari MalaysiaKini]
Secara pandangan kasar,apa yang aku dapat katakan,dan ini juga adalah jangkaan aku,ya.DAP akan menang besar.Bertanding dalam 15seats dan menang 12 daripadanya.Dan menang bukan 10 20 votes je,malahan dengan majoriti besar2000 -4000 votes,dan of course sangat besar di kawasan majoriti Cina dan kawasan bandar.Makin jelaslah politik DAP
Mengulas mengenai PAS,bertanding atas 5 kerusi,tetapi tidak berjaya memenangi sebarang kerusi.Mungkin nasib tidak menyebelahi PAS.Tidak mengapa,boleh cuba lagi.
Walaupun,memperoleh 3kerusi,aku rasakan PKR lebih kalah daripada PAS,kerana mereka bertanding dalam 49 kerusi.Mungkin pelbagai isu melanda parti tersebut kebelakangan ini,kemelut dalaman,pemimpin dan sebagainya menjadi faktor ini terjadi.
Untuk Barisan Nasional,PBB masih menjadi parti dominan di Sarawak apabila menang kesemua kerusi yang ditandingi.Secara kasar,parti komponen BN hampir menguasai semua kerusi yang ditandingi,kecuali prestasi SUPP yang jatuh merudum.Ni juga telah aku jangkakan,kerana swing pengundi Cina kepada DAP.Ini adalah jelas
Tapi yang sedihnya,SNAP,parti berasaskan Sarawak,hanya mampu memenangi 0 kerusi.
Keseluruhan
BN 55
DAP 12
PKR 3
BEBAS 1
Aku masih menantikan titik kesefahaman antara UMNO dan PAS.Banyak titik persamaan,mengapa titik perbedaan yang dijadikan pegangan.Moga moga,satu hari nanti,hasrat ini akan terlaksana juga.Moga Allah permudahkan.
Bilakah lagi,kita semua satu hati-La Khauf
Melayu Sepakat ,Islam Berdaulat!!
note:PRN da habis,bolehla ditanya soalan peribadi.Tapi awal awal da balik,camne?
No comments:
Post a Comment