Alhamdulillah.Jam 12 tadi,berakhir sudah paper yang kedua daripada 4 paper final exam yang akan ditempuhi.Subjek Major yang pertama ,Industrial Automation and Control System.Walaupun berdepan cabaran yang hebat,kerana selepas sahaja paper pertama,Malaysian Studies,aku tiba tiba terkena demam panas.Memang habis panas,sentiasa rasa sejuk dan kepala asyik melayang.Kiranya,memang study ala kadar sahaja la kerana dengan study week yang tak sampai a week pun.Aku cuma dapat menenangkan hati,mengatakan ini dugaan dan ujian dari Allah,tanda Dia sayangkan aku.(Dan berharap keajaiban berlaku dalam IACS.Tiba tiba jawapan da ada ke kan..imaginasi yang tinggi.Hehe)
[Fieldbus?]
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?[29:2]
Insyaallah,2 paper ke depan ialah Human Resource Management dan juga another major subject,Multivariable Process Control.Dengan gap 2 hari bagi each subject,harapnya aku dapat menggunakan masa sebaiknya lah.
Saja nak berkongsi.Diberi kesempatan untuk membaca buku Beginilah Jalan Da'wah Mengajarkan Kami,ada disentuh mengenai imam kita,Imam Muhammad,ataupun Syafie'Beliau pernah berkata "Aku pernah hidup bersama kelompok shuffiyyah.Dan aku tidak mendapatkan daripada mereka yang lebih berharga dari dua kalimat.Pertama,waktu itu seperti pedang.Jika engkau tidak memotongnya,nescaya dia akan memotong engkau.Keduanya,jiwamu jika tidak disibukkan dengan perkara kebenaran,niscaya ia akan disibukkan dengan perkara kebatilan"
Apa yang disentuh di sini ialah kepentingan masa itu sendiri.Harta dan nikmat yang besar buat seorang student ialah masa.Jadi,janganlah sia siakan masa kita dengan perkara yang tidak bermanfaat.Terutama di musim peperiksaan ini,gunakan masa sebaiknya.Masa belajar,kita belajar dan beribadah,masa beribadah,kita beribadah.Kelak jika tidak digunakan sebaiknya,maka pasti kita akan sesali.Seperti mana aku telah menyesalinya.Huhu.Masa terbuang begitu sahaja tanpa ada perkara bermanfaat dilakukan.
[Jika masa boleh ditahan tahan.Hehe]
Al Ghazali ada menyatakan,perkara yang paling jauh,adalah masa lampau.Yang niscaya kita tidak akan dapat jangkaui lagi.Selagi masih ada masa,jom kita berusaha.
Setelah sekian lama blog tidak terupdate.Alhamdulillah,diberi kesempatan akhirnya
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]
6 comments:
Jg kesihatan.semoga paper akan datang dapat wat yang terbaik.
zanaishi:
insyaallah....mudah mudahan..amin~
Syafakallah akh..
All da best utk next 2 paper!
hariz:
jzkk akh..
amin~
all the best gak paper yang akan datang..hoho
gudlak min..
hazwan arif:
thanx yau...
kami tgh tnggu turn ko plak alami macam kami..
hehehe..smoga cepat smbuh yau
Post a Comment