Jam menunjukkan 12.23am, 7/20/2011-Bermakna sudah masuk 20 Julai pada hari ini.Dalam kesibukan aku menyiapkan slide untuk Final Year Project ni,alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Jadi" buat ayah aku yang ke 59.
Nampak macam simple je pun,just a wish,tapi inilah antara cara untuk membuatkan dirinya terasa diingati dan dihargai.Kalau nak kita dihargai,kita kenalah menghargai orang kan.Sifir mudah.(Jangan lupa wish aku nanti.Haha)
Sudah 22 tahun ++ aku bersama bapa aku di dunia ni( + - duk di asrama segala bagai).Berbagai bagai perkara sudah di hadapi bersama di alami bersama.Dari petang tadi,aku da menantikan jam 12 ini,untuk aku menjadi orang pertama untuk wish ayah aku.Dan dari petang tadi juga,tiba tiba aku sebak mengenangkan kembali saat aku bersama ayah aku.
Nasihat nasihat beliau,marah marah beliau,pukul pukul beliau terhadap aku,dan kesemuanya aku amat amat hargai.Kecewa dengan diri aku yang masa kecik kecik suka memberontak bila ditegur,hentak hentak kaki bila tak diberi main di luar sewaktu hujan,membebel memprotes tindakan ayah aku.Bila fikir fikir balik,kalau lah anak aku buat macam tu,rasa aku juga akan kecewa.=( .
Moga aku dapat menebus kembali kesilapan kesilapan lampau aku terhadapnya.Walaupun tidak serapat dengannya seperti mana aku rapat dengan ibu,syukur akhirnya aku berjaya memecahkan tembok ego aku,untuk mengucup pipi dan dahi ayah aku sejak beberapa tahun yang lepas.Alhamdulillah.Walaupun ayah aku nampak macam tak percaya je.Haha.Maklumlah,anak laki ni ada ego dia yang sendiri.Huhu.Tapi hingga sekarang,belum mampu nak cakap "sayang abah" depan depan.Cuma mampu dalam message aje.Moga diberi kekuatan satu hari nanti.
Bila menonton cerita cerita yang melibatkan ayah dan anak,melihatkan pengorbanan sang ayah untuk anaknya,seringkali buat aku terkenangkan ayah aku.Biarlah air mata menitis,asal aku sentiasa mengingati jasanya,menghargai pengorbanannya yang terlampau banyak buatku.
Terima kasih abah!
Selamat Hari Jadi.!
Mempunyai lebih banyak masa bersama beliau selepas beliau bersara dari Polis Di Raja Malaysia.Merupakan part timer sekarang.Hehe.
Aris Ariwatan-1 2 3 4
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
2 comments:
selamat hari lahir pakcik
kim salam kat pakcik ishak min
Sweet....!
like this post so much (^_^)
Post a Comment