Jul 11, 2011

~Perhimpunan aman Bersih 2.0~


Perhimpunan aman Bersih 2.0 telah pun melabuhkan tirainya.Difahamkan lebih kurang 10 000++ orang telah menyertai perhimpunan tersebut.Yang turut menyertai perhimpunan itu ialah peserta Bersih,peserta Patriot,passerby,wartawan,polis dan juga FRU.


Gelombang pada kali ini,pada pendapat aku adalah lebih besar berbanding tahun 2007 dahulu.Jika pada 2007 dahulu,masih ramai yang tidak jelas,tidak mengetahui hal ini,tetapi tuk versi 2.0,2011,promosinya dijalankan secara meluas apatah lagi dengan perkembangan teknologi pada hari ini.Bukan sahaja di Malaysia,bahkan dimaklumkan juga terdapat perhimpunan kecil di Australia, dan beberapa tempat lagi.

Secara peribadinya,aku bersetuju dengan beberapa tuntutan yang dibuat oleh gabungan ini.Tuntutan pada kiranya agak relevan dengan keadaan sekarang.Antara beberapa tuntutan yang dibuat ialah.:


1)Membersihkan senarai undi
2)Mereformasikan sistem undi pos
3)Gunakan dakwat kekal
4)Masa kempen minima 21 hari
5)Akses media yang adil dan bebas
6)Kukuhkan institusi awam
7)Hentikan rasuah
8)Hentika semua politik kotor.

Beberapa tuntutan daripada tuntutan di atas ini adalah perlu untuk memastikan perjalanan pilihanraya negara ini telus dan juga adil untuk kesemua orang,kesemua parti yang bertanding.

Perhimpunan yang berlangsung 9Julai adalah untuk menghantar memorandum kepada YDPA,Sultan Mizan Zainal Abidin.

Cuma yang aku kurang setuju adalah dengan cara demonstrasi ini.Mungkin ada yang berkata inilah sebaik baik cara,ini adalah hak rakyat dan sebagainya.Akan tetapi ,pasti akan ada yang lebih baik dari tindakan berdemonstrasi ini.Sebagai contoh,Ambiga diberi keizinan bertemu Agung bersama Presiden JIM,En Zaid,lebih nice jika diserah ketika itu dan dapat dipanjangkan dengan sedikit perbincangan.Dan mungkin juga ada cara cara yang lain.

Kemudiannya,dengan penglibatan Ambiga sebagai head pada perhimpunan ini,memberikan sedikit kecurigaan kepada aku.Mungkin sepatutnya orang lain yang lebih patut mengetuai gerakan "NGO" ini.

Apa apa pun,semua nya telah berlangsung.Jika tidak silap,dikatakan memorandum itu tidak sampai kepada Agung.Betulkah?Diharapkan usaha usaha untuk membaikpulih sistem pilihanraya ini,akan dipandang ,dan terus diperbaiki

Beberapa cadangan aku:

1)Bersih didaftarkan dengan ROS,dan menjadi sebuah NGO bebas yang akan menjadi check and balance kepada SPR.Tetapi tiada penglibatan ahli politik atau parti berkaitan(kali ini,dipenuhi ahli politik pembangkang).Mungkin ketuanya perlu diberi kepada orang lain.Yang lebih berkredibel dan berjiwa aktivis.Sekadar memberi contoh,Ezam Md Noor dan Mat Sabu(jika mereka tidak menjadi ahli mana2 parti)

2)Membuat satu pertemuan face to face dengan wakil SPR,untuk memberikan dan menjelaskan tuntutan tuntutan yang dibuat.Setiap parti menghantar wakil dalam pertemuan itu supaya rundingan yang lebih telus dapat dibuat

3)Bersih 2.0 terhadap SPR sudah berlangsung.Dan jika Bersih betul betul ingin menegakkan demokrasi,mungkin boleh diadakan Bersih+ kepada PKR,untuk menjadikan demokerusi kepada demokrasi kembali

4)Menjauhi sebarang pengaruh politikus dari dalam Bersih daripada pengaruh parti pembangkang mahupun parti kerajaan.


note:Laungan "reformasi " semasa perhimpunan?
note:Ada seorang mangsa yang meninggal dunia di Hospital.Angkara bom asap?
note:Usah double standard
note:Kolumnis hebat Malaysiakini menghina Islam?
note:Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah negara,adakah negara ini dipenuhi dengan demonstrasi2 oleh Barisan Nasional?.Lotih aku tengok berita Demo demo ni.Huhu

10 comments:

Hazwan Arif said...

ketua BERSIH, tp jgn letak ibrahim ali..terlalu racist haha

Amin Baek said...

hazwan arif:

btol gak..tgk cara dia,memg outspoken abes..cakap bodoh la apa la..

tak gemar tol politician mulut jhat ni..wpon mulut ak xbpe nk baek..haha

kita said...

amin,

tumpang komen.

1. demo tuh penting nak bagi tunjuk kredibiliti tuntutan tuh. supaya agong nampak ramai yang tak yakin dengan spr.

2. nape ko cadang ezam weh? imho, ezam nih ada ciri menipu. kalau betul la dia tahu pasal penipuan anwar dari dulu lagi...kenape sekarang baru nak didedahkan? huhu.

3.bagi aku reformasi tuh dah betul dah la sebab dari segi maksudnya pembentukan semula.

oV

Amin Baek said...

kita:

silakan komen..

1.Jika nak tunjuk ramai,sudah cukup dengan petisyen..

2.Cadangan diberikan disebabkan nilai aktivisme pada dia.Ezam diISAkn kerana Anwar.Btw,dia tinggalkan anwar bila?Dia tau,then dia cabot..Sekarang?Dia da bertahun da against Anwar.mayb kene check timeline balik

3.Reformasi?Betul dari segi istilah.Reform SPR.tapi hakikatnya perhimpunan tu cuma jadi perhimpunan anti kerajaan.Reformasi(masa ingat zaman 98?),Jahanam Najib,Hancur UMNO...Tak pelik ke?Nak reform SPR.

oV

kita said...

1. petisyen sentiasa dibuat. setiap pilihanraya pon ada petisyen. setakat nih x nampak keberkesanan. sebagai contoh pengundi hantu yang disemak dekat laman spr sendiri. ada report tapi, tiada tindakan. jelas ada lubang dalam senarai daftar spr. dan ini adalah salah satu tuntutan bersih. buktinya, walaupun setelah dibuat demonstrasi sekalipun, pengerusi spr terus tegas tak mahu membuat semakan pon terhadap tuntutan bersih.

2. http://ezam-mohdnor.blogspot.com/2010/10/jangan-ikut-emosi-sokong-anwar.html <--nih link ezam.

dia tetap kata anwar bersalah pada kes liwat yang lepas. walhal waktu tu dia kata mahathir yang salah. sama ada dia tipu waktu dulu, ataupun tipu waktu sekarang. jadi bila menipu nih bole jadi fasik kan. jadi payah la kalau nak lantik pemimpin.

yang lebih tidak meyakinkan, ezam kata dia tertipu dengan anwar. tapi sampai sekarang dia tidak mengeluarkan bukti2 penipuan anwar.

3. sebab untuk reform spr, adalah kalau kita tengok komen pengerusi spr sendiri macam mana.

dulu salah satu tuntutan bersih 1 (2007), telah pon diluluskan iaitu penggunaan dakwat kekal. malah penggunaan dakwat tuh telah disemak dengan jakim untuk mengetahui status halal dakwat tersebut. tapi sekarang spr main tarik tali, dan tiba2 terus tak jadi nak guna dakwat kekal ini.

jadi tindakan pengerusi ini sudah tentu boleh menimbulkan syak wasangka dalam badan spr itu sendiri. jadi bila yang ketua ini bermasalah, adalah sukar untuk nak diperbetul walaupun tidak mustahil. tapi bagi saya, cara yang lebih berkesan adalah dengan pembentukan semula spr. ini lebih kurang sama dengan tindakan pak lah semasa dia cuba untuk reform badan kehakiman dan bpr.

oV

Amin Baek said...

1.Ini da masuk kes lain.Anda awal2 berkata tentang nak biar agong nampak..jadi,point2 di atas kurang relevan..Memang benar itu tuntutan bersih,dan aku pun stuju dengan tuntutan tu..aku cuma tak bersetju dgn cara demonstrasi..ok?

Petisyen setiap plihanraya?boleh jelaskan lagi..aku kurang faham statement ni..

2.Aku ada link dia kt my sidebar.Hahaha.Ni la dia politikus.Kalau aku cakap anwar juga sama ,ko nak terima ke?Masa dalam UMNo,ada dia cite pasl rasuah,bla3?Kalau aku cakap karpal singh cmtu,dia yg ckp anwar liwat masa thun 97 dlm parlimen+ ada bukti,n now dia jadi peguambela anwar..can u see that?Politik tetap politik..

3.Cuba try relatekan ngan point 3 aku di atas..tp cm xjumpa kaitannya..

xpe.just jwb je..itu memg aku setuju.Aku rasa SPR memang perlu direform.Sistem ada yang perlu diubah.

oV.=)

leh tau ke sapa ko?mcm kenalan je..letak la nama btol.heehe

kita said...

1. ok. aku bole terima kalu x suka demonstrasi. dan bagi aku pon demonstrasi tuh ada lah pilihan terakhir setelah jalan2 lain dah dicuba.

petisyen tuh bantahan la. contohnye...
http://www.mail-archive.com/kini-malaysia@yahoogroups.com/msg00237.html

2. kalau ikot apa yang saya jumpa, anwar adalah orang yang membentangkan akta bpr tahun 1997. so dia ada ckp. tapi ini x bermakna saya sokong anwar. tapi saya nampak peluang untuk malaysia berkembang dalam kepimpinan pakatan rakyat. antara sebab utama pakatan rakyat ada lebih peluang untuk berkembang adalah mereka berani menegur antara satu sama lain. menjadikan gabungan itu lebih dinamik.

karpal? saya tak berminat tentang dia.

dah letak gmail tuh. haha.

Amin Baek said...

kita:

1)apa jalan lain da dicuba utk berunding dgn SPR dgn mengemukakn tuntutan2 itu?

2)Hahaha.cuba tgk blog pro gov plak..isu azmin,kronisme,da mcm2 lg..dan juga leh dtgk pada sahabt rapat anwar yg da tingglkn dia.Ezam salah sorang,zul peguam dia time 98.

jika Allah izinkan PR utk memerintah,aku terima hati yang terbuka..jika itu khendak seluruh rakyat..berani menegur?maafkan aku,mungkin itu bg sstgh isu.

sbenarnya,aku tidak ingin bbicara isu PR BN di sini.both ada kekurangan dan klebihan..

Jika kau tidak berminat skalipun dgn karpal,but,politik tetap bgitu.Jika anda mengatakan ezam bgtu,seharusnya anda juga perlu menerima ada (myb) politician yg anda sanjung,juga bgtu..thats y ak skang lbih menelti peribadi calon,drpd menjadi taksub pada parti smata.

haha..byk pendapat boleh drungkai.insyaallah,kita sama2 blapang dada.pastinya ada baik dan buruknya..

gmail?ktne?

btw,mungkin anda tau isu kedah,pasl penutupan entertainment nye tmpt spanjg ramadhan..aku respek tuan azizan.tp ,kitsiang da ckp,suh revoke balik..adakah ini ko mksdkan dgn berani menegur di point ko di atas tu?

kita said...

1. kalau nak tau cara lain yang dah diguna kena cari sendiri la.

2. zul nih dulu aku respek sbb hujah dia selalunya bernas. tapi bila dah jadi bebas nih aku tengok makin merepek. contohnya, dalam kes kartun dalam paper yang pasal hudud tuh. aku baca respond dalam blog dia. dia salahkan orang lain. salah sini salah sana.tapi dia x cakap langsung pasal pendapat dia mengenai kartun tuh. salah orang saja yang dia komen. respond aku satu sahaja kat dia.

"apa pegangan saudara zul mengenai hal ini? jangan asyik salahkan orang. pegangan sendiri mana?"

tapi dia x approve. so no other comment la kan.

3. mengenai larangan tuh ada juga baca2. tapi dia ada pro dan kontra. aku dengar cc pon kena tutup. so agak x releven.

kalau dari segi untuk pusat2 hiburan yang bawak maksiat kena tau jugak sebab apa bulan ramadhan saja kena tutup. kalau dia sebenarnya seboleh-bolehnya nak tutup terus tapi tak berdaya, so, dia tutup bulan ramadhan saja sebagai permulaan. jadi aku setuju.

tapi kalau dia tutup sebab bulan ramadhan. jadi ini kurang tepat.

kit siang ada suruh revoke? x terbaca lagi. kalau dia ada cakap macam tuh pon bagus. dari situ, proses dakwah boleh bermula. imho, ustaz azizan boleh mula jinak2kan hati kit siang. terangkan sebab apa dia tutup dari segi Islam. moga2 hatinya dijinakkan dan beroleh hidayah.

Amin Baek said...

1. hahahha..aku rasa,belum ada cara lain yang dibuat utk kemukakan 8tuntutan ni..sbb tu aku tnye balik,apa cara yg da dibuat hingga "terpaksa" buat cara terakhir iaitu berdemonstrasi..sila beri pencerahan di point ini

2.hahhaa..brader,aku baca blog dia ni dr dia PKR hingga ke bebas.Utk makluman anda,dia memg tidak mengapprove sebarang komen sejak,ada satu ketika tu..isu kartun?ak nak komen,tapi nmpknya kita smakin jauh dr topik yg asal..utk pengetahuan anda,politician is still politician.(ak masih pada stand ini.xkira which side)

3.Hehe.aku rasa ko perlu google lagi pasal mende ni..tu la.aku pun harap dia dpt hidayah..pada sesapa sahaja pn.semua orang madu'u kita.sbb tu jgn maki,hina,kafirkan madu'u kita..

ko sungguh positif..bagus..tp harapnya bukn hanya positif ble kit siang (dap) menentang PAS shj,malah boleh positif ble MCA dan mana2 parti sekalipun..=)

aku masih lg tak kenal ko..klu org sekitar aku,bek ckp depan2 je..penuh komen ak dok bereply ngan ko je ni..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails