Alhamdulillah,diizinkan Allah untuk aku bersama menghadiri sebuah perhimpunan yang dipanggil Himpunan Sejuta Umat ataupun HIMPUN.Bertempat di Dewan Jubli Kuala Kangsar,program yang sepatutnya bermula pada pukul 9 terpaksa dilewatkan sedikit kerana menantikan kehadiran tetamu khas.Basically tentatif program sama seperti HIMPUN di Shah Alam sebelum ini,tetapi dengan bilangan speaker yang sedikit kurang.
Bermula dengan persembahan nasyid oleh Gabungan Penasyid Malaysia(Munsyid),antara yang hadir ialah In Team,Rabbani dan juga Brothers.
Seterusnya,penyampaian pidato oleh lima orang speaker yang mempunyai kredibiliti tersendiri.Bermula dengan Pengerusi Bersama HIMPUN,Tn Yusri.Beliau lebih menceritakan perihal HIMPUN itu sendiri.Kemudian diteruskan dengan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA),Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,dengan isi pidato nya lebih dikaitkan dengan sejarah.Bagaimana banyak serangan serangan untuk menghakis nilai keislaman di Malaysia ini sendiri.Sebagai contoh tindakan Alfonso menhapuskan tanah perkuburan Islam sewaktu datang ke Melaka.Pemidato ketiga pula ialah Sahibuh Fadhilah Ustaz Zamri Hashim,Timbalan Mufti Perak.Beliau memberikan fakta dan kerisauan berkenaan angka permohonan murtad dan juga bilangan yang di bawah istitabah.Ucapan yang penuh bersemangat,membangkitkan semangat orang Islam dan mengulas mengenai transisi kaum dalam berlakunya kemurtadan.
[Ustaz Zamri,Timbalan Mufti Perak]
Kemudiannya ialah Pengerusi Bersama HIMPUN yakni Cikgu Azmi.Masih dengan trademark simple beliau,berbaju melayu dan berkain pelekat.Di sini beliau membacakan deklarasi HIMPUN @Perak .Apa yang menarik perhatian aku,ialah satu cadangan susulan untuk memanggil setiap pemimpin parti politik Islam,untuk menyatakan deklarasi mengenai akidah.Dan jika ada yang meremehkan isu akidah ini,one-off karier politik politician terbabit.
[Datuk Dr Hasan Ali bersama Cikgu Azmi]
Dan akhir sekali menampilkan Datuk Dr Hasan Ali,yang baru memperoleh title Datuk baru baru ini dari Sultan Selangor.Sebelum bertolak,aku sangat berharap agar Dr Hasan Ali dapat hadir,dan Alhamdulillah,hadir dan sekaligus menjadi salah seorang speaker.Beliau menekankan kepentingan akidah dalam hal kekeluargaan dan dalam masa sama ,mendedahkan usaha usaha kristianisasi yang berlaku di Selangor.Sepanjang penubuhan U.S.A(Unit Selamatkan Akidah) sudah terdapat 51 kes di mana umat Islam itu telah pun dibaptis.Nauzubillah.Dan juga strategi orang kafir yang berpakaian dengan jubah,sekali solat Zohor bersama jemaah Islam.Untuk berasimilasi.
Secara overallnya,aku sangat sangat berpuas hati dengan HIMPUN kali ini.Banyak fakta didedahkan,talk yang semangat,dan nampak improvement dari segi penganjuran.Moga HIMPUN terus maju.Jom HIMPUN seterusnya di Negeri Sembilan.
[Bahagian Muslimat]
[Bahagian Muslimin]
[Perangi gejala murtad!]
[Dalam Dewan Jubli]
[Berpegangan tangan melaungkan slogan HIMPUN]
[Allahuakbar]
[Para tetamu]
HIMPUN HIMPUN!
SELAMATKAN AKIDAH!
HIMPUN HIMPUN!
SATUKAN UMMAH!
HIMPUN HIMPUN!
UNTUKMU ALLAH!
p/s:Lepas HIMPUN,terus ke walimah Mun'aim.Hehe.
No comments:
Post a Comment