Mar 20, 2012

~Masa itu emas?~

Tarbiyah bukanlah segala galanya,tetapi segala galanya bermula dari tarbiyah

Suatu potong ayat yang membawa begitu besar maknanya kepada aktivis aktivis dakwah di dunia ini.Dan kata kata ini jugalah yang memberikan boost ataupun motivasi tambahan buat mereka untuk terus berkecimpung dalam arena dakwah yang sungguh mencabar ini.

Jika hendak dicoretkan halangan ,dugaan,cabaran,ujian yang merintangi jalan usaha ini,sudah pasti,tidak akan cukup kertas,tidak cukup semalam penceritaannya dan tidak cukup air liur untuk melafazkan.Terlampau banyak dan begitu banyak variasinya.Apatah lagi jika disingkapkan lagi hingga ke zaman Nabi nabi terdahulu.Subhanallah.

Justeru,ini bukanlah suatu tugasan mudah.Untuk mengharungi suatu langkahan panjang,persediaan yang secukupnya harus dipersiapkan.Kerana apa ?Takut takut,destinasinya hendak ke Perlis,tetapi petrolnya hanya cukup sampai di Kuala Lumpur.Kita takutkan jika bekalan yang hendak di bawa,tidak mencukupi untuk mencapai destinasi yang kita gapaikan.Dan persediaan yang paling utama sudah tentulah dengan persiapan diri bagi seorang dai'e atau penyeru.

Siapa pula dai'e ini? Kita!Kita yang telah mengucapkan kalimah syahadah,kita yang telah beriltizam sebagai seorang muslim di mana tanggungjawab ini telah diamanahkan kepada kita sejak azali lagi.

Persiapan diri

Jadi persoalannya kini,sejauh mana telah kita persiapkan diri.Majoriti syarikat syarikat besar telah menglaksanaakan sistem Key Perfomance Index(KPI) untuk meneliti bagaimana pencapaian syarikat tersebut dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan.

Dalam menilai persiapan diri kita juga,ada KPI yang sepatutnya kita ambil sebagai suatu base untuk dirujuk sebagai self evaluation.Imam Hasan Al Banna ada menggariskan panduan buat muslim untuk menjadi suatu panduan buat kita iaitu Muwasofat Tarbiyah.Terdapat 10 ciri ciri yang disebutkan di dalam Muwasofat Tarbiyah ini.

Penilaian diri dengan menjadikan Muwasofat Tarbiyah ini sebagai rujukan boleh menjadi satu reflection,sejauh mana keberkesanan tarbiyah kepada diri kita.Sejauh mana usaha kita untuk berubah untuk memenuhi dan mencapai KPI ini.Dan harus diingatkan kembali,inti kepada tarbiyah adalah PERUBAHAN.

Harithun A'la Waktihi

Di sini saya berminat untuk menyentuh satu ciri di antara 10 ciri yang digariskan oleh Imam Hasan Al Banna,yakni Harithun A'la Waktihi(berdisplin dengan masa).Kenapa ciri ini diletakkan sebagai satu KPI dalam tarbiyah?

Di dalam Islam,penjagaan waktu adalah sangat sangat penting.Pertama,bila dilihat dari segi praktikalitinya,iaitu Solat fardhu kita.Di dalam sebuah hadith,Nabi pernah ditanya oleh seorang sahabat,"Ya Rasulullah,apakah dia amal yang paling disukai oleh Allah?"Maka Rasulullah menjawab "Solat pada awal waktu".Ternyata,solat pada awal waktu sangat sangat disukai oleh Allah.Dan ini memerlukan pendispilinan dalam menjaga masa.

Kemudiannya,jika kita telusuri baik baik kalimah kalimah Allah.Begitu cantik.Allah bersumpah dengan perkataan masa sebanyak 33 kali."Wal Asr",Wad Dhuha",Wal Lail" dan berikutnya.Ini menunjukkan betapa pentingnya masa hinggakan Allah bersumpah dengan kalimah masa ini.Dan di dalam surah Al Asr,di dalam ayat kedua

"Sungguh,manusia berada dalam kerugian"[103:2]

Penggunaan kalimah 'inna' yang membawa maksud sungguh itu merupakan perkataan tawkit atau di dalam tatabahasa melayunya ialah kata penguat.Jika diterjemahkan secara langsung di dalam bahasa Melayu,ianya sepatutnya menjadi " amat sangat sungguh" untuk menunjukkan sesungguh manusia ini benar benar di dalam kerugian.

Dan akhir sekali pernahkah kita mendengar suatu pepatah arab yang berbunyi " Masa itu ibarat pedang,Jika kita tidak memotong,niscaya ia yang akan memotong kita"..Lihatlah akan kepentingannya.Dan tidak ketinggalan juga pepatah Melayu iaitu "Masa itu emas".Pelbagai pepatah dicipta untuk menunjukkan bahawa masa itu sangat sangatlah penting,sangat sangat berharga.Tetapi,sejauh mana kesedaran kita?

Realitinya

Rupanya,kita masih lagi tidak menyedari akan kepentingan masa ini.Masa kita banyak dibazirkan.Masa kita banyak dihabiskan dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.Soal ketepatan masa bukan lagi dijadikan suatu priority dalam gerak kerja dakwah,sebaliknya hanya dijadikan bahan gurauan dan gelak tawa."Janji Melayu" kerap sekali dijadikan sebagai alasan.Nauzubillah.Betapa kita hampir tersasar jauh dari KPI yang patut dicapai oleh seorang yang bergelar dai'e.

Apa lagi yang hendak kita seru?Mari kita muhasabah.

Meeting yang penting,kita lengah lengahkan.Tugasan yang diberikan dilaksanakan pada akhir waktu dan hasilnya sekadar melepaskan betuk di tangga,hanya sampai di usrah dan halaqah ketika separuh majlis sudah berlalu,mengingkari janji dengan orang lain.

Inikah qudwah yang ingin kita tonjolkan?Nauzubillah.Janganlah ini yang kita tampilkan untuk dicontohi anak usrah ataupun kader seperjuangan.Ini bukanlah satu nilai Islam yang patut dibanggakan.Sebaliknya,harus kita malu atas kealpaan kita ini.Harus!!

Ya.Ianya nampak enteng.Maklumlah.Diri kita yang lewat,diri kita yang alpa,diri kita segala galanya.TAPI!!..tidak sedarkah kita yang tindakan ini akan mempengaruhi gerak kerja orang lain.Mempengaruhi hasil dakwah orang lain kerana dakwah ini bukanlah kita seorang,bahkan jutaan umat yang lain.Astagfirullah.

Muhasabah

Moga kita yang membawa Islam,sama sama lah kita bermuhasabah atas kealpaan ini.Ramai orang memerhatikan kita.Dan jangan terkejut,faktor faktor sebegini jugalah yang banyak diambil sebagai penilaian oleh golongan yang hendak kita dekati.Mari kita sama sama berubah.Jika kita hormati masa orang lain,pasti orang lain akan hormati masa kita.Insyaallah.Moga perubahan yang lebih baik akan meninggikan nilai Islam ini dan kemudiannya menjadikan dakwah Islam menjadi lebih gencar.Mudah mudahan...

Astagfirullahallazdhim..Moga bermanfaat buat kita bersama.

Note:Teringat scene di dalam Wolves of the Valley,di mana van yang di bawa ketika mengambil 3 org watak utama itu(yang sedang dikejar askar Israel),sampai tepat pada masanya.Bayangkan jika van tersebut sampai lewat seminit.Apa yang akan terjadi?
Note:Pernah menjadi Head suatu department,dan inilah antara perkara paling awal saya perjelaskan.Kemudian mendapat respon dari anak buah mengenai kekecewaan beliau terhadap event Islamik yang sering tidak punctual
Note:Imam Ghazali bertanya,apakah yang paling jauh sekali dan jawapannya ialah Masa lampau.Jangan biarkan masa kita berlalu begitu sahaja.

1 comment:

Khairuddin Saad said...

Nice..Banyak memberi pencerahan..Tapi itulah lumrah manusia zaman sekarang. That's y mereka yang peka perlu saling nasihat menasihati. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails