Mar 7, 2012

~Aku seorang graduate~

Aku buka penulisan ini dengan bismillahirahmanirrahim.Sudah lama rasanya tidak meluangkan masa menaip papan kekunci ini untuk update blog ini.Semangat menulis yang semakin meluntur sebenarnya.Apatah lagi dengan "kesibukan" di rumah sementara menantikan 'buah anggur' jatuh ke riba.OK.Tak sibuk sangat pun,saja bajet sibuk.Haha.

Alhamdulillah hari ini sudah pun 7hb Mac.Di mana lebih kurang 9 hari lagi,genaplah sudah 2 bulan aku berkelana di rumah tanpa sebarang hambatan fikiran terhadap akademik.Tetapi cuma terhambat dek peluang pekerjaan sahaja.Rasanya inilah yang dirasakan oleh semua graduate graduate dari semua institut pengajian tinggi.Walaupun rasa risau kerana masih tiada tawaran bekerja,tapi bila memikirkan inilah sahaja peluang untuk berehat panjang sebelum bekerjaya,maka aku hanya simpan baik baik perasaan risau itu di dalam hati.

Tapi kita harus ingat,sebagai seorang muslim,tiada waktu rehat yang sebenar benarnya,melainkan pabila kita semua di syurga.Jadi,gunakanlah waktu lapang kita untuk birrul walidain,untuk mencari ilmu,untuk bergerak ke sana ke sini untuk mencari ilmu,dan macam macam lagi la.

Dan sejujurnya,duduk di rumah,atau pun terbebas dari tanggungjawab akademik ,bukanlah satu kebebasan yang mutlak.Ada yang happy sangat sampai diri tak terjaga,semua tanggungjawab lain sebagai anak ,sebagai adik/abang juga terabai.Time time di rumah lah kena jaga elok elok tanggungjawab ini.(bukan bermakna tidak di rumah boleh diabaikan ye).Barulah mak bapak kasi nikah awal.Eceh.haha.

Yang lebih penting lagi untuk dijaga ialah kesihatan iman.Manusia ini memang fragile.Iman itu naik dan turun.Itu adalah perkara biasa.Tetapi yang luar biasanya,bila iman sudah turun,tapi kita tidak berusaha untuk menaikkannya kembali.Nauzubillah.Aku pun turut mengalami penangan ini.Memang rasa lemah sangat di saat iman tengah down.Tapi itu bukanlah satu perkara yang harus dijadikan alasan.Bila diajak ke solat jemaah,"iman aku tengah down la".Jawapan camni yang paling tak boleh blah.Haha.

Teringat pesanan seorang murabbi semasa pengisian waktu praktikal dahulu,di saat saat lemahnya iman,apa yang penting,bukan terus layan kelemahan iman itu,tetapi,terus terusan la untuk menentangnya.Caranya?Usahakan supaya tidak culas dalam melakukan ibadah wajib dan sunat.Maksudnya,jangan culaskan solat.Solat harus on time!!Quran?Harus baca walaupun kurang penghayatan atau pun kualiti..Kesimpulannya,jangan tinggalkan terus!!

Akhir kata,majulah diri untuk agama,negara dan bangsa.Semoga rakan rakan yang masih sebagai seorang petani seperti mana aku,teruskan bertenang dan bersabar.Insyaallah ada rezeki kita tu.Cuma tak nampak lagi.Gunakan masa sebaik baiknya ketika di rumah ni.Kang da kerja,memang tak can la nak rehat rehat camni di rumah.Hehe.

Moga anggur ini cepat mekar.Haha

11 comments:

Nasrullah Jaafar said...

Buanh anggur dah jatuh ke riba nanti,jgn lupe roger..hehe
selamat bercuti (^_^)

Amin Baek said...

nas:

hahaha..buah anggur jatuh je,mesti la harus dimakan terus..keh3..

selamat bercuti sambil menunggu juga..

Hazwan Arif said...

cari calon r min hehe

Amin Baek said...

yao:

dalam pemantauan...hahaha

Zakuan Ahmad said...

stuju!

dah dekat 2 bulan ni rase mcm da turun salji dlm otak.haha.

InsyaAllah tak lama lagi rezeki jatuh ke riba..mari sama2 menikmati cuti yg ntah bila penghujungnya ni ;)

Amin Baek said...

zak:

ahahaha..btol2..cuti paling lama dalam sejarah hidup..chewah..

amin..mudah mudahan dimurahkan rezeki kita semua

penaberkala said...

hari ni cukup-cukup 57 hari,haha
dah nak genap 2 bulan
sabar menunggu
jaga kampung la dulu sementara dpt cuti panjang ni

Jobless Girl said...

Insyallah, cuma tunggu masa yang sesuai pasti ada rezekinya..

Amin Baek said...

penberkala:

jaga kampung elok2..bukan salu dapat jaga kampung..haha

Amin Baek said...

jobless girl:

insyaallah..amin~
mudah mudahan ada rezeki nya

c'axoera ヅ said...

buah anggur jatuh ke riba
graduan jangan lupa plak untuk berkerja
heheheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails