Entah mengapa aku rasa rindu.
Selepas baca entry di blog SatuUmmah,aku jadi sayu.Rindu kenangan kenangan dahulu.
Tautan yang terbina yang cukup mengindahkan.
Untuk saudaraku,
Teringat lagi di Lecture Hall 1,saat lecturer berada di hadapan,aku sibuk mencari kertas,dan kau di sebelah ku,masih rilek sambil memegang buku kecil itu.
Bila aku tanya,"wey,kau pegang apa tu?"
Dan kau menjawab"Inilah Hadis Arbain.Hadis 40.Susunan Imam Nawawi".
Aku pinjam dan aku belek belek helaian helaiannya.Inilah pertama kali aku memegang buku itu.Sempat aku baca,hadis pertama berkenaan niat.
Walaupun lecturer di depan sudah mula bersuara namun kau...masih sempat menerangkan kandungan hadis berkenaan.
"Min,ini berkenaan dengan niat.Masa Rasulullah berhijrah,ada juga orang yang berhijrah,bukan kerana Allah dan Rasul,tetapi untuk menikahi wanita.Jadi,orang itu hanya dapat pernikahan,tetapi bukan Allah dan Rasul.Itulah pentingnya niat"
Terima kasih wahai saudaraku.
Dan di saat ketika kau menziarahi bilik ku,aku terharu.Walaupun aku tidak faham apa yang kau cuba lakukan,tetapi aku menghargainya.Dan kau menjemputku ke bilik.Itulah turning point nya.
Semasa di program program,di saat aku masih hambar dengan yang lain,engkau yang menjadi tempat aku bermesra.Jika tiada kau,pasti aku akan lari dari program itu.Malam malam ku diisi dengan perbualan bersama kau,dan kau mengenalkan sedikit sebanyak sahabat yang lain.
Terima kasih saudaraku..
Ketika aku mula gembira bersama sama,beramai ramai,tiba tiba kau hilang..Begitu juga yang bersama kau.Aku tak faham.Kenapa ini perlu berlaku.Di saat kita mengorak langkah,ianya terjadi.Hampir jatuh keseluruhan semangat yang aku ada tatkala mengetahui perkara itu.
Walauapapun,perjuangan dan kehidupan mesti diteruskan.Kenangan itu akan pasti terus kekal dalam diriku.Terima kasih kerana memberi memori indah buatku.
::Aku rindu dengan kamu semua::
::Aku sayang kesemuanya kerana Allah::
Walllahuallam
p/s::post yang tah apa apa..huhuh