Oct 9, 2010

~Kau Pergi~


Kau pergi
Meninggalkan aku sendiri
Terkontang kanting dihurung sepi
Hubungan yang sudah kita jalin
Ku harapkan hingga ke akhir hayat
Tidak ku sangka
Kau pergi dahulu dari ku

Kau setia menemani ku
Walau di mana aku berada
Kau sentiasa di sisi
Menghiburkan hati,menenangkan diri
Menceriakan diri di kala kesedihan

Mungkin ini sudah takdirnya
Hubungan kita sampai di sini
Ku terima dengan berat hati
Kerana aku sayang padamu
Aku tetap merinduimu

Perhubungan yang hanya bertahan selama 3tahun.Kejap sahaja rasanya.Dan pemergian tanpa sempat aku ucapkan selamat tinggal.Moga orang yang "mengambil" kau tanpa pengetahuan itu peroleh manfaat sebanyaknya dan aku juga memperolehinya.Insyaallah

[Kau dalam kenangan]

[Pengganti yang baru]

Quran yang hilang di masjid,meneruskan siri kehilangan atau pun "pengambilan tanpa pengetahuan" yang berlaku terhadap aku akhir akhir ni.Ujian.Tapi barang sebelum ini,barang remeh je.Dan kali ini,mungkin beliau nampak akan harga yang begitu tinggi dan tidak ternilai pada Quran ini.Moga bermanfaat buat dirinya


Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya


"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

4 comments:

Hazwan said...

mgkin ade org amik n smpn kt rak msjid kot..niat sedekah je la hehe

Amin Baek said...

liau:

yang pelik,bukn hilang dalam masjid,tapi luar..

aku tinggal dalam bakul,sbb masa tu da khutbah..biasa wt cmtu gak if lmbt..

awal2 pk gak org pinjm..tp da khutbah,xkn nk baca quran lg..

xpe..memg sedekah je..dia baca,moga2 aku dapat tempias pahalanya juga..hehhe..

arekymz said...

assalam.
sy ade bace satu kisah tentang seorang tokoh wanita.
dimana seorang pencuri masuk rumah nya dan mendapati xade satu benda pon yg boleh dicuri melainkan alat yg digunakan untuk mengambil wuduk (xpasti apa alat itu).
pencuri tu cuba keluar dari rumah itu kerna tiada apa yg boleh dicuri namun dihalang oleh wanita itu.
wanita itu menyuruh pencuri itu mengambil alat wuduk nya itu dan berwuduk serta mengerjakan solat.
pencuri tadi menggunakan alat itu untuk mengambil wuduk dan solat.
setelah itu pencuri tadi x lagi mencuri.
wanita itu sanggup memberi alat itu kerana ianya juga merupakan pahala bagi nya.

p/s:sy xingat name tokoh wanita tadi .
wallahua'lam.

Amin Baek said...

akim:

syukran atas komen yg bernas tu..tokoh tersebut if xsilap,Fatimah,anak Rasulullah..

subhanaallah.hebat bukan akhlak ahlul bait dan sahabt2 baginda..kalau kita,mungkin awl2 kita menyumpah seranah org tesebut,dan pabila difikrkan kembali,br kita boleh kembali rasional..

insyaallah.cuba mengambil ibrahnya..

jzkk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails