Showing posts with label palestin2. Show all posts
Showing posts with label palestin2. Show all posts

Aug 13, 2011

~Juadah berbuka~

Subhnallah.Sudah hari ke 13 rupanya kita berpuasa.Sudah menghampir first half Ramadhan 1432 H.

So,bagaimana Ramadhan kalian?
Makin jimat atau pun makin banyak berbelanja dek begitu asyik membeli juadah?Haha

Jadi,untuk Ramadhan ini,ada lah beberapa tempat yang aku berkunjung untuk iftar
Antaranya,Surau Al Ikhlas -Bandar U,Masjid AnNur-UTP,Restoran Sabila,Restoran Rusna,Common Room V4 ,dan tidak dilupakan juga,dapur V5F-L3.Setakat ni,belum pergi ke Bazar Ramadhan lagi.Cuma kirim barangan je pernah.Hehe

[Gambar hiasan]


Dalam mencari makanan tu,pertama,biarlah mengikut syariat Islam,yakni halalan toyyiba

"Wahai orang orang yang beriman!Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu hanya menyembah kepadaNya"[2:172]

Kenal pasti makanan,dan tinggalkan yang meragukan.Memandangkan heboh sekarang mengenai makanan yang ada gelatin babi la,emulsi babi dan seangkatan dengannya,justeru,jika tidak yakin.Tinggalkanlah kerana meninggalkan yang syubhah itu lebih baik buat kita.

Kedua,usah berlebih lebihan.Makanan 4-5 jenis.Minuman 2-3 jenis.Fuh.Kalah manusia manusia yang kurang bernasib baik di negara negara ketiga.Macam dia seorang je puasa.Hehe.Ini hendaklah dielakkan seboleh bolehnya.Firman Allah dalam Al Isra'

"Sesungguhnya orang orang yang pemboros itu adalah saudara setan dan setan itu sangat ingkar kepada Tuhannya"

Jadi,berpada padalah apabila membeli juadah untuk berbuka.Lagipun,bila kita makan banyak sewaktu berbuka,ia pasti akan menjejaskan stamina kita untuk beribadah kemudiannya.Nak solat maghrib pun susah,isya',terawih dan juga baca Al Quran.

Dan yang ketiga,sedikit saranan,untuk kita berbuka dengan apa jenis makanan yang anda mahu,Nasi Dagang ke,Nasi Kerabu ke,Air Teh ke apa apa sahaja pun,cubalah elakkan dari membeli barangan Yahudi.Sesungguhnya terdapat banyak lagi alternatif untuk Nescafe,Milo,barangan Nestle yang lain dan macam macam lagi,untuk kita buat berbuka.Di saat kita meraikan kegembiraan berbuka puasa,dalam masa sama kita juga menyumbangkan hadiah buat saudara seakidah,yang juga sedang berpuasa.Tetapi hadiahnya bukanlah juadah berbuka ataupun barangan keperluan,tapi kita hadiahkan PELURU!Kadang sedih juga,bila orang yang bercakap tentang Palestin,tetapi juga menyumbang secara tidak langsung.Mungkin keadaan yang mendesak kot.
[Kanak kanak Palestin]

Dalam bulan Ramadhan juga,banyak jemputan iftar dari kawan kawan sekolah rendah,menengah,universiti,dan lain lain.Tapi maafkan aku kerana terpaksa menolak sekiranya ajakan iftar tu bertempat di McD atau francais francais lain yang aku boikot.Jika tempat lain,mungkin aku akan cuba untuk sertai.Aku mungkin akan makan juga McD,tetapi jika dalam keadaan tiada pilihan lain yang begitu mendesak.Tapi syukur alhamdulillah,di Malaysia ni,tak pernah alami keadaan mendesak sebegitu.

[Ayuh sokong]

Walau apa pun,hayati Ramadhan kita ini.Ramadhan ini tetap akan berlalu,tetapi biarlah ia berlalu membawa manfaat pada diri.Bukan berlalu tanpa apa apa pada diri kita.Moga Ramadhan ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita,dan jika yang terakhir,moga Ramadhan ini yang terbaik buat kita.Amin~

Tambahkan syukur.Tingkatkan amal.Hebatkan penghayatan.Moga Allah ridho!

May 14, 2011

~15 Mei~

Esok 15 Mei.

Ya!!

Memang esok

Mari mengingati 15 Mei 1948.Tragedi hitam untuk umat Islam


An Nakbah

Moga kembali semula kekuatan umat Islam.
Kerjasama Fatah dan Hamas
Jadikan titik mula

"Barangsiapa menguasai Palestin,dia akan menguasai dunia"

Mar 30, 2011

~Sedikit peringatan~


Di saat duduk melayan perasaan,tiba tiba teringat diri aku di masa kanak kanak.Biasalah lumrah.Nama pun kanak kanak.Nakal,ligat,degil dan macam macam lagi boleh digambarkan untuk aku semasa kecilnya.Hatta perkara perkara yang tidak sepatutnya pun juga dibuat.Masa kecil,apa je la yang kita fikirkan selain enjoy dan bergembira bersama kawan kawan.Main banjir,curi ikan dalam akuarium orang,panjat sana sini,dan macam macam lagi.Memang terlampau banyak.

Dan akibat keaktifan dan keligatan aku semasa kecil,ayah dan mak aku bertindak lebih proaktif.Ayahnya dengan rotan sepanjang lebih kurang setengah depan.Sentiasa terletak di tempat tinggi.Pernah juga aku cuba mengambil dan menyembunyikannya(supaya tidak di"belai" dengan rotan itu lagi),tetapi usaha aku gagal.Mak aku pula lebih simple.Hanger jeeerrr..


Rutin yang berlaku,bila aku buat macam macam,benda pelik pelik,biasanya akan timbullah "love bite" di kaki,di belakang badan juga di tangan.Sebagai seorang yang macho,aku cuma menangis sikit jek.Hehe.Tetapi efeknya sangat mendalam.Sebagai contoh,lepas main banjir dulu,aku di"belai" hebat oleh mak aku.Dan kesan selepas itu,memang tak main banjir da.Insaf!!Taubat Nasuha terus.Yela sangat~.

Tapi hakikatnya,manusia ini memang mudah lupa.Bila tidak diberikan sesuatu ataupun peringatan,maka kita akan kembali melakukan benda yang sama.Lepas seminggu 2minggu,naik hantu semula.Buat itu buat ini.Dan akibatnya,sekali lagi belaian hebat dari ayah dan mak.Ini adalah antara sebab time tu,aku tak suka dengan zaman kanak kanak.(Sekarang sangat suka)

Rupanya rupanya,bila da besar ni,baru sedar,itulah peranan mak ayah.Kalau dulu mereka tak ajar aku sebegitu,mungkin aku bukan seperti yang sekarang.Barulah tahu,apa tujuan dan rasionalnya tujuan itu.Begitulah fitrah manusia yang sentiasa perlu di beri peringatan demi peringatan.

Firman Allah dalam Az Zariyat(QS 51:55)

"Wazakkir faiinna zikraa tanfau'u mukmin"
"Dan berilah peringatan,kerana sesungguh peringatan itu bermanfaat buat orang mukmin"[51:55]

Begitulah pentingnya peringatan ini sehingga Allah berfirman supaya umat manusia tetap memberi peringatan agar orang mukmin sentiasa sedar dan diperingatkan dengan perkara sepatutnya.Bila kata tentang bermanfaat,pastilah sesuatu yang baik ataupun berguna buat kita.Jadi,sudah jelas yang kita mendambakan peringatan ini.

Mungkin sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai umat Islam di Palestin.Di dada dada akhbar pula lebih banyak menceritakan tentang krisis Mesir,Bahrain,Yemen,Libya dan yang terbaru,Syria.Dan tidak lupa juga isu natural disaster yang mendatangkan kerugian yang besar buat negara yang terbabit.Di Jepun,di Myanmar.Sementara akhbar harian dan online Malaysia pula sibuk bercerita mengenai Video Seks,PilihanRaya Negeri 2011,dan juga Pilihan Raya Umum -13.Bukan menidakkan kepentingan berita berita di atas,tetapi sekadar ingin menghighlightkan kembali isu Palestin yang kian lesu dibawa masa.

Mungkin di Mesir gah dengan berita revolusi rakyatnya.Menyaksikan beribu rakyatnya terbunuh.Kalau di Libya,juga begitu,revolusi rakyat kemudian pembunuhan rakyat oleh tentera yang mana membuka pintu masuk kepada US untuk campur tangan.


Tapi di Palestine?Belum berevolusi(tahun tahun terdekat.tidak termasuk intifadah),sudah berapa ramai yang terbunuh?Begitulah nasib orang orang di Palestine.Jika di Libya,US begitu "prihatin" dengan nasib rakyat Libya,lantas sekali dengan Tentera  Bersekutu menyerang Ghadaffi "sahaja",dan dengan gahnya mengishtiharkan diri mereka sebagai Polis Dunia,tanpa ragu ragu lagi.Tapi bila pembunuhan demi pembunuhan di Palestin,mengapa tiada langsung kedengaran suara suara "Polis Dunia " ini?Jangan kata suara,bunyi bisikan pun langsung tidak kedengaran.


Itulah hakikat yang berlaku,negara yang dari dahulu hingga sekarang,masih terus menerus ditindas.Walaupun begitu,aku masih bersyukur masih ada orang yang ingin berfikir,mengingati saudara saudara kita di sana.Aqsa Syarif yang aktif berprogram sana sini untuk menanam pemikiran dan menyedarkan masyarakat,Aman Palestin dengan program pengisian dan ceramah juga untuk menyedarkan masyarakat kita kini.Dan pelbagai lagi NGO NGO dan pihak pihak yang tidak dapat nak disebutkan kesemuanya.



Ingatlah hadis nabi s.a.w


"La yukminu ahadukum hatta yuhibba liakhi ma yuhibbu linafsihi"
"Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri"[Rawahu Bukhari wa Muslim]

Bagaimana seharusnya kita melampiaskan cinta kita kepada mereka?Pelbagai cara.Mungkin sering sahaja kita mendengar point point ini.Dan sebab itulah aku ulangi point ini sebagai satu peringatan buat kita bersama.

Ingatlah mereka di dalam doa kita.Kenanglah mereka,hayatilah perjuangan mereka.Dan kepada mereka yang di UTP.Jika tidak silap,10-11April ini,TTS(Tronoh Theathre Shop) dengan kerjasama Aqsa Syarif akan menganjurkan satu persembahan bertajuk Jilid1:JERIT yang akan bertemakan Palestin.Harga tiket cuma RM5 dan akan disumbangkan untuk dana Palestin.Ayuh!(Aku bukan promosi atas nama Aqsa Syarif ataupun TTS..)

Dan sedikit lagi yang aku ingin highlight kan iaitu Boikot!!.Teringat lagi di waktu semangat sedang membara,heboh sana sini boikot,dalam suratkhabar mengajak boikot,di blog blog,jom boikot!!.Tapi lumrah manusia,peringatan mesti selalu diberikan.Semangat mula mengendur.Mula kelihatan suara suara yang lantang satu ketika dahulu,mula menjadi perlahan,yang dulu ragu ragu untuk ke McD,semakin yakin bila diajak ke McD,sampai ada yang bersarapan,berlunch,berdinner di McD.


"Satu dollar di belanjakan untuk produk Zionis bersamaan dengan sebutir peluru menembusi dada orang Palestin"

Inilah kata kata tokoh Islam,Yusuf Qhardawi.Mengapa kita tidak memegang ni sebagai pegangan kita?


Ayuh sahabat.Kenangkan kembali.Cuba bayangkan penderitaan anak anak kecil di sana.Cuba bayangkan peluru yang menembusi kepala anak anak Palestin itu,rupa rupanya,hasil sumbangan kita.Itulah duit kita,hasil titik peluh kita,harta kita,yang mana akhirnya menyebabkan satu persatu tubuh tersembam ke bumi.

Moga moga entry ini memberi manfaat dan dapat memberi sedikit peringatan kepada kita.Mungkin benda ini dipandang enteng.Tapi sebenarnya besar maknanya.

Apapun,niatkan kerana Allah.Mungkin usaha ini dianggap kecil oleh sesetengah pihak."Hek elah.Boikot.Bukan efek pun.Merugikan orang kita jek""Bajet bagus je nak boikot2 ni".Biarkan mulut mulut bersuara.Kita ada Allah yang menilai usaha bukannya akibatnya.

[McD di UTP??Mengapa perlu McD?Jom RFC]

Allahuallam..

Demimu Palestina
Agar terus subur perjuanganmu di sana.
Dengan mengalirnya darah darah mujahid di bumi Al Quds
Dan terus mengencarkan lagi semangat semangat mujahideen yang lain.
Amin~


"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

Jan 16, 2009

~UTP demo~




16Januari
After Jumaah Prayer

Alhamdulillah 
Syukur alhamdulillah 
kerana berkat dan kurniaNya
kami warga UTP berjaya berkumpul
untuk mengadakan perhimpunan aman
menentang tindakn Israel ke atas Palestin

sebelum perhimpunan dimulakan..
solat hajat ditunaikan untuk meminta bantuan Allah 
supaya saudara2 kami di Palestin,Lubnan,Afghanistan dan Iraq diselamatkn.
perhimpunan dimulakan ngan ucapan stiap ktua  student body in UTP..
HELWI pn beri ucapan..??blur jap..xpe..

kemudian berarak ke CH sambil menjerit
"STOP KILLING..SAVE THE PALESTINIANS..DOWN WITH ISRAEL"
sume individu dilihat begitu bersemangat..Alhamdulillah..
smpi kt CH,ada lah wakil dr NSTP..
diikuti ngan ucapan oleh Hj md Noor,dan Faruqi
hasil kutipan berjumlah RM7000
diserahkn kpd wakil NSTP td oleh Faruqi

Sblom mengakhiri majlis,doa dibc oleh Ustaz Dawi
dan kata2 pnutup oleh Abg Hakim..
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR
Demo ini pada pndgn aku,tidaklah memberi direct effect to yahudi laknatullah tu..td,basically demo dpt memberi kesedaran kepada masyrakat yg kita concern terhadap saudara2 kita di Palestin sana..Kita peka terhadap isu2 ni..Bila kita da peka,tau apa yg terjadi,barulah langkah2 seterusnya boleh dijalankn ngan jayanya..Conotoh paling dekat,usaha memboikot..ble org da fhm  knpae kita nk boikot,br org leh boikot secara bersungguh2 kn..Harap2nya ,usaha kita akan berterusan sehingga bila2..Semoga Allah sentiasa melindungi perjuangan2  pejuang Islam di Palestin..Insyaallah..
Wallahualam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails