Showing posts with label ~pesanan tuk komuniti~. Show all posts
Showing posts with label ~pesanan tuk komuniti~. Show all posts

Mar 20, 2012

~Masa itu emas?~

Tarbiyah bukanlah segala galanya,tetapi segala galanya bermula dari tarbiyah

Suatu potong ayat yang membawa begitu besar maknanya kepada aktivis aktivis dakwah di dunia ini.Dan kata kata ini jugalah yang memberikan boost ataupun motivasi tambahan buat mereka untuk terus berkecimpung dalam arena dakwah yang sungguh mencabar ini.

Jika hendak dicoretkan halangan ,dugaan,cabaran,ujian yang merintangi jalan usaha ini,sudah pasti,tidak akan cukup kertas,tidak cukup semalam penceritaannya dan tidak cukup air liur untuk melafazkan.Terlampau banyak dan begitu banyak variasinya.Apatah lagi jika disingkapkan lagi hingga ke zaman Nabi nabi terdahulu.Subhanallah.

Justeru,ini bukanlah suatu tugasan mudah.Untuk mengharungi suatu langkahan panjang,persediaan yang secukupnya harus dipersiapkan.Kerana apa ?Takut takut,destinasinya hendak ke Perlis,tetapi petrolnya hanya cukup sampai di Kuala Lumpur.Kita takutkan jika bekalan yang hendak di bawa,tidak mencukupi untuk mencapai destinasi yang kita gapaikan.Dan persediaan yang paling utama sudah tentulah dengan persiapan diri bagi seorang dai'e atau penyeru.

Siapa pula dai'e ini? Kita!Kita yang telah mengucapkan kalimah syahadah,kita yang telah beriltizam sebagai seorang muslim di mana tanggungjawab ini telah diamanahkan kepada kita sejak azali lagi.

Persiapan diri

Jadi persoalannya kini,sejauh mana telah kita persiapkan diri.Majoriti syarikat syarikat besar telah menglaksanaakan sistem Key Perfomance Index(KPI) untuk meneliti bagaimana pencapaian syarikat tersebut dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan.

Dalam menilai persiapan diri kita juga,ada KPI yang sepatutnya kita ambil sebagai suatu base untuk dirujuk sebagai self evaluation.Imam Hasan Al Banna ada menggariskan panduan buat muslim untuk menjadi suatu panduan buat kita iaitu Muwasofat Tarbiyah.Terdapat 10 ciri ciri yang disebutkan di dalam Muwasofat Tarbiyah ini.

Penilaian diri dengan menjadikan Muwasofat Tarbiyah ini sebagai rujukan boleh menjadi satu reflection,sejauh mana keberkesanan tarbiyah kepada diri kita.Sejauh mana usaha kita untuk berubah untuk memenuhi dan mencapai KPI ini.Dan harus diingatkan kembali,inti kepada tarbiyah adalah PERUBAHAN.

Harithun A'la Waktihi

Di sini saya berminat untuk menyentuh satu ciri di antara 10 ciri yang digariskan oleh Imam Hasan Al Banna,yakni Harithun A'la Waktihi(berdisplin dengan masa).Kenapa ciri ini diletakkan sebagai satu KPI dalam tarbiyah?

Di dalam Islam,penjagaan waktu adalah sangat sangat penting.Pertama,bila dilihat dari segi praktikalitinya,iaitu Solat fardhu kita.Di dalam sebuah hadith,Nabi pernah ditanya oleh seorang sahabat,"Ya Rasulullah,apakah dia amal yang paling disukai oleh Allah?"Maka Rasulullah menjawab "Solat pada awal waktu".Ternyata,solat pada awal waktu sangat sangat disukai oleh Allah.Dan ini memerlukan pendispilinan dalam menjaga masa.

Kemudiannya,jika kita telusuri baik baik kalimah kalimah Allah.Begitu cantik.Allah bersumpah dengan perkataan masa sebanyak 33 kali."Wal Asr",Wad Dhuha",Wal Lail" dan berikutnya.Ini menunjukkan betapa pentingnya masa hinggakan Allah bersumpah dengan kalimah masa ini.Dan di dalam surah Al Asr,di dalam ayat kedua

"Sungguh,manusia berada dalam kerugian"[103:2]

Penggunaan kalimah 'inna' yang membawa maksud sungguh itu merupakan perkataan tawkit atau di dalam tatabahasa melayunya ialah kata penguat.Jika diterjemahkan secara langsung di dalam bahasa Melayu,ianya sepatutnya menjadi " amat sangat sungguh" untuk menunjukkan sesungguh manusia ini benar benar di dalam kerugian.

Dan akhir sekali pernahkah kita mendengar suatu pepatah arab yang berbunyi " Masa itu ibarat pedang,Jika kita tidak memotong,niscaya ia yang akan memotong kita"..Lihatlah akan kepentingannya.Dan tidak ketinggalan juga pepatah Melayu iaitu "Masa itu emas".Pelbagai pepatah dicipta untuk menunjukkan bahawa masa itu sangat sangatlah penting,sangat sangat berharga.Tetapi,sejauh mana kesedaran kita?

Realitinya

Rupanya,kita masih lagi tidak menyedari akan kepentingan masa ini.Masa kita banyak dibazirkan.Masa kita banyak dihabiskan dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.Soal ketepatan masa bukan lagi dijadikan suatu priority dalam gerak kerja dakwah,sebaliknya hanya dijadikan bahan gurauan dan gelak tawa."Janji Melayu" kerap sekali dijadikan sebagai alasan.Nauzubillah.Betapa kita hampir tersasar jauh dari KPI yang patut dicapai oleh seorang yang bergelar dai'e.

Apa lagi yang hendak kita seru?Mari kita muhasabah.

Meeting yang penting,kita lengah lengahkan.Tugasan yang diberikan dilaksanakan pada akhir waktu dan hasilnya sekadar melepaskan betuk di tangga,hanya sampai di usrah dan halaqah ketika separuh majlis sudah berlalu,mengingkari janji dengan orang lain.

Inikah qudwah yang ingin kita tonjolkan?Nauzubillah.Janganlah ini yang kita tampilkan untuk dicontohi anak usrah ataupun kader seperjuangan.Ini bukanlah satu nilai Islam yang patut dibanggakan.Sebaliknya,harus kita malu atas kealpaan kita ini.Harus!!

Ya.Ianya nampak enteng.Maklumlah.Diri kita yang lewat,diri kita yang alpa,diri kita segala galanya.TAPI!!..tidak sedarkah kita yang tindakan ini akan mempengaruhi gerak kerja orang lain.Mempengaruhi hasil dakwah orang lain kerana dakwah ini bukanlah kita seorang,bahkan jutaan umat yang lain.Astagfirullah.

Muhasabah

Moga kita yang membawa Islam,sama sama lah kita bermuhasabah atas kealpaan ini.Ramai orang memerhatikan kita.Dan jangan terkejut,faktor faktor sebegini jugalah yang banyak diambil sebagai penilaian oleh golongan yang hendak kita dekati.Mari kita sama sama berubah.Jika kita hormati masa orang lain,pasti orang lain akan hormati masa kita.Insyaallah.Moga perubahan yang lebih baik akan meninggikan nilai Islam ini dan kemudiannya menjadikan dakwah Islam menjadi lebih gencar.Mudah mudahan...

Astagfirullahallazdhim..Moga bermanfaat buat kita bersama.

Note:Teringat scene di dalam Wolves of the Valley,di mana van yang di bawa ketika mengambil 3 org watak utama itu(yang sedang dikejar askar Israel),sampai tepat pada masanya.Bayangkan jika van tersebut sampai lewat seminit.Apa yang akan terjadi?
Note:Pernah menjadi Head suatu department,dan inilah antara perkara paling awal saya perjelaskan.Kemudian mendapat respon dari anak buah mengenai kekecewaan beliau terhadap event Islamik yang sering tidak punctual
Note:Imam Ghazali bertanya,apakah yang paling jauh sekali dan jawapannya ialah Masa lampau.Jangan biarkan masa kita berlalu begitu sahaja.

Jan 11, 2012

~Alhamdulillah~

Kesyukuran ku panjatkan kepada Allah ,dengan limpah rahmatnya,masih lagi Allah memberikan aku peluang untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini dan untuk terus menjadi hamba Allah yang beribadah kepadanya.

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku"[51:56]

Pabila dihitung hitungkan,nikmat yang Allah kurniakan kepada kita,Subhanallah.Tidak terkira.Nikmat Iman Islam,pancaindera,hidup,harta benda,ibubapa,kasih sayang,kawan yang baik dan panjang lagi jika nak disenaraikan.Bahkan mungkin sahaja banyak lagi yang akan kita terlepas pandang akan nikmat nikmat ini.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh Allah benar benar Maha Pengampun,Maha Penyayang"[16:18]

Dan jika kita perasan,sebenarnya bukan sahaja perkara perkara baik menjadi nikmat,bahkan perkara yang pada pandangan kita ,sesuatu yang tidak baik juga adalah satu nikmat.

Sebab itulah kita disarankan agar selalu selalulah kita bersyukur.Kita ingat Allah dalam segala apa yang kita ada.Kita ingat Allah atas apa sahaja yang berlaku.Supaya yang kita akan sentiasa sedar,yang kita ini hamba Allah.Hamba yang mendambakan kasih sayang dan nikmat Allah.Mendambakan untuk apa?Untuk kita terus survive di dunia,untuk dibawa bekalan ke sana.Syukur itu lebih tinggi tingkatannya dari Sabar,Mungkin seseorang boleh bersabar dengan dugaan dugaan yang melanda tetapi jarang jarang orang bersyukur pabila diuji.

Jadi,perbanyakkan syukur.Tidak rugi.Hati tenang,jiwa tenang.Untuk melampiaskan rasa syukur,bukan sekadar melafazkan 'Alhamdulillah' atau pun sekadar update status di Facebook ^_^ ,tetapi haruslah kita untuk menterjemahkannya kepada bentuk amal.Bangun awal,Solat sunat tahajud,Subuh berjemaah,solat berjemaah dan lain lain lagi.Seperti mana yang Allah firmankan kepada Nabi Daud,"lakukan syukur".Allah tidak menyuruh Nabi Daud untuk "lafazkan syukur".Dan seperti mana yang kita biasa dengar,kisah Nabi Muhammad s.a.w yang solat sunat hingga bengkak bengkak kaki.Dan pabila ditanya,Nabi menjawab ,"Salahkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur?"Subhanallah.

Akhir kata,serikanlah harimu dengan kesyukuran..

"Wahai manusia!Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu.Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?Tidak ada tuhan selain Dia;Maka mengapa kamu berpaling(dari ketauhidan)"[35:3]


Dec 11, 2011

~Jom lah kita!!~

[Kredit to ISMA Jordan]

Ayuh kita kembalikan kekuatan umat Islam.Tanamkan azam untuk bangkit Subuh berjemaah.Rasailah kemanisannya pabila melangkah ke masjid/surau di pagi hari.Ada juga sebuah hadith mengatakan di akhirat kelak,akan disediakan cahaya buat mereka yang berjalan ke masjid dalam keadaan gelap.Moga moga kitalah golongan itu.Amin3x~

Akhir kata....
JOM LAH KITA!!

Allahurabbi..Banyaknya fadhilat..






Nov 26, 2011

~Salam Maal Hijrah~

"Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"[4:100]



Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang berhijrah ke arah kebaikan.Moga Allah permudahkan urusan kita.


Oct 29, 2011

~Debat Umum~

Hujan mencurah curah jatuh ke bumi.Angin menderu menyapa bilik dingin ini.Selimut ditarik menutupi badan.Tiba tiba kedengaran laungan azan dari telefon pintarnya.


Hati: Zamri,sudah masuk waktu solat.Jom bangkit.Kita solat berjemaah di surau.

Nafsu: Tunggulah dulu.Lagipun kan tengah hujan,Takpe pun kalau solat sendiri kat bilik.Lagi mudah.Kau pun boleh sambung tidur.Sejuk betul sekarang ni.Bukan selalu hujan camni.

Iman: Bangkitlah wahai anak Adam.Ini bukanlah cara untuk kau bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan.Bangkit ,solatlah berjemaah di surau

"Alhamdulillah.Dapat pun qailullah".(Bangkit ke tandas mengambil wuduk)

Nafsu: $%**+%$#@

Mereka sentiasa berdebat.Kita mahu ikut yang mana?Iman @Nafsu?

Tepuk dada,Tanya Iman

Oct 23, 2011

~HIMPUN~

Alhamdulillah,sudah selesai perhimpunan semalam yang bertempat di Stadium Shah Alam,tetapi ianya tidak berakhir di situ.Banyak lagi tugas tugas yang perlu dilakukan.



HIMPUN satu inisiatif hebat oleh para NGO untuk mengumpulkan seramai ramai umat untuk berhimpun bersama sama untuk diberi kesedaran akan masalah yang besar di kalangan umat kita yakni Murtad.

Kita tahu,murtad adalah satu dosa besar di dalam Islam.Dan ini seharusnya dielakkan dari berlaku kerana majoriti yang murtad itu tidak/tidak sempat merasakan keindahan Islam ini.Jadi,perlulah untuk membantu mereka merasakan keindahan dan kefahaman itu.



Semalam seramai 10 orang pemidato yang berpidato.Pimpinan pelbagai NGO,individu individu yang berpengalaman semuanya tampil memberi kata kata dan cadangan cadangan untuk masalah murtad ini.Pimpinan ISMA,PEMBINA,GAMIS,FORKAD,GWGF dan macam macam lagi.Bagi individu,mereka adalah Al Fadhil Ustaz Farhan Abdullah,bekas mubaligh kristian,pernah memurtadkan beberapa umat Islam,Fatini yang mengarang buku perihal Natrah.Masih ingat kisah Natrah?dan diakhiri dengan bacaan doa Dr Hasan Ali diringi dengan hujan yang turun membasahi bumi

Alhamulillah,dengan Izin Allah,aku dapat hadirkan diri ke HIMPUN ni.Walaupun dengan pelbagai kecaman,provokasi ke atas HIMPUN di seminggu yang terakhir,aku hanya berdoa pada Allah,moga ini yang terbaik.Pidato pidato dijalankan secara berterusan dan subhanaallah aku rasakan masa bergerak begitu pantas.Pidato pidato disampaikan dengan bersemangat dan memberi banyak input.Secara jujurnya,aku mengalirkan air mata ketika Ustaz Farhan Abdullah berpidato dan ketika Dr Hasan Ali membacakan doa.Begitulah semangat semangat yang ingin memberi kesedaran kepada umat manusia.

[Taken from Malaysiakini..Banner dari Perak pun masuk.Haha]

Kehadiran mungkin tidak mencapai sasaran penganjur yang puluhan ribu.Tetapi apa yang aku banggakan semangat dari mereka yang hadir,ada dari Kedah,Perak,Perlis,Johor,Melaka dan sebagainya untuk bersama sama HIMPUN.Moga Allah membalas segala amal.

Tetapi apa yang aku sedihkan,himpunan yang dijangka dapat menyatukan hati hati umat Islam ini,tidak mencapai objektif.Bahkan perpecahan dilihat semakin berbekas.Semuanya kerana politik.Hanya menceduk publisiti,hinggakan perhimpunan umum,bebas politik ini,dikatakan ada hidden agenda.Astagfirullah.Di manakah husnudzhon yang dikatakan.Beberapa kali dinyatakan dalam media yang perhimpunan ini bebas politik,hingga dalam garis panduannya mengatakan dilarang memakai/membawa logo logo bersifat politik.

Aku puji orang UMNO orang PAS yang tetap hadir atas kapasiti seorang Muslim.KP Pas Wilayah turun,Dr Hasan Ali turun,bahkan ramai lagi penyokong penyokong PAS dan UMNO yang hadir,walaupun bukan bergelar ahli.Kepada yang tidak turun,HIMPUN tidak langsung menyatakan anda bersalah,atau anda tidak berjihad.Bahkan ketika press conference,mereka menerima keputusan PAS untuk tidak menghadiri perhimpunan.Tapi apa yang diharapkan,mereka masih dapat hadir memberi sokongan atas kapasiti seorang muslim.Dan buat makluman mereka yang tidak hadir,tempat duduk Muslimin,Muslimat dan Keluarga diasing asingkan supaya tidak bercampur aduk.Aku ada je terbaca di laman laman maya ni,menghentam HIMPUN disebabkan perkara perkara ini.Mungkin kerana mereka tidak mengetahui.Tahniah pihak penganjur!!.

Pelbagai berita di laman sesawang memburuk burukkan HIMPUN.Di blog blog yang menghentam HIMPUN.Yang berbicara tentang HIMPUN ,tetapi kurang arif berkenaannya hingga menimbulkan fitnah.Itu semua hak anda.Biarlah Allah memberikan ganjaran buat anda.Kita hanya manusia,hanya berbuat perkara yang dirasakan betul.Tetapi yang menilai secara mutlak dengan betul,hanya Allah.

Apa yang aku harapkan,biarlah selepas ini apa pun berlaku,moga akan sampai satu titik,umat Islam akan bersatu.Mengenepikan semua fahaman politik.Sampai bila kita nak mengharapkan tunggu perlawanan bolasepak Malaysia menentang Thailand baru nak bersatu.Kalau menang memang bersatu,kalau kalah berpecah juga.Atas nama akidah sepatutnya kita boleh bersatu,kerana akidah kita satu.Politik kepartian yang kian membarah di Malaysia.Nauzubillah.Jauhkanlah rasa taksub dari kami ya Allah.

"Dan Dia yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati hati mereka.Sungguh Dia Maha Perkasa,Maha Bijaksana"

Apa pun,syukur setinggi tinggi syukur kepada Allah,HIMPUN dapat berjalan dengan lancar.Dan hujan yang turun di saat Dr Hasan Ali mengalunkan zikir dan kemudiannya doa umpama satu rahmat dari Allah.Subhanallah.Cukup cukup tersentuh ketika itu.Moga Allah memakbulkan doanya dan para hadirin yang turut mengaminkan doa tersebut.



[Saudara Badrul Sani..Mantap]

[Izaan bersama Saudara Ridhuan Tee]

[Mantap Dr]

[Antara yang konsisten membicara hal akidah]

note:NGO buat kerja,NGO buat promosi,NGO labur duit,last last UMNO dapat nama.Sapa la yang dok cakap HIMPUN ni UMNO nye event.Lembu punya susu,Sapi dapat nama.Ceh!
note:Tahniah Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi yang memberikan sokongan dan sempat menulis puisi untuk dibacakan oleh En Kamaruzaman mewakili FORKAD.
note:Tahniah buat Ustaz Nik Abduh kerana juga memberikan sokongan.

Oct 12, 2011

~Mana lebih baik?~

Pabila kita diberi pilihan oleh penaja masing masing.

Contoh terdekat untuk kami di sini ialah PETRONAS.Tiba tiba sahaja PETRONAS membuat suatu pengumuman kepada semua pemegang biasiswanya

"Disebabkan perniagaan PETRONAS semakin baik hari ke hari,kami berminat untuk menaikkan elaun anda.Anda boleh memilih sama ada kekal dengan RM 500 ataupun skim baru berjumlah RM 700 sebulan"

Jadi,apa pilihan anda?
Keliru?

Ceh.Sedangkan tiada sebarang pemberitahuan pun ,kita semua mengharapkan elaun dinaikkan,ni apatah lagi jika kita ditawarkan.Ala ala "orang mengantuk disorong bantal".Hehe.Itulah jawapan aku akan berikan.RM700!!Dan aku pasti jawapan yang sama diperoleh dari rakan rakan yang lain.

Mengapa RM700?Mudah jawapannya.RM700 lebih tinggi nilainya


27: 1

Itu adalah sifir yang mudah.Kita akan suka sesuatu yang memberi lebih manfaat pada kita.RM700 itu lebih banyak jumlahnya dan lebih manfaat yang boleh diperoleh darinya.

Tetapi mengapa respon yang berbeza bila kita berbicara perihal Solat Berjemaah?Bukankah Nabi telah bersabda mengenai kelebihannya

"Solat Jemaah adalah lebih utama dari solat fadz(yakni bersendirian) dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat"[Muttafaq'alaih]

27 kali ganda pahala/darjat yang diberikan sekiranya kita bersolat jemaah.Semua sudah maklum berkenaan hadith ini bahkan mungkin sahaja ramai yang sudah menghafal hadith ini.Tetapi sejauh mana praktikalnya di dalam masyarakat kita.Majoriti yang memenuhi surau/masjid adalah kelompok kelompok warga emas.Ke mana anak muda kita?

Jika dibuat grafik dengan statistik kehadiran jemaah ke surau atas masjid,pasti ia boleh menghasilkan trend "seasonal"(term dari Operation Management) dalam sehari itu.Maghrib mencatatkan yang paling tinggi,dan Subuh akan menjadi kawasan paling bawah sekali.



Perlukah ganjaran?

Ganjaran ditawarkan sebagai sumber penambah untuk kita lebih berusaha.Ganjaran menjadi motivasi tambahan.Tetapi jika ganjaran sahaja yang menjadi matlamat,maka di penghujung jalan,kita akan berasa lelah.

Seperti mana kita bekerja,jika mengharapkan gaji,harapkan gaji,harapkan gaji semata mata,pasti kita akhirnya hilang semangat seperti mana di awalnya dahulu.Jadi,haruskah kita mengharapkan ganjaran semata mata pabila beribadah?

Sebab itulah apa yang penting sebenarnya dalam berbuat ibadah adalah rasa kemanisan itu.Rasa seronok bila solat berjemaah.Rasa seronok bila membaca al Quran.Bila timbul perasaan begitu,itulah yang dinamakan motivasi iman.Motivasi yang didorong iman untuk terus melakukan kebaikan dan insyaallah mendorong juga untuk kekal beristiqamah.Motivasi yang akan menciptakan perasaan gelisah bila tidak berbuat kebaikan.


Konklusi

Di saat saat kita muda inilah,gunakan sepenuh kudrat yang kita ada untuk memenuhi saf saf di masjid.Ayuh penuhkan masjid masjid indah di Malaysia ini.Biarlah berbaloi masjid masjid itu dibina.Bukan sekadar menjadi tempat pertemuan mingguan di hari Jumaat atau sekadar menjadi tempat lawatan pelancong.

“Apabila kamu lihat seorang lelaki yang sentiasa berulang-alik ke masjid, maka hendaklah kamu bersaksi dengan keimanannya”. (Hadith riwayat Tirmidzi)





Oct 9, 2011

~Membina Iman~

"Akh,ana nak tanya la.Ana kebelakangan ni,rasa tak sedap la."Zahid tiba tiba bersuara,bertanya kepada Haris.
"Eh,nta kenapa?Sakit ke?"
"Tidaklah.Cuma lately ni,ana rasa macam gelisah je.Macam risaukan sesuatu,tapi tak tau pulak apa yang dirisaukan tu.Bila berkumpul dengan ikhwah di program,rasa macam tak.......tak reti la nak cakap"

Kedua dua diam sebentar sebelum Haris memulakan bicara.

"Jika nta tak kisah,boleh tak ana tau,bagaimana prestasi mutabaah nta baru baru ni"?Tanya Haris kembali kepada Zahid sambil mendekatkan dirinya kepada Zahid

"Err..Sebenarnya,da 2 -3 minggu juga mutabaah ana fail."Jawapan ringkas Zahid dan tertunduk malu dengan jawapannya.

"Nauzubillah.Ana rasa ana da tau puncanya.Ni semuanya berlaku kerana nta kurang menjaga mutabaah nta."

"Bagaimana?"

"Mari kita kembali mencari kembali,apakah tujuan kita diciptakan?Why we are here?Face all the challenge,do everything to make us survive in this world.However,in the end,everybody will die.Everybody will turn again to sand."



"Amboi Akh.Speaking nampak.Praktis interview ke?Hehe"Haris hanya tersenyum

"Seperti mana yang difirmankan oleh Allah,di dalam surah Az Zariyat,hanya satu sebab sahaja kita semua ini diciptakan,yakni 'illa liya'budun',kecuali untuk beribadah.Jadi,mari kita reflek balik diri kita.Sejauh mana kita berbuat,sejauh mana kita berusaha untuk beribadah kepadanya.Kalau nak dibincangkan lebih panjang,mungkin akan mengambil masa lebih panjang,Sampai esok kang kita kat sini.Hehe.Tetapi nta harus jelas,itulah sebab kenapa salah satu method yang kita gunakan ialah mutabaah.Untuk kita memantau ibadah kita."

"Hurm.yup akh Haris.Ana jelas semua tu.Tapi,cuma kurang nampak apa kaitan mutabaah dengan masalah ana skang?"

"Mutabaah ibadah yang kita tetapkan,ialah ibadah ibadah sunat yang mungkin orang nampak remeh,hakikatnya besar pada pandangan Allah.Untuk mendekatkan diri kepada Allah,untuk kita peroleh cinta Allah,haruslah kita buktikan dengan amal kita,penghayatan kita.Tapi cukup ke dengan ibadah fardhu semata?"

Zahid menggeleng kepala.

"Jadi,ibadah ibadah sunat inilah yang dapat meningkatkan lagi amal kita.Bila mana kita konsisten bangkit untuk qiamullail,kita subuh berjemaah,kita baca al mathurat,kita solat dhuha dan macam macam lagi,insyaallah,itulah added value yang kita ada berbanding orang lain untuk peroleh cinta Allah.Ala,macam orang pergi interview juga,bila masa seseorang tu ada added value kat diri mereka,boleh speaking Mandarin ke,Tamil ke,Arab ke,for sure possibility untuk mereka dipilih itu lebih tinggi.Setuju tak Zahid?"

"Setuju setuju.Amboi Akh Haris,mentang mentang da final year,guna bahasa final year je sekarang eh.Interview la,added value lah.Hahaha.Pastu,nape nta kaitkan dengan masalah ana dengan ikhwah lain tadi?"
"Hehe.Biasalah.Da jadi abang,kenalah matang sikit.Begini akh,apa yang nta rasa tu,ialah masalah biasa.Perkara pokok dalam tarbiyah yakni ukhuwah.Bukankah ayat yang kita da hafal,da tasmi' bersama menceritakan perihal ukhuwah dan iman.Haa.Ingat lagi tak,cuba baca"




"Innamalmukminunaikhwah,faaslihubainaakhawaikum.Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara,kerana itu,damaikanlah antara kedua saudaramu[49:10]"

"Subhanaallah.Maka,nampak tak kaitan iman dan ukhwah.Mukmin itu adalah orang yang beriman.Dan orang beriman itu pula masing masing bersaudara.Bagaimana pula kita iman kita tengah down?Tengah tengah futur?Nampak kan kaitan iman dan ukhuwah ni.?Akh,kalau dalam bahasa Sains nya,iman dan ukhuwah ini ialah directly proportional.Iman meningkat,ukhuwah pun meningkat.Dan dekatnya kaitan iman dan ukhuwah ini,sehinggakan Hasan Al Banna,menganalogikan iman dan ukhuwah ini sebagai permukaan pada duit syiling.Tiada bunga,bukanlah syiling namanya.Hehe"

"Owh.Jazakallah akh.Ana da clear.Semuanya memang datang dari ana ,silap ana.Kadang kadang ,subuh bangun pun lewat.630,645.Subuh pun lambat,apatah lagi qiam.Then,lambat ke kelas,Quran pun tak capai target"

"Itulah consequence dari mutabaah yang tak terjaga.Bila bangun lambat,semua jadi kelam kabut kan?Nak solat,nak mandi,nak baca Quran.Pastu breakfast pun tertinggal.Itulah hikmahnya bangun awal.Apapun akh,kalau boleh,tanamkan rasa kesal dalam diri tu.Cakap dalam diri,mahu tebus kesilapan tu,untuk bangun lebih awal pada esok hari.Tapi,ingat!Jangan hanya kesal,sedih,sayu,tetapi tidak berbuat apa apa.Kata Ibn Atha'illah dalam bukunya Al Hikam,

'Kesedihan atas ketiadaan taat(kepada Allah) dalam keadaan tidak bangkit dan tidak berusaha untuk melakukan amalan itu sebenarnya merupakan salah satu tanda terpedaya dan tertipu"

"Jadi,mesti berusaha sungguh sungguh.Jika perlu,ana boleh je tolong kejut sebelum subuh.Kemudian kita qiam dan ke masjid bersama.Nta pun,try set alarm banyak banyak,tidur awal,elakkan melakukan perkara mubah secara berlebihan,contoh main futsal sampai 2-3 pagi,pi melepak kat kedai mamak berjam jam.Ok?"

"Baik akh.Terima kasih sekali lagi,atas nasihat,atas pencerahan dari nta.Insyaallah ana cuba perbaiki diri dan mutabaah.Akh,jom pi cafe v5.Ana mau belanja Western.Hahaha"

--------

Sedikit sharing dari Dr  Zainurrashid

"Pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah adalah spesis yang istimewa dan aset yang amat berharga. Wahai puteri Muslimah, sekiranya anda dilamar...pastikan dia seorang yang menjaga solatnya, lebih baik kalau dia rajin solat berjamaah dan lebih istimewa sekiranya dia sentiasa kekal dengan solat subuh secara berjamaah..."




Sep 29, 2011

~Bersama-samalah kita~

Aku buka entry ini dengan sebuah ayat yang begitu mendalam maksudnya.

"Dan bersabarlah engkau(Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan  perhiasan kehidupan dunia;dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami,serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melewati batas"[18:28]

Sepotong ayat muhkamat yang jelas isi kandungan dan mesejnya.Ayat yang sempat dikongsikan dengan halaqah baru baru ini.Antara mesej yang disampaikan

*Bersabarlah kita dengan orang yang mengajak kepada kebaikan(kepada Allah)
*Janganlah menjauhi mereka kerana mengharapkan dunia(keseronokan dunia dan sebagainya)
*Janganlah kita mengikuti/menuruti orang yang telah dilalaikan /mengajak kita kepada kelalaian seperti mereka.

Bila diajak kepada kebaikan,ayuh,ringan ringankanlah.Bila diajak kepada keburukan.kemaksiatan,ayuh tangguh tangguhkan dan tinggalkanlah.

Moga diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab berat yang diberikan,dan kekuatan untuk memperbaiki diri.

Aug 13, 2011

~Juadah berbuka~

Subhnallah.Sudah hari ke 13 rupanya kita berpuasa.Sudah menghampir first half Ramadhan 1432 H.

So,bagaimana Ramadhan kalian?
Makin jimat atau pun makin banyak berbelanja dek begitu asyik membeli juadah?Haha

Jadi,untuk Ramadhan ini,ada lah beberapa tempat yang aku berkunjung untuk iftar
Antaranya,Surau Al Ikhlas -Bandar U,Masjid AnNur-UTP,Restoran Sabila,Restoran Rusna,Common Room V4 ,dan tidak dilupakan juga,dapur V5F-L3.Setakat ni,belum pergi ke Bazar Ramadhan lagi.Cuma kirim barangan je pernah.Hehe

[Gambar hiasan]


Dalam mencari makanan tu,pertama,biarlah mengikut syariat Islam,yakni halalan toyyiba

"Wahai orang orang yang beriman!Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu hanya menyembah kepadaNya"[2:172]

Kenal pasti makanan,dan tinggalkan yang meragukan.Memandangkan heboh sekarang mengenai makanan yang ada gelatin babi la,emulsi babi dan seangkatan dengannya,justeru,jika tidak yakin.Tinggalkanlah kerana meninggalkan yang syubhah itu lebih baik buat kita.

Kedua,usah berlebih lebihan.Makanan 4-5 jenis.Minuman 2-3 jenis.Fuh.Kalah manusia manusia yang kurang bernasib baik di negara negara ketiga.Macam dia seorang je puasa.Hehe.Ini hendaklah dielakkan seboleh bolehnya.Firman Allah dalam Al Isra'

"Sesungguhnya orang orang yang pemboros itu adalah saudara setan dan setan itu sangat ingkar kepada Tuhannya"

Jadi,berpada padalah apabila membeli juadah untuk berbuka.Lagipun,bila kita makan banyak sewaktu berbuka,ia pasti akan menjejaskan stamina kita untuk beribadah kemudiannya.Nak solat maghrib pun susah,isya',terawih dan juga baca Al Quran.

Dan yang ketiga,sedikit saranan,untuk kita berbuka dengan apa jenis makanan yang anda mahu,Nasi Dagang ke,Nasi Kerabu ke,Air Teh ke apa apa sahaja pun,cubalah elakkan dari membeli barangan Yahudi.Sesungguhnya terdapat banyak lagi alternatif untuk Nescafe,Milo,barangan Nestle yang lain dan macam macam lagi,untuk kita buat berbuka.Di saat kita meraikan kegembiraan berbuka puasa,dalam masa sama kita juga menyumbangkan hadiah buat saudara seakidah,yang juga sedang berpuasa.Tetapi hadiahnya bukanlah juadah berbuka ataupun barangan keperluan,tapi kita hadiahkan PELURU!Kadang sedih juga,bila orang yang bercakap tentang Palestin,tetapi juga menyumbang secara tidak langsung.Mungkin keadaan yang mendesak kot.
[Kanak kanak Palestin]

Dalam bulan Ramadhan juga,banyak jemputan iftar dari kawan kawan sekolah rendah,menengah,universiti,dan lain lain.Tapi maafkan aku kerana terpaksa menolak sekiranya ajakan iftar tu bertempat di McD atau francais francais lain yang aku boikot.Jika tempat lain,mungkin aku akan cuba untuk sertai.Aku mungkin akan makan juga McD,tetapi jika dalam keadaan tiada pilihan lain yang begitu mendesak.Tapi syukur alhamdulillah,di Malaysia ni,tak pernah alami keadaan mendesak sebegitu.

[Ayuh sokong]

Walau apa pun,hayati Ramadhan kita ini.Ramadhan ini tetap akan berlalu,tetapi biarlah ia berlalu membawa manfaat pada diri.Bukan berlalu tanpa apa apa pada diri kita.Moga Ramadhan ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita,dan jika yang terakhir,moga Ramadhan ini yang terbaik buat kita.Amin~

Tambahkan syukur.Tingkatkan amal.Hebatkan penghayatan.Moga Allah ridho!

Feb 11, 2011

~Pelik tapi Benar~


Apakah makna hidup ini jika tidak diberikan sebarang ujian.

Sepertinya,kita menghadiri kuliah setiap hari,membuka buku,membuat assignment,dan kemudian habis semester.Tiada ujian mahupun peperiksaan.Dan begitulah rutinnya.Bangun pagi,ke kelas,balik kelas,makan tidur.Tiada cabaran.Tiada yang memberi kelainan pada hidup kita.Bosan

Sebab itu kita perlukan ujian.Ujian yang mencorakkan diri dan kehidupan ini.Cumanya,ujian boleh berbeza,mungkin boleh jadi ujian yang berat,atau pun mungkin satu ujian yang ringan.Tapi pastinya,ujian itu pasti akan sesuai dengan kemampuan kita.Seperti mana Allah berfirman dalam surah Al Baqarah,286.

Jadi,ketahuilah,yang solat itu juga satu ujian.Terutamanya solat subuh.Satu ujian yang dikatakan sebagai indikator keimanan seseorang.Walaupun hanya dua rakaat isinya,perlu diingat,ketika inilah kita enak diulit mimpi,sejuk,dan mendamaikan.Apatah lagi ketika hujan.Maka,lebih sedaplah mata untuk terus berehat.Makanya,itulah sebab Solat Subuh ini menjadi begitu sukar sekali dilakukan,walaupun mempunyai bilangan rakaat yang paling sedikit.

Bila dilihat bilangan yang berusaha ,melangkah ke masjid,untuk memenuhi masjid masjid yang gah binaannya,pasti Yahudi gelak besar.Mereka cuma akan takut pada muslim,jika jemaah subuh menyamai dengan bilangan yang mengerjakan solat jumaat.Sekarang?Yahudi tak ingin pun tengok pada umat Islam.Sedangkan dugaan tidur pun belum dapat ditewaskan,apatah lagi menewaskan mereka yang berakal licik.Bolayan lah!! kata mereka.Itu belum lagi dikira dengan golongan yang solat di bilik,solat di akhir waktu,dan tidak solat langsung.Huhu

"Susah la nak bangu.Sius!!"
"Aku tidur lambat semalam"

Alasan biasa yang diberikan.Malah boleh dijadikan template untuk menjawab soalan berkenaan Solat Subuh.
Bahkan mungkin ada yang sudah lali mendengar alasan ini.Hari ini alasan ini.Esok dan seterusnya,juga menggunakan alasan yang sama.

Pelik tapi Benar

Tetapi,yang peliknya,pabila masuk musim peperiksaan,wah.Jam 3.00pagi sudah bangun.Tangan memegang pen.Timbunan kertas kertas kosong dan kertas final yang exam yang lepas di depan mata.Di tambah dengan buku rujukan 2 3 buah di kanan,mata tertancap ke skrin laptop yang memaparkan lecture note dan formula formula segala bagai.Dan tidak juga lupa,air panas terhidang di atas meja.Fokus yang teramat sangat.

"Wah.Polan.Awal kau bangun hari ini.Biasa lambat jek.Ada apa"
"Aku kena studi do.Ada exam Transport Phenomena ni"

Sebuah subject yang diajar untuk satu semester sahaja,dan akhirnya cuma memberi kita,4.00,3.75.3.5 dan seterusnya.Apa yang hebat sangat dengan subject subject yang kita belajar ni bila dibandingkan dengan solat subuh itu?Sejauh mana Transport Phenomena,Vector Calculus,Industrial Automation and  Control System,Reaction Engineering dapat membawa kita?Secara tidak langsung,Solat Subuh yang begitu besar fadhilatnya,diremeh temehkan oleh kita tanpa kita sedari.Kita lebih mendahulukan ilmu ilmu yang diterokai Scholar Barat,daripada ibadah wajib dipertanggungjawabkan kepada kita daripada Tuhan Sekalian Alam.Padahal scholar barat itu juga ciptaan Allah.

Bila tang datang ke appointment ,kelas ataupun meeting.Masa begitu dijaga.Tak boleh lambat seminit.Kalau meeting kol7.30,kol 7 da keluar.Disebabkan tidak ingin terlewat.Segala preparation disiapkan sehari sebelum.Kalau tiba tiba hujan?Tidak mengapa.Boleh cari payung dan kereta.Tak dapat?Baju hujan ada.Kita begitu khuatir jika terlewat datang ke meeting tersebut.Ada kemungkinan kita dimarah,dipecat,dan lain lain.Tapi bila Solat Subuh?Kalau boleh,minit minit terakhir tu baru kita nak bangkit.Allah beri peluang,bangunkan ketika belum azan,"eh,awal lagi".Tidur lagi.Allah bangunkan lagi ketika azan berkumandang,"Assolatu khairumminan naum","Bising tol.Ngantuk ni".Cuba bayangkan jika Allah tidak bangunkan kita selepas itu dan buat selama lamanya.Astagfirullah.

Jadi,moh kita fikir balik.Yang mana baik?Kejayaan dalam peperiksaan atau keridhaan Allah?Ketepatan menghadiri appointment atau Solat pada awal waktu?Solat di bilik atau di masjid?Sebenarnya,yang perlu dipersalahkan ialah diri kita.Bukan rasa mengantuk itu.Bukan salah tidur lambat itu.Bukan salah subject tersebut.Tapi KITA.Berapa banyak usaha kita da buat untuk bangun Subuh di awal waktu dan berjemaah di Masjid?Jika sekadar berniat dalam hati,itu masih belum cukup.Mari jadi lebih proaktif.Ambik jam segala jenis letak tepi telinga,pesan kat 10 orang kawan untuk mengejutkan kita,tidur lebih awal dan ingatlah kebaikan solat di awal waktu ini.

Sebagai sharing,teringat kisah anak halaqah sewaktu intern dahulu,student UTeM.Bagaimana,setiap hari,tepat jam 9 atau 10,dia sudah melelapkan mata.Kenapa?Kerana ingin bangun awal,bertahajud sekaligus bersolat Subuh berjemaah di masjid/surau.Subhanaallah.Subuh dan Tahajud beliau sentiasa terjaga.Jika terlepas pun,mungkin sehari seminggu.Jika ditinggal ,rasa bersalah.Inilah yang dimaksudkan sebagai usaha kita.Moga peroleh ibrohnya

Kawan kawan,rasailah keindahan bersolat subuh di awal waktu.Rasanya,subhanallah.Tak tergambar.Itulah kemanisan yang Allah selitkan untuk mereka yang berkorban untuk tanggungjawab itu.Semuanya berbalik pada kita sendiri.Pelbagai nikmat diberikan tanda kasih sayang Allah pada kita,tapi mengapa begitu sukar sekali untuk kita tunjukkan kesyukuran kita?Astagfirullah.Qalilammatasykurun kata Allah.Manusia ini terlampau sedikit bersyukur.

Peringatan untuk diri ini terutama.Penulisan untuk menguatkan diri.


Sebagai renungan:

"Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari,maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan,yang lazim diberikan tamu di syurga,setiap kalu ia pergi pagi atau petang hari itu"[Muttafaq Alaih]

"Barangsiapa bersuci di rumahnya kemudian ia pergi ke salah satu dari beberapa rumah Allah(masjid) untuk menyelesaikan salah satu solat wajib dari beberapa solat yang diwajibkan Allah,maka langkah langkahnya itu yang selangkah dapat menghapuskan satu kesalahan sedang langkah lainnya dapat menaikkan satu darjat"[Rawahu Muslim]

"Sampaikan berita gembira kepada orang orang yang berjalan di waktu malam ke masjid masjid bahawa mereka akan memperoleh cahaya yang sempurna besok pada hari kiamat"[Abu Daud dan Termizi]
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

Nov 30, 2010

~Betul...ke macam betul?~



Al Quran ialah sebuah mukjizat agung yang dikurniakan kepada Muhammad s.a.w.Mukjizat yang berusia lebih kurang 1400 tahun dijanjikan oleh Allah,akan terpelihara isinya dari sebarang penambahburukkan.Sesuai dengan firmannya dalam surah Al Hijr,ayat ke 9

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran dan pasti Kami(pula) yang memeliharanya”[15:9]


Selain dijamin terpeliharanya isi kandungan Al Quran,malah Allah juga mencabar barangsiapa hendak membuat kitab semisal Al Quran,datangkan sekali dengan penolongnya,pasti mereka tidak akan mampu.Malahan Allah mencabar,buatlah satu surah sahaja daripad 114 surah di dalam Al Quran.

Dan jika kamu meragukan Al Quran yang kami turunkan kepada hamba Kami(Muhammad),maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong penolongmu selain Allah,jika kamu orang orang yang benar”[2:23]

Apakah pantas mereka mengatakan dia(Muhammad) yang telah membuat buatnya?Katakanlah,buatlah sebuah surah yang semisal dengan surah(Al Quran) dan ajaklah sesiapa saja di antara kamu orang yang mampu(membuatnya) selain Allah,jika kamu orang orang yang benar”[10:38]

Begitulah kesucian dan keagungan Al Quran.

Dan baru baru ini,pelbagai kejadian yang menyebut berkenaan non muslim menggunakan ayat ayat Al Quran ,terutama di pentas politik.Di antaranya ,Ngar Kor Ming.Lalu pelbagai pendapatdan fatwa dikeluarkan di dada akhbar,di dalam blog dan macam macam lagi.Dan tidak kurang juga,yang tidak mengambil tahu langsung.

Apa pendapat anda?

Bagi aku,tiada masalah jika mereka benar benar ingin belajar dan mencari keindahan Islam itu dari Al Quran.Sedangkan sejarah telah menceritakan,bagaimana pahlawan terbilang,Al Farouq,iaitu Saidina Umar Al Khattab,khalifah kedua,telah terpaut hatinya pabila membaca surah Thoha.Dan kita lihat pula para ahli sains dan pengkaji agama,bagaimana pabila mereka mengkaji Al Quran,dan  mereka temui pelbagai kebenaran yang tercatat di dalamnya,maka mereka juga memeluk Islam.

Tetapi,aku agak kecewa jika ini dilakukan semata mata kepentingan peribadi,untuk meraih sokongan dan menjadi strategi memikat orang.Seolah olah ayat Quran dan Islam itu dijaja untuk kepentingan pihak tertentu

Dan kali ini,heboh pula isu Subramaniam dengan terjemahan surah Al Imran 190-191.Jika dia benar benar ingin belajar dan menjadikan ayat itu satu panduan,syukur.Walaubagaimanapun,kesilapan yang begitu jelas dilakukan dengan terjemahan Al Quran itu telah dibacakan dengan maksud yang telah berbeza dari ayat yang sebenar



Subramaniam said:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."[Dikatakan Al Imran:Tak pasti ayat berapa]

Quoted from Al Quran:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal.Iaitu orang orang yang mengingat Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan ini sia sia;Maha Suci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka”[Al Imran:190-191]

Selepas ini,mungkin ada pihak yang menyokong beliau dengan mengatakan beliau bukan Islam dan sebagainya.Jika da tahu begitu,mengapa tidak mencatatkan terjemahan tersebut ataupun,gunakan saja software terjemahan Quran mobile yang berlambak di pasaran sekarang.

Jika tidak silap aku,ada juga ahli ABIM(atau bekas) di dalam PKR itu,di antaranya Mustafa Kamil Ayub dan Anwar Ibrahim sendiri.Sepatutnya,Subramaniam perlu dibetulkan ketika itu juga.Sayang sekali antara ahli PKR yang jelas fikrahnya,yang aku kagumi telah menjadi bekas ahli PKR,Zulkifli Nordin,yang aku ikuti blognya sebelum dan selepas dia keluar dari PKR.

Mungkin selepas ini,Subramaniam boleh menyertai kelas tafsir Al Quran yang dicadangkan oleh PAS melalui Nasaruddin Tantawi.Aku mengharapkan dia benar benar berminat dengan Islam & Al Quran dan sertai kelas ini.

Moga hidayah Allah akan kunjung tiba buatmu dan mungkin kamu boleh jadi Ustaz Farid Ravi kedua.Owh.lama tak dengar suara Ustaz Farid Ravi rupanya.

Note:Kit Siang da confirm jadi TPM ,bila Anwar jadi PM..Mana Hj Hadi?Jangan jadikan dia Biro Agama je sudahlah.huhu

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

Nov 25, 2010

~.....~




"Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan diri sendiri ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri,dan berbuat baiklah.Sungguh Allah menyukai orang orang yang berbuat baik"[2:195]

Wallahullam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

Nov 16, 2010

~Kalam Allah~


Di kala mengharungi kesejukan senja,tatkala hujan terus turun dan membasahi bumi ini,di dalam perjalanan menuju ke Halaqah,tetiba terdengar lagu ini berkumandang di radio,sebaik sahaja alunan ayat Al Quran dihabiskan.

Al Quran,haa aaa..
Kalamullah!
Al Quran,haa aaa...
Kalamullah!


Tiba rasa gembira pula mendengar lagu ini.Pertamanya kerana sudah lama tidak mendengar lagu ini ke udara dan yang keduanya,kerana iramanya yang sedikit unik.Entah siapa penyanyi pun,aku tidak tahu.

Dalam kegembiraan itu,masih juga terselit rasa kebimbangan.Pabila difikirkan fikirkan semula,sudahkah aku beriman sepenuhnya dengan Al Quran.Seperti post aku sebelum ini,ya!!.Aku percaya akan Al Quran dan yakin dengan keseluruhan isinya.Akan tetapi yang merisaukan,aku tidak pasti ,sama ada isi kandungan sudah atau belum aku aplikasikan dalam kehidupan seharian secara keseluruhannya

Aku beriman pada Al Quran.!!"~+~Kata kata dari mulut.


Tapi ingatlah,beriman bukan pada sekadar lafaz.Ianya perlu seiring dengan hati dan juga perbuatan.Lantas ini pastinya memberi cabaran yang besar buat kita.

Hendak dibaca pun ,kadang rasa beraaaaat sangat.Kadang kadang,ada yang sangat me"mulia"kan Al Quran,lantas di atas atas almari menjadi lokasi simpanan.Akan tetapi,kadang sampai berhabuk habuk Al Quran tu.Allah...Lemahnya kita ni kan?

Ada hadis mengatakan sepatutnya Al Quran ini sepatutnya dihabiskan dalam jangka masa 30hari.Haa??Kita kadang sehelai pun payah.Kalau mood baik je dapat baca lebih...Lemahnya kita ni kan?

Tapi kawan kawan,ingatlah sesungguhnya Allah ada berfirman

"Sesungguhnya orang orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dalam diam diam atau pun terang terangan,mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi"[35:29]

Tidak rugi kita terus terusan membaca Al Quran.Dalam hadis ada juga menyebutkan setiap huruf yang kita baca itu,dikurniakan sepuluh kebajikan.Subhanallah.

Dan antara cara yang menambahkan minat untuk membaca Al Quran,bagi aku lah,
  1. Baca sekali dengan terjemahannya
  2. Baca dengan rakan rakan

Moga bermanfaat.

Dan ini merupakan langkah awal dan aku sokong sangat sangat.Semoga akan diimplikasi di negeri lain jua.Mudah mudahan.

Usaha Jabatan Pelajaran Terengganu bangun sahsiah pelajar

JERTIH: Setiap pelajar Muslim di Terengganu dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan. 

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud, berkata ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya mem-beri penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar.


sambung baca


Melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Wallahuallam.

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

Nov 6, 2010

~Kita Percaya~


Kita percaya Allah itu Maha Melihat
Tapi entah mengapa
Segala perbuatan kita yang dilakukan
Seolah olah Allah itu tiada

Kita percaya Quran itu kata kata Allah
Tapi entah mengapa
Hendak ditadabbur terasa malas
Apatah lagi hendak dibaca


Kita percaya Muhammad itu pesuruh Allah
Tapi entah mengapa
Sunnah dan saranannya sering kita abaikan
Apatah lagi sunnah terbesarnya

Kita percaya tujuan kita hidup untuk beribadah
Tapi entah mengapa
Solat pun kita tak jaga
Apatah lagi solat di awal waktu


Kita percaya pada Qada' Qadar dan hikmah disebaliknya
Tapi entah mengapa
Bila berlaku kecelakaan
Kita pula yang kerap menyalahkan takdir

Kita percaya Allah itu Tuhan kita
Tapi entah mengapa
Bila di dunia ini
Nafsu pula yang dijadikan Tuhan

Kita percaya Allah dekat dengan kita terutama 1/3 terakhir malam
Tapi entah mengapa
Kita lebih gembira bertemu mamak,menonton bola
Dari berteleku di sejadah,bertaqarrub kepada Allah



Kita percaya majlis ilmu itu taman taman syurga
Tapi entah mengapa
Kita sering mencipta alasan
dan lagi gembira ke ceramah politik

Kita percaya banyak fadhilat solat berjemaah
Tapi entah mengapa
Solat di tempat sempit secara bersendirian menjadi pilihan
Apatah lagi di waktu Subuh yang hening

Kita percaya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang
Tapi entah mengapa
Lebih ramai mencari lagu terkini sebagai pemuas telinga
Alunan zikrullah pula entah ke mana





Astagfirullah.Lalainya diri ini.Pelbagai nikmat dikurnia,diberikan tanpa 1sen pun aku keluarkan.Tapi sering sahaja aku lupa akan kurniaanNya yang hebat ini.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang mukmin,baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."[9:111]

Subhanaallah.Allah Maha Penyayang.Sudahlah diberi nikmat percuma,bahkan Allah beli pula dengan satu nilai yang begitu iaitu syurga.Apakah kita masih lagi mahu kufur nikmat?Dengan keadaan begini,diri yang sebegini,hendak di mohon syurga,rasa terlampau tidak layak,jika tidak ke syurga,ke neraka pula.Allahuakbar.Sudah pasti tidak akan pernah mampu menahan seksaannya.Mohon moga diberi rahmatNya.

Seperti apa yang ditulis di atas,kita memang percaya.Kepercayaan kita memang utuh.Tapi masalahnya adakah sudah kita manifestasi kan kepercayaan itu kepada amal perbuatan.Mari tambahkan nilai kepercayaan itu kepada amal perbuatan.Moga mendapat rahmatNya

Lagu astagfirullah dari Opick

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails