Jul 27, 2009

~Bangkitlah~

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya,dapat lagi kita hidup,berpijak di atas muka bumi ini,menghirup udara segar milik Allah s.w.t,menghayati pemandagan alam yang terbentang luas yang juga milik Allah..Dan bersyukurla juga kerana kita masih memperoleh nikmat terbesar iaitu Islam dan Iman.dan juga dgn nikmat yg tidak semua orang memperolehinya iaitu nikmat tarbiyah.Alhamdulillah

“Dan ingatlah Tuahnmu memaklumkan “sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambah nikmat kepada mu.tetapi jika kami mengingkari nikmat ku maka pasti azabku sangat berat”[14:7]

“Maka ingatlah kepada ku,Aku pun akan ingat kepada mu.Bersyukurlah kepada Ku dan janganlah kamu ingkar kepada Ku”[2:152]

Kita sebagai pelajar biasanya mengidamkan kerjaya yang baik,yang mendapat tempat di hati setiap graduate2 IPT.Karier seperti Jurutera kimia,jurutera mekanikal,Doktor dan sebagainya ialah sejenis bentuk pengkhususan..Jika semua kerjaya-kerjaya ini diperlukan dalam sesuatu masyarakat,maka hukumnya ialah fardhu kifayah

Berbeza dengan Dakwah ,Dakwah ini wajib dilakukan semua orang yang bergelar Islam selagi syariat Islam tidak tertegak ke segenap pelusuk dunia.Hukumnya adalah fardhu ain.Allah menjadikan dakwah ini adalah sebaik baik kerjaya bagi sesorang dalam mencari dan menuju kepada keredhaanNya

“Dan siapakah yang lebih baik perkaataanya dari orang yang berdakwah manusia kepada Allah,beramal soleh,dan berkata,sesungguhnya aku seorang Islam”[41:33]

Dalam usaha kita mencari keredhaan Allah itu,jangan kita lupa dalam mengimbangi dakwah dan juga study bagi seorang pelajar..Kerana Islam sendiri menyuruh kita dalam mengimbangi keduanya.Kadang kadang inilah yang menjadi masalah utama di kalangan pendakwah yang bergelar pelajar..Mereka sering kali terlepas pandang dan menganggap study itu adalah yang nombor 2.Insyaallah,selepas ini,tanamkan keazaman dalam jiwa dan raga kita,untuk menjadikan dakwah dan study itu nombor satu dan kita mesti ingat bahwa study itu adalah part of dakwah..Untuk Berjaya dalam dakwah,kita juga perlu Berjaya dalam study

.Seperti Allah berfirman dalam Al Qasas

‘Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu tetapi janganlah kamu lupakan bagian mu di dunia….”[28:77]

Kita juga diharapkan dapat meningkatkan prestasi dalam akademik,kerana takut-takut ketidak cemerlangan itu dijadikan bahan fitnah,bagi orang lain untuk tidak mengikut dakwah.Insyaallah,dengan kecemerlangan akademik kita,lebih ramai mad’uu yang yakin,sekaligus mengikuti perjuangan kita.Ikhlaskan niat mengapa kita di sini,semuanya hanyalah kerana Allah.Jadikan niat kita itu sebagai pemangkin untuk kita Berjaya dalam akademik dan juga di dalam arena dakwah

.Berdakwahlah kerana Allah,Study kerana Allah..

Bak moto di DAS,”Dakwah di dahulukan,Study diutamakan”Insyallah..Takbir!!

2 comments:

NajaTikaH said...

insyaAllah.

gud post.
muhasabah diri balik.

satu lg moto yg ana pegang.

"Dakwah nombor 1,study bukan nombor 2"

means dua2 tu kne berjalan seiringan.

dek kerana akademik yg merundum,bukan sje bole bg imej buruk pd diri sendri,tp bg imej buruk pd org2 yg menggelar dirinya sbg pendakwah.

sama2 muhasabah dri balik.

Amin Baek said...

yep

inilah influenza bg pelajar2 yg berusaha menegakkan agama

komitmen yg terpecah dua,tetapi tidak menyeimbangi satu sama lain..

kadang2 ada yg terpikir,study itu tidak penting..dek kerana smgt yg membara..

kita kene sedar,tanggungjawab,amanh yg dipikul

masuk ke sini sbg plajar juga,merupakan amanh dan tanggunjwb dr Allah..

takot2,wabak seprti niyg menjadi penghalang berkembangnye dakwah kepda orang lain.

insyaallah sama2 muhasabah diri semula

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails