Sep 19, 2009

~Selamat tinggal Ramadhan~

Bismillahirahmanirrahim

Di saat aku menulis post kali ini,sebenarnya aku sedang menunggu masa untuk pulang ke johor..untuk berhari raya di sana..Dah lama sebenarnya aku tidak beraya di sana..Jadi insyaallah kesempatan ini akan digunakan untuk bertemu sanak saudara yang lama tidak jumpa..

Mengikut takwim,inilah hari terakhir bg kita untuk berpuasa..Sayu hati aku bila mengerjakan solat terawih semalam...terasa sayu bila mengerjakan rakaat terakhir terawih..terasa sayu bila memberi salam solat terawih semalam..Ya Allah,masih adakah peluang untuk aku bertemu dengan Ramadhan ini lagi Ya Allah..

"Wahai orang orang beriman.Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang seblum kamu agar kamu bertakwa"[2:183]

"Agar kamu bertakwa"?

Cuba kita refleks semula diri kita,sejauh mana Ramadhan kali ni telah mendidik kita..sejauh mana diri kita diperbaiki sepanjang Ramadhan ini..Ayat "agar kamu bertakwa" membawa maksud yang Ramadhan ini mengajar kita supaya bertakwa /takot kepada Allah..

Adakah kita sudah sampai ke tahap itu??
Ya Allah,adakah ibadat kita sepanjang Ramadhan ini diterima??
Adakah penat lelah kita beribadat diterima sebagai amalan Ya Allah..??
Adakah kami benar2 bertakwa Ya Allah..??

Terlampau banyak soalan yang dipersoalkan..
tepuk dada tanya la iman..
Aku merasakan masih banyak kekurangan di dalam Ramadhan kali ni..
Semoga aku diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan 1431 insyaallah..
dengan harapan menjadikan Ramadhan itu menjadi lebih baek dari Ramadhan kali ini..amin..

Sama-sama kita bermuhasabah....
Papepun,selamat merayakan hari kemenangan kita yang akan disambut selepas Azan Magrib hari ini..rayakan lah ia dengan sederhana..tetapi penuh penghayatan..insyaallah

wallahuallam

Dan tetaplah memberi peringatan memberi peringatan kerana sesungguhnya peringtan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin"[51:55]

2 comments:

beliamuda said...

aku pula berada di atas bas termenung je time tuh~

Amin Baek said...

haha
takpe2..
asl smpi umah ngan slamt
ok la..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails