May 20, 2010

~Kalaulah...~


Mari kita sama sama merafakkan kesyukuran kita kepada Allah atas kasih sayangNya kepada kita,dengan meminjamkan lagi nyawa,agar kita dapat bangkit menyembahNya,lantas meneruskan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.Sungguh tenang pagi ini,sunyi,terdengar kicauan burung,subhanallah.Itulah kekuatan semesta yang bertasbih.Bisa menenangkan hati hati yang sedang kusut.Alhamdulillah

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan besar,Nabi Muhammad s.aw atas segala pengorbanan,atas titik peluh,dan hatta atas titisan titisan darah yang tumpah kerana ingin menyebarkan Islam.Tanpa usahamu itu,pasti Islam tidak pernah ku kenal.Rasulullah adalah role model bagi kita.Sudah termaktub dalam Al Quran,Rasulullah sebagai Uswah Hasanah.

"Sungguh,telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah"[33:21]

Ramai orang mengakui bahawa idola mereka ialah Rasulullah.Tulis di Friendster,tulis di Facebook,tulis di blog."Idola:Rasulullah".Ya.Benar.Inilah la idola kita,role model,pujaan kita.Tiada siapa selain Rasulullah yang boleh menjadi sebaik baik teladan atau pun,Uswah Hasanah.Ada juga yang tulis Tun Dr M,Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat,dan mungkin ada juga Datuk Seri Najib Tun Razak =).Itu mungkin idola yang kedua di belakang Rasulullah.

Tapi ayuh kita berfikir bersama,adakah benar kita menjadikan Rasulullah sebagai idola?Sejauh mana segala amal dan perbuatannya kita amalkan dalam kehidupan seharian kita?Berapa banyak kali kita berselawat kepada baginda?

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersalawat untuk Nabi.Wahai orang orang yang beriman!Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya"[33:56]

Dan satu aspek yang penulis ingin wujudkan pada entry kali ini..


Kalaulah..

Sedang kita study,tiba tiba pintu diketuk,
Pabila dibuka,ianya Rasulullah.
Apa reaksi kita??

Adakah kita akan mengizinkan Rasulullah melihat kita:



Melayari internet dan melihat laman laman web hiburan?
Bermain dota sehari suntuk?
Bermain PES?
Counter Strike?
Rak penuh dengan buku akademik,tapi tiada langsung buku ruhiyah?
Rak penuh dengan majalah bola?
Lagu yang dipasang,tiada langsung bait bait yang mengingatiNya dan baginda?
Lagu yang dipasang mempunyai lirik yang kotor?
Al Quran diletakkan di rak dan di tempat paling tinggi sekali,dan kelihatan berhabuk?
Atau pun tiada langsung Al Quran?
Berada di bilik ketika orang lain berjemaah di surau/masjid?
Masih belum solat Zuhur walaupun jam menunjukkan pukul 4?
Tidur dengan tidak dengan sunnahnya?
Asyik dengan MIRC?
Chatting dengan awek/pakwe?

Adakah,kita akan mengemas dan menyembunyikan semua item item berkaitan dengan persoalan di atas?

Jadi,benarkah kita mencintai Rasulullah?Berapa banyakkah sunnahnya yang kita amalkan?Cukupkah dengan berjanggut sahaja?

Persoalan persoalan yang penulis utarakan ini,bukanlah bermakna penulis sudah cukup bagus.Persoalan persoalan ini adalah untuk kita sama sama memikirkan kembali,sejauh mana kita mencintai Rasulullah,sejauh mana kita menghayati perjuangan baginda,dan sejauh mana kita mengamalkan sunnahnya.

Insyaallah,kita sama sama mengimprovisasi diri kita.Ingatlah,Rasulullah begitu mencintai kita.Di kala nyawa di hujung tekak,perkataan "Ummati Ummati Ummati" yang membasahi bibir.Dan balaslah cinta itu dengan sungguh sungguh.Sesungguhnya cinta yang dihulur,perlulah dibalas malah kenalah dibalas dengan lebih banyak.

Sesungguhnya,bolehlah dianalogikan,Jika diciptakan sebuah kereta,pasti diberikan manualnya.Selain manual,kita juga boleh merujuk kepada salesmannya.Jika Allah menciptakan manusia,manualnya adalah Al Quran,dan salesmannya adalah Rasulullah

wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin  Ishak
Universiti Teknologi PETRONAS

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]




6 comments:

-J- said...

T_T

terry bogart said...

nice entry..bagus untuk direnung..

amin..aku tnegh stdy..he3

pasal yg kat fb..pada aku..diorg tulis moga ngan harapan bnda tu lekat kat hati ke..hu3..

Amin Baek said...

zaki: T_T...mata ko bentuk T?haha

luqman:gud2..saya pun ngah stadi..hahaha..xlah..bukn aku kutuk ke apa..bgus la..mksd aku tulis cmtu,kita kadang menulis,dan mungkin aku skali,tapi kita kurang menghayati..dan itulah tujuan post aku..untuk kita sama2 mereflek..mungkin kita skdar menulis..wallahuallam

Sufy said...

sgt bagus...moga kita jadikan Rasululullah sbg qudwatun hasanah..moga kita x lalai dgn perkara2 yg sia2..:)

Anonymous said...

=)

betul bro...tk ramai yg amik port pasal ni..

Amin Baek said...

sufy:terima kasih sudi singgah..insyaallah..sama sama mengambil ibrah..huhu

jane:huhu..itulah..kelemahan kita.kadang2 lalai leka..insyaallah sama2 perbaiki..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails