May 31, 2010

~Palestin~


Syukur kepada Allah atas segala kurniaan,dan juga nikmat nikmat yang dianugerahkan.Alhamdulillah

Kali ini post yang agak penting,berkenaan sesuatu yang agak memilukan,agak menyedihkan,dan agak mampu menyebabkan air mata mengalir.



Semalam,aku menonton berita di TV3,menyatakan rombongan LifeLine 4 Gaza yang ditahan di Cyprus akan bergerak menuju ke pelabuhan Gaza pada Jam 10 malam.Ada aku update status gtalk berkenaan hal ini dan memohon doa semua yang membacanya.Ini bukan saranan aku semata,ini permintaan ahli konvoi berkenaan.Aku pasti ramai antara pembaca status berkenaan yang sempat menghantar ingatan mereka kepada ahli rombongan menerusi doa.Semoga Allah memakbulkan doa kalian.



Dan pagi ini,aku dikejutkan dengan berita kesyahidan beberapa orang ahli rombongan akibat serangan Askar Zionis.Inalillahiwainnalillahiraji'iun.Sebelum ini,berita yang aku baca,helikopter Zionis telah mengawasi pergerakan konvoi terbabit.Update awal yang didengar seramai 3 orang syahid dan 10 orang cedera.Jika tidak silap berita yang diperoleh,seramai 10 orang kini syahid.Huhu.Jangan risau saudaraku.Allah menjanjikan syurga buatmu.Alhamdulillah.Husnul Khatimah yang kau perolehi.

Wahai Zionis laknatullah!!Sudah hilangkah sifat kemanusiaan dari diri engkau!!Mereka tidak bersenjata kerana inilah misi kemanusiaan.Hanya untuk membantu saudara mereka yang ditindas kau.Mereka langsung tidak mengancam kau.Mereka langsung tidak mengganggu kehidupan.Mengapa tergamak kau menyerang mereka.Aku harap,kau akan merasai apa yang orang yang kau zalimi itu rasai.



Wahai pejuang pejuang yang aku hormati,kuatkan semangat.Tabahkan hati.Ingatlah.Allah pasti sentiasa bersama kamu.Ini ujian buatmu.Semoga Allah mengizinkan kalian sampai ke Gaza dan seterusnya dapat menyampaika harapan yang memggunung dari rakyat seluruh pelusuk dunia.Doaku sentiasa bersamamu.Semoga Allah akan meredhai kehidupanmu dan pengorbananmu.

Kerajaan Malaysia,parti parti politik,apa lagi yang kita tunggu?Adakah kita mahu jadi seperti kerajaan Mesir yang hanya menurut kata jirannya?Palestin juga jirannya tapi hampeh.Israel juga yang dituruti.Kita mahu jadi seperti Cyprus?Sudahlah..Ayuh bangkit.Suarakan bantahan kita!!Jadilah pemimpin seperti Erdogan,jadilah seperti Ahmadinejad,jadilah seperti Ghadaffi.Aku akan pasti berdiri teguh bersama kamu.


Inilah realiti kehidupan sekarang.Kata kata "Siapa yang menguasai Palestin,akan menguasai dunia" sudah ternyata benar.Israel menguasai dunia.Apa yang dibuat apa yang berlaku sume di dalam tangan Israel.Sungguh mudah.

Jadi?Peranan kita?
Watching movies?Prince of Persia?Shrek?
ataupun menantikan Kejohanan terbesar bola sepak,Piala Dunia?


Hentikanlah.Banyak lagi tanggungjawab kita yang masih belum setel.Teringat lagi kata kata wakil Hamas yang menantikan konvoi LL4G,"Ketibaan konvoi adalah perkara kedua.Yang pertamanya,kami nampak usaha yang dilakukan pihak luar untuk membantu kami".Apa lagi tunggu kawan kawan?Solat hajat?Doa?Sudah kita lakukan?Jika sudah,jazakallahukhairankatshira diucapkan.Jika belum,marilah kita.Dan tidak lupa juga,BOIKOT


Aku menyeru dengan sepenuh hati,dengan rayuan,marilah bersama sama menyertai kempen boikot ini.At least,cubalah walaupun aku pasti ianya sangat susah bagi seseorang yang baru saja hendak mencuba.Cuba kamu bayangkan,bila kanak kanak Palestin ke sini,dan ternampak kita bergelak ketawa di dalam McD,bersama kawan kawan,sedangkan pada dia,McD tu umpama sebuah peluru besar yang menantikan masa untuk dilepaskan Zionis ke dadanya.Aku perasan,McD sering dijadikan tempat untuk meraikan sesuatu.Habis exam,habis test,habis intership,start internship,birthday la dan macam macam lagi.Ini perkara yang sangat simple.Apa kata keraian itu dilakukan dengan makan di Food Court ke?Di Lanz Cafe ke?Di Sabila Corner ke?Atau di Selasih mungkin?Atau pun di kedai burger yang menjual Oblong yang sangat sama dengan Prosperity milik McD(Israel).Para pemilik kedai berkenaan,aku da promote ni,pandai pandai la kasi diskaun ye? Mudah bukan?


Kesimpulan


Isu Palestin ini bukanlah isu agama semata.Ini isu humanities atau dalam bahasa mudahnya isu kemanusiaan(translate je sbnarnya).Dan isu kemanusiaan biasanya didukung oleh manusia dalam bahasa kasarnya.Aku sangat berminat bermain dengan bahasa petang ni..Jadinya,marilah kita menyokong kempen kempen dan usaha usaha untuk membantu saudara kita di sana.Tidak banyak kawan kawan.Kita tak mampu menolong banyak.Kita belum mampu mengangkat senjata untuk bersama sama mereka di sana.Kita belum mampu syahid bersama pejuang yang lain.Kita belum mampu ke Palestin untuk memberi sokongan moral secara langsung kepada mereka.Mungkin segelintir sahaja  yang mampu.Dan apa yang kita mampu,seperti yang aku ada nyatakan seperti di atas.


  • Doa
  • Solat hajat
  • Boikot
  • Ambil tahu


Owh ye.Susunan ini bukan mengikut priority.Ini adalah benda benda yang kita kena buat di atas ketidakmampuan kita membantu mereka dengan cara yang lain.Dan jangan lupa,keridhaan Allah yang didambakan.Semoga usaha kalian akan dilihat Allah dan semoga urusan kita bersama dipermudahkan.Insyaallah

Demimu Palestina Tercinta!!Allahuakbar!!



wallahuallam
Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Universiti Teknologi PETRONAS

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

10 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

Betul...

Tersentak baca berita tadi...

Mari kita sama-sama sebarkan apa yang kita tahu supaya lebih ramai yang ambil tahu..

Adakah kita hanya mahu tunggu sesuatu yang lebih besar terjadi sebelum sedar?

Jom buat apa yang kita mampu...

Amin Baek said...

semalam,tsenyum kepuasan bila rombongan mula bergerak ke gaza..kelihatan wajah2 kgembiraan ahli rombongan..

tetapi,hari ni..
dserang..skang da 16 syahid..kapal dirampas..ya Allah..sedih sgt.Sungguh beruntung mereka memproleh husnul khatimah..

trasa sgt marah pada zionis..klu leh nk tulis smua maki hamun kt sni.huhuh..

Allah,slamatkan konvoi itu..moga mereka sampi di gaza dan pulang dgn slamat..

insyaallah..saya akan cuba istiqamah memboikot2 produk2 milik mereka..

mari sebarkn kepada masyarakt..dengar nya rakyat turki sudah berdemonstrasi..dan rakyat israel di turki memohon plindungan..khabarnya,yg syahid adalah warganegara turki..

tahniah abdullah gun dan erdogan.Saya kagum dengan rakyat di negara anda..tahniah2..subhanallah..

Allahuakbar.!

umairzulkefli said...

adakah mereka semua bakal diranapkan sekali!?
Na'uzubillah min zalik...

Tengok sahaja sejarahnya, cara yang yahudi zionis rancang sekian lama, menyebabkan semua kita 'buta', 'pekak' 'bisu' lagi 'kudung' dalam kehidupan kita yang kononnya serba cukup ni. Pada amatan aku,kalau diorg bantai habis LL4G tu pun dunia nk buat apa? Bukan mampu buat apa-apa pun.

Nanti orang sibuk boikot dalam 1 bulan..
Orang kecoh2 buat demo itu ini 1 bulan..
Surat khabar dan berita kecoh2 cerita ni 1 bulan...

Lepas tu? Kembali semula seperti sedia kala...
Inilah umat sekarang. Manusia sekarang. Hidupnya 'Aku dan Duniaku'..
Kerana 'duniaku' ada kawan-kawan yang sibuk-sibuk nak suruh boikot, dia pun boikotlah skejap..
Kerana 'duniaku' ada kawan-kawan yang sibuk-sibuk buat demo, dia pun berdemolah sekali..
Kerana 'duniaku' ada kawan-kawan yang sibuk-sibuk nak bagi ceramah, dia pun joinlah sekali...

lepastu kembali jadi perangai lama..
stay dengan 'Aku dan Duniaku'nya...

sedarlah wahai saudara-saudara sekalian...
Mereka diuji sebegitu rupa..
Si zalim dah bermaharajalela se'syaitan' durjana..
Dan dunia terus tahu 'mengutuk' dan 'mencaci cela'
Dan kita pula bagaimana?
Terus buat-buat tidak tahu sahaja?

Dan saudara-mara, abang, adik, kakak, emak dan ayah kita di sana yang seiman dengan kita terus disembelih...

"Tidak beriman seorang kamu selagi kamu tidak menyintai saudara kamu sebagaimana kamu menyintai diri kamu sendiri.." (Al-Hadith)

Amin Baek said...

oh umair.
tampak komennya sama sahaja ya dengan gugel gerup..hahaha(selng indon skit)

benar,
nanti boikot besar besaran..
bila da senyap.
media memainkan isu lain,
mula la minum Coke smula,
mula berkunjung ke McD,
mula mencari semula Milo,
mula mencari Nescafe,
mula mencari produk Kraft
Argh..

Sebarkan,sebarkan..
Supaya kita kembali mengenangkan ikhwah2 di sana..

Sedih mengenangkan nasib peserta LL4G..huhu

Qila Rahim said...

Allah sentiasa berada bersama orang yang beriman..jom la sama2 doakan mereka..

Amin Baek said...

insyallah..doa ku sntiasa bersama mereka..mudah mudahan

ummuzaqeera said...

Ya ALLAH...bantulah mereka,selamatkan mereka..x dapat menahan sebak melihat dan mendengar berita tentang misi ini...

Amin Baek said...

mudah mudahan..Allah sentiasa membantu sesiapa yang membantu agama Allah..insyaallah..

ita athirah said...

marilah kita sama-sama berdoa,semoga Allah merahmati melindungi mereka semua di bawah lindungan-Nya..

p/s: selalu singgah tapi harini baru nak bersuara..haha! :D

Amin Baek said...

insyaallah..pastikan doa kita semua bersama mereka..Allah pasti melindungi mereka..

p/s:owh2..akak lab demoku upenye..hahah..tima kasih bc blog picisan ni..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails