Jun 17, 2010

~Taubat~



“Aku tidak layak untuk bersama kau lagi Ramli..”

“Mengapa Zali?”

“Diri aku ini penuh dosa.Aku bermaksiat kepada Allah.Aku tidak layak bersama sama kau.Bagaimana akan aku dakwahi orang ke arah kebaikan,sedangkan aku sendiri belum cukup baik.Bagaimana?”




Persoalan biasa yang sering kedengaran di kalangan mujahid mujahid yang mencuba untuk melakukan pengislahan di dalam masyarakat.Diri sendiri pernah melakukan maksiat,bagaimana untuk dia mengajak orang lain meninggalkan maksiat.Secara logiknya,ia nya memang benar.

Tetapi,lupakah kita,bahawa diri kita ini masih manusia?Bukanlah seorang nabi yang maksum seperti Nabi Muhammad.Kita ini bukan sesiapa.Tetapi manusia biasa yang ada diceritakan dalam Al Quran

Allah memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah”[4:28]

Kita ini lemah.Diri kita boleh menjadi kuat,tetapi bukan bermakna kita tidak akan melakukan kesilapan dan kemaksiatan kerana manusia tetap manusia.

Justeru,apakah yang seharusnya perlu dilakukan jika keadaan seperti ini berlaku?




TAUBAT.

Ya.Taubat.Taubat didukung oleh beberapa fasa iaitu pertamanya penyesalan dalam diri.Timbulkan rasa benci akan kesilapan yang telah dilakukan itu.Jauhkan diri daripada apa apa yang boleh mendekatkan diri kepada masalah tersebut.Kemudiannya meninggalkan perbuatan tersebut dan terakhirnya berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

TERLALU BERDOSA

Terlalu banyak perkara yang bertentangan syariat yang dilakukan.Telah lama tidak bertaubat sehingga merasakan dirinya terlalu berdosa.Inilah perasaan yang sangat berat untuk ditanggung.Perasaan bersalah memburu kita sampai bila bila.Lalu bagaimana?
Saya ada terbaca sebuah cerita dan membuatkan saya begitu tersentuh.Ini adalah kisah nabi Musa dan kaumnya .Mereka sedang dilanda kemarau dan keadaan semakin meruncing.Lantas kaumnya meminta nabi Musa untuk berdoa kepada Allah agar hujan diturunkan.Nabi Musa pun berdoa.Selepas berdoa,hujan masih tidak turun.Lalu Musa bertanya kepada Allah “Ya Allah,mengapa Kau masih tidak turunkan hujan walaupun kami sudah berdoa kepadaMu.”.Aku tidak turunkan hujan,kerana maksiat yang dibuat oleh seorang daripadamu selama 40tahun”

Nabi Musa pun bertanya kepada kaumnya,”Hujan tidak turun kerana ada antara kamu yang bermaksiat selama 40tahun.Siapakah orang itu?”

Di tengah tengah orang ramai itu “Ya Allah.Jika aku mengaku dan keluar di khalayak ramai,pasti aku akan aib,aku akan malu.Selama ini Kau tutup keaiban aku.Kau tutuplah keaiban aku kali ini.Aku akan bertaubat padaMu ya Allah.Aku tidak akan bermaksiat dan mengulangi kemaksiatan ini lagi ya Allah”

Tidak semena mena,hujan turun dengan lebatnya.Musa hairan kerana tiada sesiapa pun yang keluar untuk mengaku/”Dia sudah bertaubat dan itu lebih baik”

Lebih kurang beginilah ceritanya.Subhanallah.Maksiat yang dilakukan selama 40tahun,dan akhirnya Allah ampunkan sebegitu.Betapa Allah itu begitu menyukai taubat.Seperti ada tertulis di dalam surah Al Baqarah ayat 222,di bahagian akhir ayat nye,menyatakan Allah begitu mencintai taubat hambaNya.

KESIMPULAN

Apalah yang kita tunggukan lagi.Ayuh berintrospeksi dan pasti terlalu banyak dosa yang kita lakukan.Sedangkan Rasulullah itu yang maksum,terpelihara dari segala dosa,bertaubat sebanyak100 kali SEHARI,apatah lagi kita.

Tangan yang menaip ini lebih dekat dengan mata yang melihat dan membaca.Jadi tanggungjawab yang lebih besar untuk diri ini menjalankan apa yang telah ditaipkan.Semoga Allah permudahkan.Amin~



Wallahuallam
Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Kampung Peringgit Melaka

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

3 comments:

Zanaishi said...

semoga kita sempat melakukan taubat sblum kembali kepangkuannya..

umairzulkefli said...

Setiap anak adam itu melakukan dosa...
Dan sebaik-baik pelaku dosa itu adalah mereka yang bertaubat..

Marilah sama-sama bertaubat...
Kita MAMPU mengubahnya...
Jika kita MAHU.

Amin Baek said...

Rozanna:mudah mudahan ...insyaallah

umair:benar..kita mampu mengubahnya..(cm kenal je ayat ni..haha)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails