Mengapa...
Dahulu kita sangat gembira ke kelas mengaji,
Berasa seronok belajar mengaji dari ustaz ustaz
Bersama kawan kawan
Namun kini,
Al Quran itu sudah jarang ditemui
Jarang sekali disentuh
Apatah lagi dibaca sejuz sehari
Mengapa..
Dahulu kita rajin menuju ke surau
Walaupun masih berjalan kaki
Di kala Doraemon beraksi di kaca TV
Namun kini,
Motorsikal Basikal sudah dimiliki
Tetapi kaki,masih diberati
Untuk melangkah pergi
Mengapa...
Dahulu kita sangat seronok akan kedatangan Ramadhan
Agar boleh berbuka bersama
Agar boleh berterawih bersama
Namun kini,
Ramadhan dianggap beban yang menanti
Terawih sungguh mememenatkan kaki
Baik movie dilayan sendiri
Mengapa...
Di sekolah dahulu,
Al Mulk dan Tazkirah dijadikan santapan,
Segalanya terasa indah,bagai di syurga
Namun kini...
Segalanya rasa tidak keruan
Nampak orang berkopiah saja
Segera mengelak dari dijadikan buruan
Mengapa..
Dahulu kita mampu melakukannya
Walaupun ketika itu belum lagi mencapai tahap mumaiyiz
Segalanya dilakukan dengan senang hati
Namun kini..
Segalanya tinggal kenangan abadi
Apakah tidak bisa dikembalikan lagi..
Kenapa ini terjadi,
Ayuh tanyalah diri.
-------------------------------------------
Apakah faktornya?
Masa yang berlalu tiada henti?
Persekitaran yang berubah?
Pengaruh rakan?
Diri yang selalu melupai?
Atau
Peningkatan ekonomi diri?
Yang pasti..
Bukan salah ibu mengandung..
Tiada bapa yang boleh mengandung..(mende aku ngarut ni..huhu)
Wallahuallam
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya
"Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]
8 comments:
Yup...dulu lain...kini lain...
tapi kalo suma nk lain..susah ar....
rindukan zaman itu....kerna zaman dugaan nye masih kurg berbndg skang kan...
papepun....bapa kuda laut mengandung....hehehe (^_^)
tu la..
da besa2 ni,rasa lain la plak..
haha..aah eh,xtpk lak kuda laut..cet..haha
like it~
anon:thanx a lot..
yang penting bapa boleh nampak mengandung... tapi MENGAPA ye? hehehe
imanCO:tu yang kita tak tau tu...
aik..ini macam lawak kasar jek..trasa ni..hahahahha
ooohhh
terasa...
zacko wacko:hahha..zack..
terasa ke..ini tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau yg sudah meninggal dunia..hehe..
xdela..act dr pengalaman aku jugak..aku buat2 gak mende2 gtu..
hehehe..kantoi..
Post a Comment