Aug 14, 2010

~Astaghfirullah~


Astaghfirullah.

Aku beristighfar panjang pabila membaca keratan imej ini.

Pada asalnya aku membaca posting ini di blog Hazwan Arif,berkenaan puasa sahaja.Kemudian aku ke blog asal gambar ini dipublishkan.Dan pabila membaca comment comment lain di image tersebut,allahuakbar.Sehingga ada kata ingin menubuhkan new movement,membuat kitab dan sebagainya



Masalah sosial belum setel lagi.Ini lagi masalah aqidah.Ya Allah.Inikah maksudnya Islam kembali dalam keadaan yang asing itu.?Allah..

Kata kata beliau
"Kita cari 30000 pengikut.Kita buat la kitab sendiri beb"

Mungkin beliau tidak mengetahui berkenaan ayat ini

"Dan jika kamu meragukan (Al Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami(Muhammad),maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong penolongmu selain Allah,jika kamu orang orang yang benar"[2:23]

Di sini,Allah mencabar sesiapa sahaja yang ragu akan Al Quran,membuat HANYA SATU surah dari 114 surah,dan siap disuruh untuk diajak penolong penolongnya untuk membuat surah tersebut.Siapakah yang mampu membuat satu surah yang dimaksudkan Allah di situ.Wahai manusia.Janganlah kamu ego dan bongkak,sesungguhnya kita ini tiada apa apa.Apatah lagi ingin mencabar kekuasaan Allah.

"Sungguh Al Quran ini memberi petunjuk  ke (jalan) yang paling lurus dan memberi kabar gembira  kepada orang mukmin yang mngerjakan kebajikan bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar"[17:9]

Mudah mudahan Ramadhan ini mendidik jiwa kita,lantas memperkukuhkan lagi kepercayaan kita akan kekuasaan Allah yang tiada tolok bandingnya.

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

16 comments:

penaberkala said...

astaghfirullahalazim
min, die orang islam ka?
yg komen2 tuh nampak nama cam ada yg islam.. tapi ayat mmg dahsyat la
cam takde akal

terkejut gak tgk blog kau n liau
thanks for sharing
moga mereka mendapat balasan yg setimpal

Amin Baek said...

penaberkala:aku pun tak tau..was2 gak dia ni islam ke apa..tp dia cm warna kulit dan bangsa,org wish dia slmt bpose,rasanya memg islam pada namanya la...

aku btol2 tkejut tgk komen2 dia kt bawah2 tu..ingt dia cte pasl pose jek..rupa siap ada ckp dia xske dipaksa la,nk bt movement baru la,wat kitab baru la...yg pelik ada,ada lagi penyokong dari kalangan dia tu..nama dia n memb2 sume cm ad nama islam..tp berani sgt mcm tu skali..ish2

penaberkala said...

aku nak try serbu fb die td
tp dah xde dlm carian
mcm kes yg hina tok guru nik aziz dulu la
buat pandai, then blah.tau takut

ayat die memang xleh blah
berani mati tu buat kenyataan mcm2

blog dia pun private plak
kalau dia islam dan melayu, memang melampau

Amin Baek said...

penaberkala:mayb dia prasan tibe2 ramai serbu page dia kot..haha..tu cepat2 deactivate/buat private..huhu..

doakan dia moga dapat hidayah Allah..

Jamal Rafaie said...

Dunia memang nak kiamat dah.. Masyarakat dah kembali ke zaman jahiliah, zaman jahiliah tanam bayi pompuan, sekarang buang bayi tak kira bayi lelaki ke pompuan.. Benda yang sama, cara berbeza..

Inilah fitnah Dajjal yang telah masuk ke seluruh dunia. Masanya akan tiba, kita perlulah sama-sama menjaga akidah diri kita daripada fitnah Dajjal itu.. Masya-Allah.. Ujian untuk kita di zaman ini sungguh hebat! Moga kita tergolong dalam golongan yang akan mendapat keredhaan ALLAH.. Insya-Allah..

*Ziarah ke blog Amin, lama saya tak berblogging.. (^_^)

Amin Baek said...

jamal rafaie:benar..bahkan bila difikir fikir balik,kadang dunia sekarang even lagi teruk dari zaman jahiliah..jika dulu islam hanya ditentang orang bukan islam,dan kini,ada juga orang islam sendiri yang menentang..huhu..

insyaallah..mudah mudahan kita sume dapat membekalkan diri dengan secukup bekalan untuk menghadapi fitnah2 yang sudah pasti dahsyat.

p/s:busy ye jamal skang..eheh

zubair ghazali said...

salam. akh,

mungkin kita tak sedar,
ada orang Islam yang tak sedar kenapa perlu menjadi Islam..

kerana kurang didikan, kurang memerhatikan sifat Allah, dan juga kurang melihat penciptaannya..

akhirnya, timbullah rasa ego, fantasi yang dipengaruhi fikiran ethis orang Jepun, dan macam macam lagi..

mereka tak nak accept kebenaran kerana menganggap semua tu dah jadi satu doktrin~

semoga diberikan hidayah di bulan puasa..
jangan sampai nanti, Allah tarik nikmat tatkala seronok dengan nikmat dunia dan akhirnya kita diam terputus asa. 6:44~

fad said...

apa ke pelik budak ni..still nak cakap pasal kiamat..meaning terdetik jugak kat hati dia tu.ttg wujudnya kiamat =)

Amin Baek said...

ibnu ghazali:

jzkk atas pendapat..
sama2 kita berdoa,agar hidayah yg diberi ALLAH pada kita,nikmat tebesar diberi pada kita,moga kekal shingga kita mengadapNya kelak..aminn..

Amin Baek said...

fad:

huhu..tu la..still nak kiamat gak..tp tak tau a terpengaruh ngan cite "2012" ke..huhu

touya said...

apa nak jadi dengan orang zaman sekarang ?

Amin Baek said...

touya:jadi macam apa yang terjadi pada hari ini..macam2 masyarakat kita skang ni..huuhu

strawberry said...

melampau. hmmm.

Amin Baek said...

strawberry:

memang "terlampau"

LiFe KaMi said...

budak ni saja buat kecoh nak jd famous amos la tu..tak senonoh btul..

Amin Baek said...

life kami:

Mencari publisiti dengan cara yang paling "murah"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails