Aug 22, 2010

~IHYA' RAMADHAN~


Kelihatan janggal bukan pabila masuk hari ke 12 Ramadhan,tiba tiba aku menulis entry Ihya' Ramadhan?

Pelik pelik.Orang buat awal Ramadhan,sebelum Ramadhan baru sesuai.

Tetapi pada aku,sepatutnya Ihya' Ramadhan ini sepatutnya dijalankan setiap fasa di dalam Ramadhan,iaitu 10hari yang awal,10hari yang di tengah tengah dan terutamanya 10hari yang terakhir.Almaklumlah,manusia ini mudah lalai dan leka.Masuk hari ke 11,mula nampak renggang renggang di antara saff untuk terawih.Untuk Subuh berjemaah,apatah lagi.

Jadi,alhamdulillah.Baru selesai program tersebut.Insyaallah banyak perkara bermanfaat yang dapat dari program ini.
[Subhanallah.Betul betul di Selat Melaka]

Dimulakan dengan iftar beramai ramai di Masjid Selat, Melaka.Kemudiannya kami solat Isyak dan berterawih bersama sama.Alhamdulillah.Usai bersolat,tidak lama kemudian,hati kami dijamu oleh sebuah pengisian yang diberikan oleh Ustaz Ahmad bin Zainal Abidin,Yang DiPertua ISMA Melaka yang juga seorang pensyarah di MMU.Pengisiannya berkenaan raja'(mengharap).Kebetulan pula isinya yang sama dengan isi perbincangan di Google Group ChemeJan07.Insyaallah,mendapat lebih kefahaman dan segala kekeliruan dapat dirungkai.

[Tekun mendengar]

[Ustaz Ahmad]

Raja'(Mengharap)


Mungkin sedikit perkongsian.Adakah kita sedar,dalam masa kita semakin menghampiri 10malam yang terakhir,dimana terselit satu malam yang LEBIH baik dari 1000bulan(83tahun ++),kualiti ibadah kita semakin menurun.Fokus kita sudah entah ke mana.Boleh dikatakan,puasa kita hanya menahan lapar dan dahaga,solat fardhu dan sunat kita hanya sekadar menggonyangkan badan ke atas dan ke bawah.

Apa yang sebenar berlaku?

Kita sebenar kehilangan rasa raja' itu.Kita kurang mengharap supaya amalan kita ini diterima oleh Allah.Kita kurang mengharap agar ibadah ibadah yang dilakukan ini untuk mengukuhkan keimanan kita lantas memantapkan penghayatan kita terhadap ibadat tersebut.

Firman Allah di dalam Surah Al Kahfi:

"Maka barangsiapa  mengharap pertemuan dengan Tuhannya,maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadat kepada Allah"

Dan antara ciri raja' dalam diri ialah:

  • Mengarahkan hati ke arah sesuatu yang dirindui iaitu Allah dan Akhirat
Sebenarnya banyak lagi isi yang dikongsikan,tapi nanti nanti lah aku berkongsi lagi.Malas nak type sebenarnya

Dan raja' itu umpamanya seperti satu sayap dan sayap nya yang lagi satu ialah khauf(takut)

Aktiviti seterusnya

Seterusnya,seperti program program yang lain,bangkit jam 4.00pagi,solat, subuh berjemaah,mathurat,dan juga tazkirah oleh Akh Amiruddin.

Dan sebelum berpisah,kami disajikan lagi dengan satu pengisian oleh Akh Luqman,wakil ISMA Melaka dengan pengisian yang cukup berinformatif dan membangkitkan semangat anak muda yang menghadiri majlis terbabit.Dimulakan dengan gambaran keadaan ummah suatu ketika dahulu,kemudian menjadi lebih gemilang,titik kejatuhan ummt Islam dan hinggalah ke realiti hari ini.Sesungguhnya banyak lagi aspek yang kita terlepas pandang hingga mengakibatkan masalah sosial yang melampau lampau pada hari ini.

Jadi,semuanya ayuh berusaha lebih gencar!Moga Allah membantu usaha usaha ini..insyaallah..

[Jumpa lagi di lain masa..Insyaallah]


Balik pula,hujan rahmat turun.Akhirnya,kepala pun da berat.Rasa macam nak demam lak.Ujian ujian.

Wallahuallam
Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

4 comments:

AhMiEzZ said...

salam ziarah akh.. pergh...best jgk prog2 di melaka..huhu.. ana hjg minggu ne ada rehla mashyi, jln 3km..huhu.. ambil pengajaran perang badar sambil kuruskan badan..hehe..
ape2 pon moga iman, amal dan taqwa bertambah disepanjang bulan ramadhan ni,,

zubair ghazali said...

akh ahmiezz..kami kat utp pun tak lame lagi nak buat rehlah masyi jugak..

masyi - berjalan

kena tasmik juzuk 30..huhu
btw, ahmiezz tak komen pn kat blog ana..tak sudi ke?

Amin Baek said...

ahmiezz:

salam akh...hehhe..nama pn melaka..mest la best..keh3

owh..yeke..sama la.kami pn ada rehlah mahsyi ujung minggu ni..tp kami 5km..lagi kurus a ana..kah3

insyaallah..sama2 kita doakan

Amin Baek said...

ibn_ghazali:

wah..sume bt rehlah mahsyi ni..nice2..sume nak kuruskan badan ye..haha..tp yg utama mstlah mengenangkan perang badar ye..

zubair,paksa jek ahmiezz kt blog tu..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails