Aug 25, 2010

~Kombat 1511H~


KOMBAT 1511H!!

Siapa pernah baca buku ni?Angkat kaki sekarang..Hahaha

Buku ini adalah hasil tulisan penulis muda yang begitu mantap dalam bidang penulisan ini,dan baru mendapat pHD dari sebuah universiti tempatan,iaitu Faisal Tehrani.Aku membaca buku ini pada tahun 2008 dengan meminjam dari seorang kawan.Tetapi di bahagian akhir,tak dapat menghayati betul betul,sebab kawan tu da mintak balik.Hehe.

Sinopsis(Yang mana aku ingat je)
Buku ini mengisahkan keadaan di dunia pada tahun1511H.Waktu itu bolehlah dikatakan Islam sudah kuat,dan Islam diamalkan secara menyeluruh dalam kehidupan.Dan seteru utama orang Islam sudah tentulah orang kafir,yang diketuai Mr Nosirname.Menariknya cerita ini,beliau menerapkan unsur unsur Islamik yang sangat mudah untuk diapply dalam kehidupan kita.Dan kemuncak cerita ini,ialah peperangan orang Islam menentang kafir.Pertembungan bukan lagi menggunakan pedang mahupun pistol,tetapi lebih canggih dari itu.Menggunakan cyborg,cip cip yang mengawal pemikiran(untuk komunikasi),serangga pengintip,senjata biologi dan sebagainya.

Realitinya
Pabila membaca introduction cerita itu,anda pasti bersemangat kerana digambarkan keadaan masa itu sungguh tenteram kerana orang mengamalkan Islam.Islam tidak dilihat sebagai asing.Namun,realitinya,kita kembali ke 1431H.Islam dipandang sepi.Orang Islam sendiri tidak mengamalkan Islam.Puasa wajib sebulan dari 12bulan yang diberikan pun da susah,apatah lagi nak puasa sunat Isnin Khamis.Umat Islam ditindas.Apa yang kita boleh lakukan? MENGECAM..Itu je la.Hebat sikit,buat memorandom.

Tetapi
Apa yang diceritakan di dalam KOMBAT 1511 itu seolah olah hampir menjadi realiti walaupun tidak pada orangnya.Di Iran....

Pesawat tanpa juruterbang
-Digelar Duta Maut
-4 meter panjang
-Mampu membawa 4peluru berpandu
-Jarak penerbangan 1000km


Bot laju(Diberi nama Seraj dan Zolfaqar)
-Dilengkapi peluru berpandu
-Seraj maksudnya lampu
-Zulfaqar adalah nama bagi Pedang Saidina Ali(bercabang dua kalau tidak silap)

Nuklear
-Masih diusahakan walaupun mendapat tentangan Negara Besar(US)

Peluru berpandu
-Sudah diuji beberapa kali di lokasi yang dirahsiakan.

Iran
Aku akui Iran adalah negara Islam yang paling menonjol sekarang.Mereka berani dan lantang mengecam tindakan Israel dan sekutu terhadap Palestin.Mereka berani mempertahankan pembinaan loji nuklear mereka.Dan mereka terkedepan dalam teknologi.Sebelum ini,peluru berpandu sudah diuji.Ini memberi amaran kepada negara lain,yang Iran bukan main main.Ini bukan cubaan cubaan lagi.Iran benar benar serius.Aku respek kau IRAN!

Ahmadinejad
[Peace yoo]


Siapa yang tidak kenal tokoh ini,yang digelar Singa Muda Islam.Dia yang lantang bersuara.Cukup berani berkata kata.Dan juga bijak dan berpandangan jauh ke hadapan.Peribadinya juga cukup dikagumi.Rendah dirinya,bertanggungjawabnya dan macam macam lagi.Aku pernah mengulas mengenai beliau sebelum ini.Tapi akibatnya aku dihentam kembali.Mengapa?Dia SYIAH!!..Aku menceritakan perihal Iran,keadaan sosiobudaya di Iran,dengan pengangkutannya,cara pentadbirannya yang mantap,aku dihentam kembali."Kau baca banyak sangat blog Faisal Tehrani".

Biarlah apa yang dikata.Apa yang pasti,dialah pemimpin Islam yang boleh diharap.Anda mengharapkan Husni Mubarak bersuara kepada Israel?Tunggu kucing bertanduk dulu

Dia adalah 3 pemimpin luar negara yang aku selalu perhatikan.Dan lainnya,Muaammar Ghadaffi,dan Recep Tayyip Erdogan.

Iran divisualkan
Diambil dari blog Faisal Tehrani

[Patung kanak kanak di Iran]

[Bas khas untuk wanita.Sekali dengan driver wanita]

[Solatnya seperti jemaah yang lain.Tiada kelebihan sebagai pemimpin]


[Tiada layanan khas]


[Pasukan ragbi wanita Iran]

Konklusi
Tahniah buat negara Iran.Anda membuat US dan Israel tidak senang duduk.Iran cukup hebat.Tidak disangka sangka,mereka mampu menghasilkan teknologi seperti itu.Dan hampir sama pula dengan KOMBAT 1511H,pelbagai senjata canggih yang digunakan tentera Islam.Owh.Kebetulan apakah ini.Faisal Tehrani memang menggemari Iran.

Note:Aku agak "marah" sikit dengan sedikit orang Indonesia yang agak "pendek akal"

Wallahullam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

8 comments:

umairzulkefli said...

Kalau mengkagumiIran, biarlah kagum terhadap nilai-nilai murni keislaman yang dibawanya, bukan ideologi Syiahnya.

Sama seperti kita mengkagumi Jepun dan Barat dari sudut teknologi dan integritinya, bukan dari segi kekafirannya kepada Allah SWT.

Nabi mengajarkan, "Hikmah itu adalah mutiara yang hilang daripada Umat Islam. Di mana sahaja kamu temunya, maka ambillah ia."

Ambil di sini adalah mutiaranya, bukannya laut ataupun peti yang menyimpan mutiara tersebut. Dalam erti kata, kita ambil nilainya, bukan orangnya.

Fahaman Syiah sememangnya akidah yang tertolak dan tidak boleh ditoleransi. Jika nak membahasnya sila banyakkan rujukan dan pembacaan. Buku-buku Said Hawwa boleh dirujuk. Syiahnya mereka bukan bererti kita tidak boleh mengambil nilai-nilai mulia yang dibawa mereka. Yang menjadi masalah adalah apabila kita menyokong segala tindak tanduk mereka kelak, walaupun tidak sesuai dengan Islam.

Wallahua'lam.

Fakta: Iran dipimpin oleh pemimpin yang berhaluan Syiah, namun majoriti rakyatnya adalah Sunni. Manakala Iraq dipimpin oleh pemimpin yang berhaluan Sunni tetapi majoriti rakyatnya adalah Syiah.

arekymz said...

assalam..
seronok bace pasal iran.
tp aku ni kurang pengetahuan.
terima kasih sebab berkongsi.
membuatkan kita semua buka mata.
insyaallah.
:)

AhMiEzZ said...

salam nk komen..huhu..
suke tgk gambar presiden Iran yang smayang diantara jemaah biasa yg lain.. kalo kat malaysia..heh, yang paliing banyak buat kezaliman la yg dok paling depan skali..dok blakang Imam plak tuh..xmalu kat Allah plak ke?huhu

Amin Baek said...

Umair:

Terima kasih atas pendapat..

Ya..kagum dengan Iran bukanlah pada ideologinya..Tetapi,walaupun dikatakan sesat dan dsb,tapi di negara mereka,boleh lihat bagaimana mereka seolah2 lebih mengamalkan islam...Khidupan bsosialnya,cara hidup,bsukannya,teknologinya..

Ini cukup berbeza dengan negara yang mendakwa sebagai "negara Islam" tapi masalah sosial di kalangan umat Islam paling tinggi,masyarakat huru hara.

Insyaallah masih dapat buat pertimbangan.Moga yang baik kita ambil sebagai pengajaran...insyaallah

Amin Baek said...

luqman:

salam...itulah..kalau p blog faisal tehrani,beliau mempunyai byk gmbr di Iran...Insyaallah menyedapkan mata memandang...wanita memakai tudung labuh,tersusun dan insyaallah bersyariat...

tp sperti komen saudara umair di atas,kagum bukan bermaksud mengambil semuanya termasuk pemikiran dan ideologi syiah tersebut..

sama2..mudah mudahan ada pengajaran dapat diambil..

Amin Baek said...

ahmiez:

salam..sila2 komen..hehe

itulah,first2 tgk gmbr ni,subhanallah..kagum kt peribadi dia..

terfikir gak kenapa kat malaysia buat begitu..seolah2 membezakan darjat pula..orang ada jawatan duk depan,orang biasa p men2 kt saf blakang..cet...

Perbezaan darjat antara manusia hanyala dari nilai ketaqwaan..49:13..

littleantzz said...

salam...
wah, siap ade bs untuk org pompuan, kalau ade kt M'sia, xdela kami kene bhmpit ngn kaum adam kt dlm bs atau tren tu.

ingt lg, mse prktikal kt p'jaya, kebanyakan bas penuh ngn org pompuan, jarang laki nek bs, lagi2 wktu pagi, paling ramai pon sorang atau 2 org laki je...

selamat2...

Amin Baek said...

litleantzz:

tu la pasal..spesel sungguh..

malaysia br implement koc tuk wanita..tp itu pun,ada gak jantan mengaku wanita masuk dalam tu..tak paham bahasa btol la..ish3

hehe..laki memg ske lambat2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails