Sep 24, 2010

~Rindu~


Entah mengapa aku rasa rindu.
Selepas baca entry di blog SatuUmmah,aku jadi sayu.Rindu kenangan kenangan dahulu.
Tautan yang terbina yang cukup mengindahkan.

Untuk saudaraku,

Teringat lagi di Lecture Hall 1,saat lecturer berada di hadapan,aku sibuk mencari kertas,dan kau di sebelah ku,masih rilek sambil memegang buku kecil itu.

Bila aku tanya,"wey,kau pegang apa tu?"

Dan kau menjawab"Inilah Hadis Arbain.Hadis 40.Susunan Imam Nawawi".

Aku pinjam dan aku belek belek helaian helaiannya.Inilah pertama kali aku memegang buku itu.Sempat aku baca,hadis pertama berkenaan niat.

Walaupun lecturer di depan sudah mula bersuara namun kau...masih sempat menerangkan kandungan hadis berkenaan.

"Min,ini berkenaan dengan niat.Masa Rasulullah berhijrah,ada juga orang yang berhijrah,bukan kerana Allah dan Rasul,tetapi untuk menikahi wanita.Jadi,orang itu hanya dapat pernikahan,tetapi bukan Allah dan Rasul.Itulah pentingnya niat"

Terima kasih wahai saudaraku.

Dan di saat ketika kau menziarahi bilik ku,aku terharu.Walaupun aku tidak faham apa yang kau cuba lakukan,tetapi aku menghargainya.Dan kau menjemputku ke bilik.Itulah turning point nya.

Semasa di program program,di saat aku masih hambar dengan yang lain,engkau yang menjadi tempat aku bermesra.Jika tiada kau,pasti aku akan lari dari program itu.Malam malam ku diisi dengan perbualan bersama kau,dan kau mengenalkan sedikit sebanyak sahabat yang lain.

Terima kasih saudaraku..

Ketika aku mula gembira bersama sama,beramai ramai,tiba tiba kau hilang..Begitu juga yang bersama kau.Aku tak faham.Kenapa ini perlu berlaku.Di saat kita mengorak langkah,ianya terjadi.Hampir jatuh keseluruhan semangat yang aku ada tatkala mengetahui perkara itu.

Walauapapun,perjuangan dan kehidupan mesti diteruskan.Kenangan itu akan pasti terus kekal dalam diriku.Terima kasih kerana memberi memori indah buatku.

::Aku rindu dengan kamu semua::
::Aku sayang kesemuanya kerana Allah::

Walllahuallam
p/s::post yang tah apa apa..huhuh

7 comments:

Jamal Ali said...

Ia bukan entri yang tiada nilai da mesej, tapi ia entri yang penuh erti...

Terima kasih duhai sobat...

zubair ghazali said...

Salam akh, demi masa depan dakwah, kita mengorak langkah..

Bukan atas dasar nafsu, dan akal yang sesat.. tetapi mengenangkan permasalahan umat yang semakin lama semakin berpecah belah..

Sama-sama kita kutip hikmah, dan kita harungi samudera kehidupan yang lebih mencabar..

Kita harung dengan semangat lalu,
dan insyaAllah, ana pun akan tetap menemani anta..

Ana pun rindu jugak, haha..
Tapi, kalau tak hilang kan senang kan?~

Amin Baek said...

ibnjamaluddin:

huhu..
entry di kala mengenang kembali nostalgia susah senang bersama shabat yg len..

Amin Baek said...

ibn ghazali:

ya..apa pun jua,kehidupan perlu diteruskan..

dan setiap yang berlaku,pasti ada hikmahnya..insyaallah..

smlm baca blog 1ummah,n komen2 nya,tu yg jadi rindu tu..hehe

Ahmad Tajul said...

ana pon kagen bangat pada mereka semua.. tapi takdir telah mengubah segalanya.. dalam hati ana sentiasa memujuk, pasti ada hikmah yg ALLAH sembunyikan disebalik tragedi nie.. mungkin benar kata2 komen di blog beliau mgkin kita ini pencetus kepada pengabungan umat yg semakin berpecah belah.. walaupon berpuluh tahun lagi nak kena tunggu..
p/s:tapi ttap pening juga kadang2..hehehe..

Amin Baek said...

shahniz:

ya..pasti akan terselitnya hikmah..mungkin kita yang tidak perasan..

p/s:sama la..pening..hoohoh

MF said...

hati kata sana,
diri kata sini..

apakah??

inshaAllah, asalkan kita terus melangkah.. ya akh ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails