Feb 5, 2011

~Kecilnya kita~



  • Alhamdulillah,akhirnya kembali sudah ke UTP dari sebuah program di Sungkai.Syukur semuanya selamat selamat sahaja.Rasa tenang sikit bila tak ramai orang di UTP.Sunyi sepi.Apatah lagi,di waktu sebelum Subuh ini.Damai rasanya
  • Masa sebelum balik UTP selepas habis internship hari tu,aku berkesempatan ke Planetarium di MITC Melaka bersama Shafiq Roslan dan sepupunya.Dapat gak peluang untuk ke sana.Subhanaallah pelbagai pameran ada di sini.
  • Salah satu pameran yang dapat ditangkap kamera hp aku ialah gambar ini.Gambar perbezaan saiz matahari kita.
[(1)Matahari-Paling besar,(2)Matahari-Paling kecil,(3)Arturus-Paling kecil]

  • Subhanllah.Matahari yang kita fikirkan sudah cukup besar,gagah dengan sinaran helium dan hidrogennya,rupanya sebuah bintang yang begitu kecil di keseluruhan alam ciptaan Allah
  • Jadi,di manakah kita di alam ciptaan Allah ini?
  • Kita ini adalah "nothing' dalam keseluruhan universe ini.Tapi Allah tingkatkan darjat kita untuk menjadikan kita ini sebagai Khalifah.
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi"Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?Dia berfirman,"Sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"[2:30]
  • Siapakah kita untuk berasa hebat dengan ilmu yang ada di dada,siapakah kita untuk berasa besar dengan pangkat yang diperoleh,siapakah kita untuk berasa takbur bila berjalan di atas bumi ini?
"Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia(karena sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.Sungguh Allah tidak menyukai orang orang yang sombong dan membanggakan diri"[31:18]

  • Kita sombong bila menolak untuk mendekatiNya sedangkan pahala sudah ditawarkan.Kita takbur bila merasakan ilmu kita sudah banyak.Kita bongkak bila kita rasa sudah berkuasa apabila kita menjadi pemimpin.Maka ketahuilah,kepadaNya jugalah kita dikembalikan.
  • Astagfirullah.Sama sama lah kita memohon mangfirah daripadaNya ,jika mungkin ada terlintas perasaaan sombong itu.Mohon diberi perlindungan dari bisikan bisikan syaitan.
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

2 comments:

norashikin rahmat said...

perkongsian yang baik, semoga allah merahmatimu..

Amin Baek said...

norashikin:

mudah mudahan..juga untuk muhasabah diri..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails