Mar 30, 2011

~Sedikit peringatan~


Di saat duduk melayan perasaan,tiba tiba teringat diri aku di masa kanak kanak.Biasalah lumrah.Nama pun kanak kanak.Nakal,ligat,degil dan macam macam lagi boleh digambarkan untuk aku semasa kecilnya.Hatta perkara perkara yang tidak sepatutnya pun juga dibuat.Masa kecil,apa je la yang kita fikirkan selain enjoy dan bergembira bersama kawan kawan.Main banjir,curi ikan dalam akuarium orang,panjat sana sini,dan macam macam lagi.Memang terlampau banyak.

Dan akibat keaktifan dan keligatan aku semasa kecil,ayah dan mak aku bertindak lebih proaktif.Ayahnya dengan rotan sepanjang lebih kurang setengah depan.Sentiasa terletak di tempat tinggi.Pernah juga aku cuba mengambil dan menyembunyikannya(supaya tidak di"belai" dengan rotan itu lagi),tetapi usaha aku gagal.Mak aku pula lebih simple.Hanger jeeerrr..


Rutin yang berlaku,bila aku buat macam macam,benda pelik pelik,biasanya akan timbullah "love bite" di kaki,di belakang badan juga di tangan.Sebagai seorang yang macho,aku cuma menangis sikit jek.Hehe.Tetapi efeknya sangat mendalam.Sebagai contoh,lepas main banjir dulu,aku di"belai" hebat oleh mak aku.Dan kesan selepas itu,memang tak main banjir da.Insaf!!Taubat Nasuha terus.Yela sangat~.

Tapi hakikatnya,manusia ini memang mudah lupa.Bila tidak diberikan sesuatu ataupun peringatan,maka kita akan kembali melakukan benda yang sama.Lepas seminggu 2minggu,naik hantu semula.Buat itu buat ini.Dan akibatnya,sekali lagi belaian hebat dari ayah dan mak.Ini adalah antara sebab time tu,aku tak suka dengan zaman kanak kanak.(Sekarang sangat suka)

Rupanya rupanya,bila da besar ni,baru sedar,itulah peranan mak ayah.Kalau dulu mereka tak ajar aku sebegitu,mungkin aku bukan seperti yang sekarang.Barulah tahu,apa tujuan dan rasionalnya tujuan itu.Begitulah fitrah manusia yang sentiasa perlu di beri peringatan demi peringatan.

Firman Allah dalam Az Zariyat(QS 51:55)

"Wazakkir faiinna zikraa tanfau'u mukmin"
"Dan berilah peringatan,kerana sesungguh peringatan itu bermanfaat buat orang mukmin"[51:55]

Begitulah pentingnya peringatan ini sehingga Allah berfirman supaya umat manusia tetap memberi peringatan agar orang mukmin sentiasa sedar dan diperingatkan dengan perkara sepatutnya.Bila kata tentang bermanfaat,pastilah sesuatu yang baik ataupun berguna buat kita.Jadi,sudah jelas yang kita mendambakan peringatan ini.

Mungkin sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai umat Islam di Palestin.Di dada dada akhbar pula lebih banyak menceritakan tentang krisis Mesir,Bahrain,Yemen,Libya dan yang terbaru,Syria.Dan tidak lupa juga isu natural disaster yang mendatangkan kerugian yang besar buat negara yang terbabit.Di Jepun,di Myanmar.Sementara akhbar harian dan online Malaysia pula sibuk bercerita mengenai Video Seks,PilihanRaya Negeri 2011,dan juga Pilihan Raya Umum -13.Bukan menidakkan kepentingan berita berita di atas,tetapi sekadar ingin menghighlightkan kembali isu Palestin yang kian lesu dibawa masa.

Mungkin di Mesir gah dengan berita revolusi rakyatnya.Menyaksikan beribu rakyatnya terbunuh.Kalau di Libya,juga begitu,revolusi rakyat kemudian pembunuhan rakyat oleh tentera yang mana membuka pintu masuk kepada US untuk campur tangan.


Tapi di Palestine?Belum berevolusi(tahun tahun terdekat.tidak termasuk intifadah),sudah berapa ramai yang terbunuh?Begitulah nasib orang orang di Palestine.Jika di Libya,US begitu "prihatin" dengan nasib rakyat Libya,lantas sekali dengan Tentera  Bersekutu menyerang Ghadaffi "sahaja",dan dengan gahnya mengishtiharkan diri mereka sebagai Polis Dunia,tanpa ragu ragu lagi.Tapi bila pembunuhan demi pembunuhan di Palestin,mengapa tiada langsung kedengaran suara suara "Polis Dunia " ini?Jangan kata suara,bunyi bisikan pun langsung tidak kedengaran.


Itulah hakikat yang berlaku,negara yang dari dahulu hingga sekarang,masih terus menerus ditindas.Walaupun begitu,aku masih bersyukur masih ada orang yang ingin berfikir,mengingati saudara saudara kita di sana.Aqsa Syarif yang aktif berprogram sana sini untuk menanam pemikiran dan menyedarkan masyarakat,Aman Palestin dengan program pengisian dan ceramah juga untuk menyedarkan masyarakat kita kini.Dan pelbagai lagi NGO NGO dan pihak pihak yang tidak dapat nak disebutkan kesemuanya.



Ingatlah hadis nabi s.a.w


"La yukminu ahadukum hatta yuhibba liakhi ma yuhibbu linafsihi"
"Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri"[Rawahu Bukhari wa Muslim]

Bagaimana seharusnya kita melampiaskan cinta kita kepada mereka?Pelbagai cara.Mungkin sering sahaja kita mendengar point point ini.Dan sebab itulah aku ulangi point ini sebagai satu peringatan buat kita bersama.

Ingatlah mereka di dalam doa kita.Kenanglah mereka,hayatilah perjuangan mereka.Dan kepada mereka yang di UTP.Jika tidak silap,10-11April ini,TTS(Tronoh Theathre Shop) dengan kerjasama Aqsa Syarif akan menganjurkan satu persembahan bertajuk Jilid1:JERIT yang akan bertemakan Palestin.Harga tiket cuma RM5 dan akan disumbangkan untuk dana Palestin.Ayuh!(Aku bukan promosi atas nama Aqsa Syarif ataupun TTS..)

Dan sedikit lagi yang aku ingin highlight kan iaitu Boikot!!.Teringat lagi di waktu semangat sedang membara,heboh sana sini boikot,dalam suratkhabar mengajak boikot,di blog blog,jom boikot!!.Tapi lumrah manusia,peringatan mesti selalu diberikan.Semangat mula mengendur.Mula kelihatan suara suara yang lantang satu ketika dahulu,mula menjadi perlahan,yang dulu ragu ragu untuk ke McD,semakin yakin bila diajak ke McD,sampai ada yang bersarapan,berlunch,berdinner di McD.


"Satu dollar di belanjakan untuk produk Zionis bersamaan dengan sebutir peluru menembusi dada orang Palestin"

Inilah kata kata tokoh Islam,Yusuf Qhardawi.Mengapa kita tidak memegang ni sebagai pegangan kita?


Ayuh sahabat.Kenangkan kembali.Cuba bayangkan penderitaan anak anak kecil di sana.Cuba bayangkan peluru yang menembusi kepala anak anak Palestin itu,rupa rupanya,hasil sumbangan kita.Itulah duit kita,hasil titik peluh kita,harta kita,yang mana akhirnya menyebabkan satu persatu tubuh tersembam ke bumi.

Moga moga entry ini memberi manfaat dan dapat memberi sedikit peringatan kepada kita.Mungkin benda ini dipandang enteng.Tapi sebenarnya besar maknanya.

Apapun,niatkan kerana Allah.Mungkin usaha ini dianggap kecil oleh sesetengah pihak."Hek elah.Boikot.Bukan efek pun.Merugikan orang kita jek""Bajet bagus je nak boikot2 ni".Biarkan mulut mulut bersuara.Kita ada Allah yang menilai usaha bukannya akibatnya.

[McD di UTP??Mengapa perlu McD?Jom RFC]

Allahuallam..

Demimu Palestina
Agar terus subur perjuanganmu di sana.
Dengan mengalirnya darah darah mujahid di bumi Al Quds
Dan terus mengencarkan lagi semangat semangat mujahideen yang lain.
Amin~


"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

21 comments:

zubair ghazali said...

eh.. apasal idea anta cam sama je
dengan ape yang ana nak tulis.
tiru ek.. cis~

Ahmad Tajul said...

minggu depan ana ada presentation ttg palestin untuk subject titas.. doakan mudah2han diberi kekuatan untuk menyampaikan ttg isu boikot juga...

Anonymous said...

hmpir menitik air mateku membace entry anta..

KD said...

bleh share dalam gg batch ni... hehe

Abu Huzaifah said...

yeah...kamon rfc..terbaik...

arekymz said...

rfc?
ape tu?
baru ingt nak g mcd.
dah ade post mcm ni...
terfikir 2 3 kali gak.
ade tgk kat youtube ke fb pasal video coke.
yg boleh hancurkan kulit telur tu.
satu lg.
ade org citer yg kat israel dorg x minum coke pon.
sebab coke tu ntok negare lain.
lpas tu lori yg bawak air coke tu ade sign tengkorak yg slalu ade kat botol2 racun.

P/S: israel mmg xleh tgk bangse lain lg hebat dari dorg.xkisah la islam or bukan.

wallahua'lam.

Amin Baek said...

zubair:

kita punya fikiran yang sama..haha

Amin Baek said...

shahniz:

all the best..mudah mudahan dpt present dgn baik,dan dapat memberi kefahaman tentang usaha boikot ini...Moga dipermudahkan segala urusan

Amin Baek said...

anon:

huhu..tetapi lebih banyak air mata menitis di Palestin..ditambah pula dengan darah..

doa kita buat mereka semua

Amin Baek said...

iman:

boleh aje..mudah mudahan ,msg sampai.


terkejut melihat ada McD di UTP pulak..huhu

Amin Baek said...

Abu:

RFC terbaik!!

Amin Baek said...

Akim:

RFC=Radiz Fried Chicken..just like KFC,but this is under HPA.100% Islam nye produk..

Hurm.Seeloknya,plih la alternatif yang lain selain McD.tp jika da terdesak sgt,da takde makanan yg lain..sila la.

yup.itu benar..they produce,but never consume..sama juga halnya dengan rokok..

kerana itu mereka menganggap bangsa lain sebagai babi dan anjing pada pndgn mereka..

thanx for commenting

Penglihat said...

salam...sori la ganggu.tapi tenguk dok highlight Palestin je.atleast di Palestin dok kena dengan Israel,musuh sejati umat Islam.ni brader xmau sentuh pasal Bahrain ke? dah ramai dah mati kena tembak lagi kejam dari Israel...oleh siapa? Ya, jiran jiran depa.Pak Arab Saudi dan sekutu kutunya.ni Islam ni doe, penjaga kunci Makkah.dok tembak sesama muslim.ate teman xmau ke nak hilite je?

Penglihat said...

http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/03/ana-tak-tahu-ana-tak-tahu.html

Amin Baek said...

penglihat:

seperti apa yang saya telah nyatakan di atas,memg banyak isu lain.dan kesemuanya penting..ada lagi isu syiah sunni dan macam2 lg..dan apa yg ditekankan di sini..ialah isu Palestin..

mungkin saudara penglihat pula boleh menghighlightkan isu Bahrain kepada masyarakat..kita semua ada tanggungjawab yg sama..insyaallah,kita sama2 menunaikannya

insyaallah,saya dlm masa terdekat,akan menghadiri satu seminar mengenai syiah..mungkin akan diupdate in the future..moga Allah permudah dan redha..amin~

Hazwan said...

malaysia dan politik mmg x dpt dipisahkan dh..smpai rakyat buta tntang isu luar

Zanaishi said...

terima kasih saudara amin sebabmasih gigih memberi peringatan kat kami :)

Amin Baek said...

hazwan arif:

sehingga tertutup matanya..huhu

Amin Baek said...

zanaishi:

sama2..ianya tanggungjawab kita bersama..

truth seeker said...

siapa penglihat ni..

cma, awas! artikel yg dberi itu, nmpak berat kpd 'sebelah pihak'.

saranan saya, jgn dptkan ssuatu ilmu dr satu sumber/pihak shj.. sbb, tkadang, ia bleh diinterpretasi scr salah, dengan sengaja atau tidak.

KD said...

truth seeker.. straight to the point bro... x paham..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails