Aug 9, 2011

~Berhati hati ~

Aku membuka entry ini dengan sepotong ayat dari Kalam Allah

"Dan orang orang yahudi dan nasrani  tidak akan rela kepadamu(Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka.."[2:120]

Agak lama juga rasanya aku tidak mencoretkan perihal isu semasa di blog ini selain sukan.Kerana apa?Kebanyakan isu nya bermain di pemikiran politik yang aku bimbang,disebabkan perbedaan pendapat,nescaya akan ditolak sepenuhnya isi isi yang hendak dikongsikan.

Tapi kali ini memandangkan ada isu yang lebih penting,lebih awla untuk disebarkan,insyaallah,aku rajinkan juga tangan ini untuk menulis.

Pada umumnya,rasanya mungkin ada yang sudah tahu berkenaan isu JAIS dan DUMC yang berlaku baru baru ini kan?

Aku mengambil pendapat untuk menyokong sepenuhnya Datuk Hasan Ali dan JAIS atas tindakan "menyerbu"(kata Malaysiakini dan news portal yang lain) atau lebih sesuai sebagai pemeriksaan ke atas sebuah pusat komuniti called Dream Centre.

Dakwaan terdapat gerakan ataupun majlis yang cuba memurtadkan orang Islam berlaku di kawasan tersebut yang menyebabkan tindakan tersebut diambil.Dalam pemeriksaan tersebut,ditemui 12 orang yang beragama Islam terlibat dalam aktiviti di pusat komuniti itu.Apabila ditanya,ada yang memberi jawapan bahawa mereka menerima sumbangan dari pihak tersebut.

Dan hingga ke hari ini,masih belum ada satu penyelesaian yang jelas,sementara di Malaysiakini dan portal yang lain,sudah banyak pendapat dan berita berita yang seolah olah menyalahkan JAIS atas tindakan tersebut.


Artikel 11(3)Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan (c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebutkan; Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Perihal ini jauh lebih penting dari BERSIH 2.0 sebelum ini.Mungkin sebelum ini,begitu ramai cakna isu BERSIH,berkomen sana sini,posting di blog dan macam macam lagi untuk menyebarkan maklumat,jadi mengapa tidak isu ini?Isu melibatkan aqidah.Kita tahu dari statistik murtad di Malaysia kian menjadi jadi.


Modus operandi memberi bantuan ini adalah sesuatu yang normal dalam penyebaran Kristian.Lihatlah ketika Tsunami di Acheh,Gempa bumi di Jepun dan macam macam tempat lagi yang ditimpa bencana,mereka akan datang memberi bantuan.Seharusnya kita juga perlu alert.Semalam,di Cameron Highland ,berlaku tanah runtuh.Alhamdulillah,ada persatuan Islam yang begitu cepat bertindak.Hantar bantuan.Aku juga menerima mesej untuk bersiap sedia sekiranya diperlukan.

Apa aku harapkan,sudah sudahlah berpolitik.Agak agaklah kalau nak menjaga sangat undi pihak bukan Islam tu.Sudah berapa banyak kes, kita ,umat Islam terpaksa mengalah.Ni sampai nak minta maaf pada gereja.Nauzubillah.Jika umat Islam bersatu,Melayu bersatu,undi majoriti tetap kita punya.Terus dapat menjaga kedaulatan Islam di Malaysia ni.Ini da berpecah kepada 3 4 bahagian.Dan orang  bukan Islam pulak,boleh bersatu atas kepentingan mereka bersama.Cuba check balik isu isu ,di mana DAP keluarkan statement,dan MCA pula menyusul untuk menyokong usul terbabit.

Khalid Samad,maaf.Aku kurang berminat dengan statement kau.

Antara pautan lain yang boleh dibaca.


[Aturcara.Ni untuk berbuka puasa ke?]

Membaca balik sejarah sejarah Hasan Ali di blog Zul Nordin,membuatkan aku kagum pada dia.Dan sikapnya yang membuatkan dia tidak takut apa jua tindakan mendatang.(sini)

[Pecat?Takde hal.Dari pemimpin yang suh orang lain berdiam diri.lol]


[Apa cer?Sebab tu orang bangkang pengedaran bible versi Melayu]

[Kenapa aku tak setuju penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian?sini..dan rujuk gmbr]

[Soalan kuiz..zz]

[Hurm.]


Aku tinggalkan kita semua untuk berfikir dengan sebuah hadith

"Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikuti mereka.”

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang engkau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".[H.R. Muslim]


9 comments:

Anonymous said...

dah tengok pandangan Dr Maza...?
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1752608953860&oid=153417568055988&comments

Amin Baek said...

anon:

sudah tengok da sblum ni..

Amin Baek said...

buat anon:

ini juga disertakan..

http://drmaza.com/home/?p=1534#more-1534

tapi mohon jasa baik anda,utk baca sume link2 di atas..

zakat juga perlu diberikan kepada asnaf bkaitan..(anda pasti tau golongan2 itu)

persoalan utama di sini,ialah isu aqidah

terima kasih kerana komen..if possible,jgn a paki nama anon

norashikin rahmat said...

terima kasih atas maklumat dan perkongsian.. kita selalu sedar yg kerja kita lebih banak drpd masa yg ada tapi masih lalai mcm hal ni hal biasa..

Amin Baek said...

norashikin rahmat:

benar..tanggungjawab yg ada xckup dgn masa kita..

erm

Bijen M. said...

Meh kita cuci iman dan akidah kita meh.

Amin Baek said...

Bijen M:

mari mari marilah...

Hazwan Arif said...

media salah jgk..perkataan serbu tu mcm masuk secara paksa, mcm org yahudi menyerbu rumah palestin dgn senjata..bila org baca, org boleh salah anggap terhadap JAIS..

Amin Baek said...

hazwan arif:

benar..penggunaan term yang salah..membawa kepada salah faham yang besar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails