Aug 17, 2011

~Iktibar Badar Al Kubro~

Subhanaallah.Alhamdulillah.Masih lagi kita diberi kesempatan untuk sampai ke 17 Ramadhan.

Moga Allah mengizinkan aku dan kita untuk terus hingga ke penghujung Ramadhan yang penuh barokah ini.

17 Ramadhan.

Tarikh yang begitu significant sekali di dalam Islam.Kerana adanya peperangan Badar.Perang pertama dalam kalendar Islam.Peperangan yang menjadi penentu nasib Islam dan Umat Islam tu sendiri.


Mungkin kita sudah selalu mendengar kisah kisah hebat dalam Perang Badar.Bagaimana umat Islam yang berjumlah hanya 313 orang berjaya menumpaskan tentera Kafir Quraisy yang dibarisi 1000 orang tentera lengkap bersenjata.Dengar mustahil,tapi dengan pertolongan Allah,tiada apa yang mustahil.

Di sini jugalah dicatatkan perang yang pertama disertai oleh para malaikat yang turun ke bumi.Perang lain yang para malaikat turun ke bumi ialah Perang Hunain tetapi tidak ikut turut serta berperang.Rasulullah bermunajat,penuh harapan,dengan sungguh sungguh "Ya Allah,jika Islam kalah pada hari ini,nescaya Kau tidak akan disembah lagi selepas ini".

Apa yang hendak disentuh di sini adalah bagaimana peranan sang pemuda di Medan Badar yang begitu mengujakan.Penama nya ialah Muaz dan Auf.2 remaja yang berusia kira kira 15 dan 16 tahun.Hadirnya mereka betul betul di samping sahabat Nabi yakni Abdul Rahman b Auf.


"Pak cik.Bolehkah pakcik menunjukkan yang mana satukah Abu Jahal?"
"Mengapa nak?"
"Saya dengar dialah yang paling kuat menentang Nabi.Dialah yang selalu menyusahkan Nabi,Dan dia jugalah yang selalu menyakiti Nabi.Saya ingin membunuh dia kerana tindakannya ke atas Nabi"

Pabila Abu Jahal menampilkan dirinya di celahan tentera tentera kafir Quraisy,
"Itulah dia Abu Jahal"

Terus mereka meluru ke barisan tentera tentera Kafir sambil menebas kiri dan kanan dan terus menuju kepada Abu Jahal.Dan Abu Jahal berjaya dijatuhkan dari kuda perangnya.Muaz juga ditentang habis habisan oleh tentera Kafir.Dan natijahnya,tangannya hampir putus ditetak oleh Ikramah.Disebabkan semangatnya begitu meluap luap,Muaz memijak tangannya yang hampir putus itu,lantas dicabut tangannya itu supaya putus.Dan Muaz terus mara menentang tentera Kafir Quraisy.Subhanallah.Kedua dua anak muda itu gugur di medan Badar.

Anak muda yang hebat.Penuh semangat.Keimanan yang teguh ditambah dengan kecintaan yang begitu tinggi pada Nabi.

Marilah kita mereflek semula diri kita.
Kita mengaku yang kita cintakan Nabi.
Kita mengaku kita beriman kepada Allah
Beriman kepada Nabi

Tapi,untuk hari ini saja,sudah berapa kali kita berselawat?
Untuk hari ini saja,berapa kali kita mengingatkan Nabi?
Berapa banyak sunah Nabi yang kita lakukan?
Mengapa masih rasa berat melakukan kebaikan?
Mengapa tidak kita penuhi masjid yang merupakan galakan dan amalan Nabi?
Mengapa masih sukar untuk bangun pagi,bertahajahud,bersolat sunat?

Sudah cukupkah cinta kepada terhadap Nabi?
Cukup di mulut?
atau sudah cukup di mulut,di hati,dan dizahirkan dengan perbuatan?
Di mana tahap cinta kita?
Atau gelifriend dan buayafriend kita yang lebih kita ingati?

Astagfirullah.
Begitu hebat rasa cinta yang Nabi zahirkan buat kita umatnya.
Tapi kita?

Insyaallah,bermuhasabahlah diri.Kenallah diri kita semula.Atas tujuan apa kita diciptakan.

Moga sisa Ramadhan ini digunakan sepenuhnya untuk kita kembali mengenali diri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails