Sep 1, 2011

~Perutusan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Jadi 2011~

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar

Setinggi tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Allah,dengan limpahan kurnia rahmat dan keizinannya,aku masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas,menghirup udara percuma yang Allah berikan ini,di dalam bulan Syawal ,bulan kemenangan ini.

Setelah sebulan kita sama sama bermujahadah,menentang hawa nafsu yang meliar,hawa nafsu yang bijak menggoda,dan hawa nafsu yang seringkali menguasai diri,dan kini tibalah hari kemenangan dan sering dikatakan sebagai hari untuk bergembira.


Benarkah hari raya Aidilfitri untuk bergembira?

Mengikut sebuah hadith Rasulullah,memang tidak salah untuk kita bergembira di hari perayaan ini.Bahkan dizinkan kita untuk berhibur(mengikut syariat Islam) di hari perayaan.Hiburan kita yakni umat Islam,adalah dengan mengeratkan silaturahim,mengukuhkan ukhwah,saling berziarah dan macam macam lagi.

Tetapi ,mengapa kita bergembira?Cuba tanya diri kita balik.

Jika kita gembira,tapi tiada asbab nya,kita adalah gila.

Dalam masa sama,kita bergembira menyambut kemerdekaan.Bila ditanya mengapa gembira.Maka jawapannya,kerana kita telah bebas,terlepas dari cengkaman penjajah British,Jepun ,Belanda dan lain lain.Ya!Itulah alasan yang konkrit untuk kita bergembira.

Begitu juga dengan Syawal.Kita sepatutnya gembira selepas kita merdeka dari dua perkara.Perkara pertama ialah merdeka dari syaitan.Maksud merdeka dari syaitan ini bukan bermaksud tidak digoda syaitan lagi,tetapi merdeka dari pengaruh dan godaan syaitan.Selama sebulan Allah merantaikan syaitan syaitan berdasarkan dari sebuah hadith(ada khilaf mengenai syaitan drantai)

“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Tempoh madrasah Ramadhan ini sepatutnya sudah mampu untuk membebaskan diri gangguan dan godaan syaitan.Jadi,mari kita lihat diri kita kembali.Sudahkah kita merdeka?

Perkara keduanya pula ialah nafsu.Ya ,nafsu dalam diri.Sejauh mana kita telah berjaya merantai,mengawal nafsu kita dari menguasai kita.Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk nafsu menguasai kita kerana dalam firman Allah dalam surah Al Jatsiyah,ayat ke 23

" Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? "

Harus kita ketahui bahawa nafsu ini bukanlah hanya pada nafsu syahwat semata.Pelbagai nafsu lain seperti nafsu makan,nafsu berbelanja,nafsu itu,dan nafsu ini.Jadi,sekali lagi,mari kita lihat diri kita.Sudahkan kita merdeka.?Cara mudah nak check,lihatlah bagaimana sambutan raya kita.Adakah kita menuruti nafsu dalam membeli persiapan raya,berbelanja,makan?

Jika kita merdeka dari kedua dua perkara ini,maka layaklah kita untuk bergembira.Kita sudah alasan konkrit untuk bergembira.Bila merdeka dari 2 perkara ini,insyaallah taqwa itu akan datang dengan sendiri.

Aku ada menerima sebuah mesej aidilfitri yang betul betul membuatkan aku takut dan tersentap .Mesejnya berbunyi lebih kurang begini.

"Jika kamu beristiqamah dengan perbuatan baik,tanda ibadah kamu diterima Allah,dan jika kamu kembali melakukan kemaksiatan yang kamu tinggalkan semasa Ramadhan,penghinaan dan penolakan ibadah kamu oleh Allah"

Astagfirullah.Allah,berikan aku kekuatan untuk beristiqamah walaupun aku sedar,istiqamah itu sesuatu yang berat.Moga kita semua dapat beristiqamah.Subuh berjemaah,qiamullail,tilawah al Quran.Sekarang baru raya ketiga,dan aku tengok jemaah di surau ketika subuh pun,sudah kembali ke muka muka lama,yakni pakcik pakcik.Ayuh anak anak muda.!!Jika Ramadhan kita boleh,pasti Syawal dan bulan yang lain juga kita boleh.


Hari ini sudah masuk bulan baru,1 September dan menandakan umur aku juga berganjak bertambah lagi 1 nombor menjadi 22.Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang masuk ke FB dan juga handphone.Sangat sangat aku hargai.Dan moga doa dari kalian makbul(terutama tang nikah.hahaha).

Akan tetapi,dalam kegembiraan kita,kenalah selitkan sedikit rasa gusar.Kerana apa?Umur itu hanyalah angka semata.Tetapi apa yang pasti,usia kita semakin pendek.Rasa gusar pula bila mengenangkan cabaran di masa depan dan ajal yang semakin hampir.Dengan amal yang tidak seberapa,pasti aku belum bersedia.Apa pun syukur pada Allah kerana memanjangkan umur sehingga ke angka 22.Angka di mana Al Fateh berada di kemuncak pentadbirannya.

Ya Muqalibbal Qulub,Tsabit qulubbana ala thoa'tik

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari Amin dan bakal isteri(hahahhaa) serta keluarga

3 comments:

Nasrullah Jaafar said...

Selamat Hari Jadi Amin (^_^)

Amin Baek said...

nasrullah:

tq nas..hehe

Bijen M. said...

Ada orang sambut merdeka sebab terlepas dari kena rantai.
Ahaks!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails