Showing posts with label ~hepi~. Show all posts
Showing posts with label ~hepi~. Show all posts

Mar 7, 2012

~Aku seorang graduate~

Aku buka penulisan ini dengan bismillahirahmanirrahim.Sudah lama rasanya tidak meluangkan masa menaip papan kekunci ini untuk update blog ini.Semangat menulis yang semakin meluntur sebenarnya.Apatah lagi dengan "kesibukan" di rumah sementara menantikan 'buah anggur' jatuh ke riba.OK.Tak sibuk sangat pun,saja bajet sibuk.Haha.

Alhamdulillah hari ini sudah pun 7hb Mac.Di mana lebih kurang 9 hari lagi,genaplah sudah 2 bulan aku berkelana di rumah tanpa sebarang hambatan fikiran terhadap akademik.Tetapi cuma terhambat dek peluang pekerjaan sahaja.Rasanya inilah yang dirasakan oleh semua graduate graduate dari semua institut pengajian tinggi.Walaupun rasa risau kerana masih tiada tawaran bekerja,tapi bila memikirkan inilah sahaja peluang untuk berehat panjang sebelum bekerjaya,maka aku hanya simpan baik baik perasaan risau itu di dalam hati.

Tapi kita harus ingat,sebagai seorang muslim,tiada waktu rehat yang sebenar benarnya,melainkan pabila kita semua di syurga.Jadi,gunakanlah waktu lapang kita untuk birrul walidain,untuk mencari ilmu,untuk bergerak ke sana ke sini untuk mencari ilmu,dan macam macam lagi la.

Dan sejujurnya,duduk di rumah,atau pun terbebas dari tanggungjawab akademik ,bukanlah satu kebebasan yang mutlak.Ada yang happy sangat sampai diri tak terjaga,semua tanggungjawab lain sebagai anak ,sebagai adik/abang juga terabai.Time time di rumah lah kena jaga elok elok tanggungjawab ini.(bukan bermakna tidak di rumah boleh diabaikan ye).Barulah mak bapak kasi nikah awal.Eceh.haha.

Yang lebih penting lagi untuk dijaga ialah kesihatan iman.Manusia ini memang fragile.Iman itu naik dan turun.Itu adalah perkara biasa.Tetapi yang luar biasanya,bila iman sudah turun,tapi kita tidak berusaha untuk menaikkannya kembali.Nauzubillah.Aku pun turut mengalami penangan ini.Memang rasa lemah sangat di saat iman tengah down.Tapi itu bukanlah satu perkara yang harus dijadikan alasan.Bila diajak ke solat jemaah,"iman aku tengah down la".Jawapan camni yang paling tak boleh blah.Haha.

Teringat pesanan seorang murabbi semasa pengisian waktu praktikal dahulu,di saat saat lemahnya iman,apa yang penting,bukan terus layan kelemahan iman itu,tetapi,terus terusan la untuk menentangnya.Caranya?Usahakan supaya tidak culas dalam melakukan ibadah wajib dan sunat.Maksudnya,jangan culaskan solat.Solat harus on time!!Quran?Harus baca walaupun kurang penghayatan atau pun kualiti..Kesimpulannya,jangan tinggalkan terus!!

Akhir kata,majulah diri untuk agama,negara dan bangsa.Semoga rakan rakan yang masih sebagai seorang petani seperti mana aku,teruskan bertenang dan bersabar.Insyaallah ada rezeki kita tu.Cuma tak nampak lagi.Gunakan masa sebaik baiknya ketika di rumah ni.Kang da kerja,memang tak can la nak rehat rehat camni di rumah.Hehe.

Moga anggur ini cepat mekar.Haha

Jan 11, 2012

~Alhamdulillah~

Kesyukuran ku panjatkan kepada Allah ,dengan limpah rahmatnya,masih lagi Allah memberikan aku peluang untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini dan untuk terus menjadi hamba Allah yang beribadah kepadanya.

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku"[51:56]

Pabila dihitung hitungkan,nikmat yang Allah kurniakan kepada kita,Subhanallah.Tidak terkira.Nikmat Iman Islam,pancaindera,hidup,harta benda,ibubapa,kasih sayang,kawan yang baik dan panjang lagi jika nak disenaraikan.Bahkan mungkin sahaja banyak lagi yang akan kita terlepas pandang akan nikmat nikmat ini.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh Allah benar benar Maha Pengampun,Maha Penyayang"[16:18]

Dan jika kita perasan,sebenarnya bukan sahaja perkara perkara baik menjadi nikmat,bahkan perkara yang pada pandangan kita ,sesuatu yang tidak baik juga adalah satu nikmat.

Sebab itulah kita disarankan agar selalu selalulah kita bersyukur.Kita ingat Allah dalam segala apa yang kita ada.Kita ingat Allah atas apa sahaja yang berlaku.Supaya yang kita akan sentiasa sedar,yang kita ini hamba Allah.Hamba yang mendambakan kasih sayang dan nikmat Allah.Mendambakan untuk apa?Untuk kita terus survive di dunia,untuk dibawa bekalan ke sana.Syukur itu lebih tinggi tingkatannya dari Sabar,Mungkin seseorang boleh bersabar dengan dugaan dugaan yang melanda tetapi jarang jarang orang bersyukur pabila diuji.

Jadi,perbanyakkan syukur.Tidak rugi.Hati tenang,jiwa tenang.Untuk melampiaskan rasa syukur,bukan sekadar melafazkan 'Alhamdulillah' atau pun sekadar update status di Facebook ^_^ ,tetapi haruslah kita untuk menterjemahkannya kepada bentuk amal.Bangun awal,Solat sunat tahajud,Subuh berjemaah,solat berjemaah dan lain lain lagi.Seperti mana yang Allah firmankan kepada Nabi Daud,"lakukan syukur".Allah tidak menyuruh Nabi Daud untuk "lafazkan syukur".Dan seperti mana yang kita biasa dengar,kisah Nabi Muhammad s.a.w yang solat sunat hingga bengkak bengkak kaki.Dan pabila ditanya,Nabi menjawab ,"Salahkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur?"Subhanallah.

Akhir kata,serikanlah harimu dengan kesyukuran..

"Wahai manusia!Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu.Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?Tidak ada tuhan selain Dia;Maka mengapa kamu berpaling(dari ketauhidan)"[35:3]


Dec 15, 2011

~Eff Wai Pii~

Alhamdulillah,semalam sudah berlangsung satu presentasi untuk  subjek igauan ramai yakni Final Year Project.FYP merupakan satu subjek yang wajib diambil bagi setiap pelajar Sarjana Muda.

Disebabkan projek inilah yang menyebabkan pelajar pelajar final year nampak rilek.NAMPAK ok!!Haha.Kerana tiada kelas,seminar yang perlu dihadiri.Tetapi,bebanan FYP ini sukar dijangka sama sekali.Ada yang buat eksperimen,chemical tak sampai sampai.Ada yang beratur untuk menggunakan analysis equipment.Ada juga yang terpaksa berulang alik ke lab untuk berurusan dengan lab technician,yang juga seorang manusia.Punya masalah mereka sendiri.Bagi yang buat simulation pulak,assumption perlu disandarkan kepada reference yang shohih.Perlu bermain main dengan value,perlu membiasakan diri dengan software yang digunakan untuk mendapat result yang diingini,dan perlu menghadap iteration yang bisa mengambil berjam jam lamanya untuk percubaan.Ok.Aku buat simulation!!zzz..

Ini adalah poster yang aku buat.(baca:first poster).Bila da print ,rasa puas,tapi kurang sikit pada pewarnaan poster tu.Tengok yang lain semua colourful.Takpe.At least percubaan yang baik.


[Gaya Dr Rozmey]


Apa apa pun,all the best buat semua pelajar tahun akhir,semester akhir,Chemical Engineering,UTP Jan 07.Selamat berpresentasi,selamat menyiapkan dissertation(dalam beberapa hari lagi),selamat bertechnical paper,dan selamat berhardbound,dan akhir sekali,selamat bergraduasi.Hahaha.

Selamat Maju Jaya!!

Jan 24, 2011

~Aku sudah dewasa~


Hahaha.

Hari ni,24hb Januari 2011,hari pertama untuk semester Jan 11.Dan aku akan bergelar pelajar tahun akhir,Chemical Engineering,major..Tak sure.Haha.Tapi mendaftar in Process Control and Optimization.

Rasanya baru je aku di kelas Foundation masa 2007.Tutup mata,bukak mata,sudah final year.

Berdebar rasanya.Yang penting,peningkatan tahun belajar kena juga seiring dengan peningkatan kematangan.Tak boleh la nak jadi cam budak budak la kan.Umur da boleh jadi bapak orang da 22.Hehe

All the best pada semua kawan kawan CJ7(Cheme Jan 07).Moga anda memulakan semester ini dengan baik,dan moga selamat semuanya.

Looking forward


Study hard!!.=)


Haha


Apa apa pun,

"Bacalah(Belajar) dengan nama Tuhan yang menciptakan"[Al Alaq:1]

"Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku,dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan Seluruh Alam"
[Al An'am:162]

HAPPY NEW SEMESTER!!!

Sep 12, 2010

~Pasca Ramadhan~



Alhamdulillah.

Hari ini masuk hari ketiga dalam bulan Syawal.Sudah tiga hari rupanya kita beraya.Inilah,anugerah bagi kejayaan kita dalam menentang hawa nafsu selama sebulan.

Jadi,marilah kita sama sama menghayati dan menghidupkan bulan kembali kepada fitrah ini dengan kegembiraan.Dan sama sama kita bermuhasabah Ramadhan.Apakah target kita telah dicapai.?Adakah kualiti yang kita mahukan telah dapat dilunaskan?Dan tentunya kejayaan madrasah Ramadhan ini,bukanlah dilihat pada ibadah yang dilakukan,penghayatannya di bulan Ramadhan semata,akan tetapi kejayaannya akan dilihat dalam sebelas bulan yang berikutnya.Hasil yang dapat kita lihat adalah hasil tarbiyah Ramadhan tersebut insyaallah.

Secara jujurnya,aku masih tidak berpuas hati kali ini.Terasa Ramadhan ini begitu cepat berlalu,sedangkan hati ini masih kotor,masih kurang amalnya,masih kurang segala galanya.Terasa gundah gulana.Tidak dinafikan,walaupun sudah masuk Syawal ini,masih berbekas rasa rasa kecewa dalam diri.Diri makin lama makin down.Tapi mujur,pabila diselak helaian kata kata hikmah dari Allah,terus terbaca ayat ini

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang orang yang bertaqwa"[3:133]

Subhanallah.Allah bagaikan berbicara dengan diri.

Dan seterusnya,pastinya keadaan akan berbeza dari keadaan semasa di bulan Ramadhan.Bila ke surau di waktu Subuh,bilangannya makin berkurangan.Himpunan jemaah dalam saf semakin mengecil ke tengah.Tinggallah pakcik pakcik yang setia mengimarahkan surau/masjid berkenaan.Ada keadaan di mana hanya tinggal imam dan bilal sahaja.Huhu.Mungkin masing masing bermusafir untuk berziarah.Wallahuallam.dan Alhamdulillah,pagi tadi,diberi peluang oleh Allah dan Pak Imam untuk aku bersolat di hadapan mereka.Syukur.Harapannya,sama sama lah kita mengekalkan momentum Ramadhan ke bulan seterusnya moga kita menjadi Hamba ALLAH dan bukan semata Hamba Ramadhan.Teruskan dengan bacaan Quran,Qiam,Dhuha nya,Zikrullah dan pelbagai ibadat lain.Jika Ramadhan kita boleh,PASTI bulan lain juga kita mampu.Insyaallah.

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal,maka ia seperti puasa sepanjang tahun"[HR Muslim]



Ibadah yang popular di kala Syawal.Hehe.

"Kau tinggal berapa?"
"3hari lagi"
"Aku belum start la"

Selalu kedengaran dialog dialog sebegini di mana mana.Di kalangan keluarga,di kalangan rakan,dan juga di kalangan rakan sekerja.

Alhamdulillah.Sama sama kita kejarkan ganjaran yang ditawarkan kepada kita.Dan antara sebab musabab ibadah ini juga adalah untuk meneruskan momentum yang diperoleh semasa Ramadhan yang lepas.

Mungkin ada di antara kita yang sudah memulakan puasa 6 ini.Ada yang sudah memulakan seawal hari raya yang kedua.Subhanallah.Aku belum sempat bermula lagi.=) .Tetapi bagi aku dan saranan aku,eloklah kiranya kita mulakan sedikit lambat atau kata lainnya,selepas cuti ini berakhir.Ini adalah langkah untuk menghormati tetamu yang mungkin akan berkunjung ke rumah kita semasa waktu cuti kan.

"Maka telah datang Abu Darda' dan dia membuat sedikit makanan untuk Salman.Abu Darda' berkata:Makanlah kerana aku berpuasa.Salman berkata :Aku tidak akan makan sehingga kamu makan.Maka Abu Darda' pun makan dan Salman berkata kepadanya:Tuhanmu mempunyai hak ke atas kamu,roh kamu mempunyai hak ke atas tubuhmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu.Mak berilah hak kepada mereka yang berhak.Kemudian Abu Darda' berjumpa Rasulullah dan memberitahu hal itu.Dan Rasulullah berkata:"Salman benar""[HR Bukhari]

Lagipun,Syawal kan sebulan=).Tetapi jika anda ingin jika memulakan seawal yang mungkin,takut terlupa atau takut ada masalah,tafadhol.

Dan di kala pelbagai jenis open house diadakan sempena Aidilfitri ini,pasti akan datang pelbagai jemputan dari sahabat handai untuk mengajak kita ke majilis mereka.Jadi,demi memenuhi hak sesama muslim,cubalah penuhi jemputannya.Jika ada halangan,maka beritahulah mereka.Elakkanlah mereka dari berkecil hati dengan ketidakhadiran kita.

Akhirkata,

Selamat bergembira bersama keluarga,saudara mara,dan rakan rakan.
Tautkanlah hubungan anda menjadi lebih erat dengan mereka.Ambil kesempatan ini.

Wakullu' am wa antum bikhair(Semoga beroleh kejayaan sepanjang tahun)

note:Hari ni baru dapat menolong mak masak lauk pauk raya(ketupat etc),sebab 2hari beraya di Johor
note:note:Jemput datang rumah ye kawan kawan.Di Pulau Gadong,bukan lagi Peringgit.heh
note:note:note:21 tahun...boleh dapat duit raya lagi ke?

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]


Sep 1, 2010

~Cukup haul~



Aku sudah dewasa!!!Yeah!!..Haha.

Alhamdulillah.Kini aku sudah mengikut jejak langkah kawan kawan ku yang lain,untuk bergelar seorang remaja(belia) berumur 21 tahun.Syukur 1Sept ini jatuh di bulan Ramadhan,bulan barokah.Sebelum ini,pernah juga menyambut hari jadi di hari pertama Ramadhan dan hari Isra’ Mikraj

Kejap je masa berlalu.Pejam celik pejam celik,sudah pun berusia 21 tahun.Nampaknya,jangka hayat aku juga semakin pendek di sebalik pertambahan umur ini.Ini adalah sebuah reality yang semua orang akan hadapi.Tiada jalan alternatif untuk mengelak semua ini dari terjadi.Bekalan perlu ditambah lagi untuk menghadapi hari “permulaan” itu nanti.”Permulaan” kepada penilaian semua usaha dan amal semasa di tempat persinggahan ini

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main main sahaja dan senda gurau belaka.Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa.Maka tidakkah kamu memahaminya”[6:32]

Seperti kebiasaannya,tiada apa yang dirai pada 1September ini .Bagi aku,cukuplah jika orang tersayang di samping aku mengingatinya,iaitu keluargaku.Dan aku bersyukur kerana masih ada teman yang mengingati tarikh ulang tahun kewujudan aku di muka bumi ini.Terima kasih pada kawan kawan dari UTP,dari MOZAC dan SK Peringgit juga.Terharu aku ada kawan wish 11.51pm,31Ogos..Hehe.

[SK Peringgit]

[MOZAC 0206]

[5ALPHA06]

[Segelintir UTP JAN07]

Kenanganku
Bila menyorot kembali zaman zaman kecil dahulu,tergelak pula teringat kenangan kenangannya.Dulu semasa di perhimpunan sekolah, cikgu bertugas selalu memanggil nama nama anak merdeka(yang dilahirkan 31Ogos),dan aku pula lahir sehari selepas tarikh itu.Cemburu la juga kan.Kadang ada antara mereka yang mendapat hadiah dan sebagainya.

Jadi,untuk mengurangkan kecemburuan itu,terbitlah sebuah cerita..

Begini ceritanya…

Permulaan cerita

Sewaktu ibuku sarat mengandung,waktu itu sudah masuk 31 Ogos 1989.Ibuku dengan selambanya makan nasi dan telur untuk mengisi perutnya yang lapar.Makan ,kunyah ,minum.(Dulu masih tiada putar jilat celup).Tiba-tiba…

PZ:Abang,perut tiba tiba senak ni..Rasa macam nak terkeluar da budak ini(sambil memegang perut)

IA:Eh,alamak.Yeke.Ok Ok.Jom kita ke hospital sekarang

Lalu En.Ishak Amin dengan segera membawa ibuku ke Hospital Besar Melaka yang ketika itu,tidaklah besar mana.Hati mereka berbunga bunga kerana bakal mendapat anak ketiga yang hensem dan tough ditambah pula di hari kemerdekaan.Setibanya dihospital….

IA:Encik,isteri saya ni da nak bersalin.Dah menendang nendang gaya Ronaldo(Brazil) dah budak dalam tu.Cepat cepat cik


MA:Owh.Yeke?Hurm.Hari ni kan Hari Kemerdekaan cik.Encik tahu tak?(sambil merenung ke dalam mata Encik Ishak)

IA:Mestilah tahu.Anak saya bakal jadi anak merdeka.Yeah!(sambil melompat kegembiraan)

MA:Baguslah tahu.Disebabkan itu,semua doctor dan jururawat jururawat bercuti hari ini.Hospital pun akan ditutup.Shut down hari ni.Jadi,isteri encik kena bersalin esok lah.Boleh?


IA:Laah.Doktor pun nak cuti ke?Ceh.Hampes.Ok la Ok la.Esok saya datang balik.(sambil mengenggam penumbuk)

Lalu pulanglah En Ishak Amin dan Pn Zaliha ke rumah mereka.Dan alhamdulillah,keesokkan harinya,anak mereka yang comel,iaitu aku,Muhammad Aminuddin Ishak,telah berjaya dilahirkan dengan selamatnya.Alhamdulillah.Haha

End of story

Haaa.Itulah cerita yang aku bawakan kenapa aku tak jadi anak merdeka,dan sebab cerita itulah ramai kawan kawan di sekolah rendah,masih ingat tarikh lahir aku.Kah3.Bagus gak buat camni kan?Baru ramai ingat birthday kita.Hoho

Hadiah yang diterima?

Aku ni jenis yang tak mengharap hadiah sangat(yela tu..hehe).Memang jaranglah terima hadiah sempena 1September ni.Tapi yang aku ingat,di antaranya :

Sabun mandi-->Yang ni masa sekolah rendah.Da tak ingat la sapa yang bagi.Tapi terharu gak la..haha

Kodok-->Yang ni masa sekolah menengah.Ada seorang katak sahabat aku yang sengal kasi.Hahaha.


Ni semua masa masa dulu a.Tapi kalau ada orang nak bagi aku hadiah,aku terima je.Kalau dapat iPhone pun,cukuplah.Hahaha.

Azam baru

Aku memang suka buat azam azam baru ni.Hehe.Tapi terbuat or tak je yang kita tak tahu tu.Antara azam  baru yang sempat difikirkan.::


  • Menjadi anak yang baik buat ibubapaku
  • Menjadi orang yang bermanfaat buat orang yang lain
  • Memperbaiki amal dan menjaga mutabaah(nak nak 10malam terakhir ni)
  • Menjadi insan yang lebih matang
  • Menjaga tatacara perbualan 
  • Mengurangkan spam(haha)
  • Menulis agar dapat menjadi manfaat walaupun sedikit(Ayat Quran,hadith,dsb)
  • Mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya(da cukup umur/tempoh/haul.-tajuk post)


Ini antara beberapa azam aku lah.Nanti akan diupdate lagi.Whoa!!.Hehe

Konklusi
Gembira memang la gembira,bila kita semakin membesar.Semestinya gembira bila dapat rasa apa yang kita fikirkan sewaktu belum cukup umur.Akan tetapi,perlu diingat,bahawa tanggungjawab makin bertambah.Tanggungjawab pada agama,negara,ibubapa,masyarakat dan sudah tentunya tanggungjawab pada diri sendiri.Teringat balik pada kata kata tokoh gerakan Islam tersohor,Ikhwanul Muslimin(Muslim Neighbourhood),Imam Hassan Al Banna,”..kewajipan yang kamu perlu lakukan lebih banyak dari masa yang kamu ada..”.Jadi,sudah tentulah lebih banyak pengorbanan yang perlu dilakukan demi memenuhi tuntutan semua tanggungjawab tersebut.Jadi,aku mulakan umur yang baru ini dengan memohon maghfirah dari Allah dan ampun dan maaf dari semua yang membaca blog picisan ini,dan mohon doa kamu semua agar aku lebih kuat menghadapi kehidupan serba mencabar ini.

note:Terima kasih pada kawan kawan yang wish.Aku terharu
note:note:Mari mencari malam yang baik >1000bulan..Malam ni malam ke 23..ada can..haha..

Whoa!

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak(yang dewasa)
Possehl Electronics Sdn Bhd

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails