
Perhimpunan aman Bersih 2.0 telah pun melabuhkan tirainya.Difahamkan lebih kurang 10 000++ orang telah menyertai perhimpunan tersebut.Yang turut menyertai perhimpunan itu ialah peserta Bersih,peserta Patriot,passerby,wartawan,polis dan juga FRU.
Gelombang pada kali ini,pada pendapat aku adalah lebih besar berbanding tahun 2007 dahulu.Jika pada 2007 dahulu,masih ramai yang tidak jelas,tidak mengetahui hal ini,tetapi tuk versi 2.0,2011,promosinya dijalankan secara meluas apatah lagi dengan perkembangan teknologi pada hari ini.Bukan sahaja di Malaysia,bahkan dimaklumkan juga terdapat perhimpunan kecil di Australia, dan beberapa tempat lagi.
Secara peribadinya,aku bersetuju dengan beberapa tuntutan yang dibuat oleh gabungan ini.Tuntutan pada kiranya agak relevan dengan keadaan sekarang.Antara beberapa tuntutan yang dibuat ialah.:
1)Membersihkan senarai undi
2)Mereformasikan sistem undi pos
3)Gunakan dakwat kekal
4)Masa kempen minima 21 hari
5)Akses media yang adil dan bebas
6)Kukuhkan institusi awam
7)Hentikan rasuah
8)Hentika semua politik kotor.
Beberapa tuntutan daripada tuntutan di atas ini adalah perlu untuk memastikan perjalanan pilihanraya negara ini telus dan juga adil untuk kesemua orang,kesemua parti yang bertanding.
Perhimpunan yang berlangsung 9Julai adalah untuk menghantar memorandum kepada YDPA,Sultan Mizan Zainal Abidin.
Cuma yang aku kurang setuju adalah dengan cara demonstrasi ini.Mungkin ada yang berkata inilah sebaik baik cara,ini adalah hak rakyat dan sebagainya.Akan tetapi ,pasti akan ada yang lebih baik dari tindakan berdemonstrasi ini.Sebagai contoh,Ambiga diberi keizinan bertemu Agung bersama Presiden JIM,En Zaid,lebih nice jika diserah ketika itu dan dapat dipanjangkan dengan sedikit perbincangan.Dan mungkin juga ada cara cara yang lain.
Kemudiannya,dengan penglibatan Ambiga sebagai head pada perhimpunan ini,memberikan sedikit kecurigaan kepada aku.Mungkin sepatutnya orang lain yang lebih patut mengetuai gerakan "NGO" ini.
Apa apa pun,semua nya telah berlangsung.Jika tidak silap,dikatakan memorandum itu tidak sampai kepada Agung.Betulkah?Diharapkan usaha usaha untuk membaikpulih sistem pilihanraya ini,akan dipandang ,dan terus diperbaiki
Beberapa cadangan aku:
1)Bersih didaftarkan dengan ROS,dan menjadi sebuah NGO bebas yang akan menjadi check and balance kepada SPR.Tetapi tiada penglibatan ahli politik atau parti berkaitan(kali ini,dipenuhi ahli politik pembangkang).Mungkin ketuanya perlu diberi kepada orang lain.Yang lebih berkredibel dan berjiwa aktivis.Sekadar memberi contoh,Ezam Md Noor dan Mat Sabu(jika mereka tidak menjadi ahli mana2 parti)
2)Membuat satu pertemuan face to face dengan wakil SPR,untuk memberikan dan menjelaskan tuntutan tuntutan yang dibuat.Setiap parti menghantar wakil dalam pertemuan itu supaya rundingan yang lebih telus dapat dibuat
3)Bersih 2.0 terhadap SPR sudah berlangsung.Dan jika Bersih betul betul ingin menegakkan demokrasi,mungkin boleh diadakan Bersih+ kepada PKR,untuk menjadikan demokerusi kepada demokrasi kembali
4)Menjauhi sebarang pengaruh politikus dari dalam Bersih daripada pengaruh parti pembangkang mahupun parti kerajaan.
note:Laungan "reformasi " semasa perhimpunan?
note:Ada seorang mangsa yang meninggal dunia di Hospital.Angkara bom asap?
note:Usah double standard
note:Kolumnis hebat Malaysiakini menghina Islam?
note:Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah negara,adakah negara ini dipenuhi dengan demonstrasi2 oleh Barisan Nasional?.Lotih aku tengok berita Demo demo ni.Huhu







