Showing posts with label ~my view~. Show all posts
Showing posts with label ~my view~. Show all posts

Dec 31, 2011

~The End~

Lama aku tak update blog.Mungkin kerna hambatan kerja dan tugasan yang dihadapi selaku pelajar final semester.Dan alhamdulillah,semalam selesai kesemua urusan melainkan beberapa urusan minor untuk tugasan akademik di UTP.

Semalam juga berlangsung  CJ7 Farewell Dinner.Dinner yang terakhir buat Chemi Jan 07 di UTP dan dinner yang dinanti nantikan sejak beberapa minggu yang lalu.


Kalau namanya dinner,pasti berkaitan dengan makanan.Tapi semua tu,awal awal aku da tolak tepi,sebab aku hanya fikir yang inilah gathering yang terakhir bersama sama CJ7 as a student.Dan alhamdulillah,it was awesome.Bila memerhatikan kawan kawan di sekeliling,memang sesuai persoalan MC,"Who has changed the most?".Kawan kawan yang aku mula kenal tika di foundation,majoritinya berubah.Mungkin bukan fizikal,tetapi their innerself.Yang dulu sangat "budak budak",tapi sekarang,dia pulak yang paling matang.Tenang dalam setiap tindakan.Kalau nak diceritakan pasal perubahan fizikal,of course lah jelas jelas.Haha.OK.Aku salah seorang mangsanya.

Dari malam tadi hingga ke pagi ni,aku tidak habis habis flash back the memories.Dari keadaan di lecture hall,di lab physic bersama Ahseng,Adi,Hamzah,Bell,Kamil bersama Mr Lai.Haha.Kemudian masuk undergraduate,the joy,the struggle yang dulunya rasa pahit,dan kini manis semanisnya.Bahkan aku merasakan tidak kisah untuk mengulanginya lagi.

Kini tinggal few days in UTP,dan pastinya,banyak muka muka CJ7ians yang akan dilihat buat kali terakhir di dinner semalam.Yang akan dijumpa ketika Final Exam nanti hanyalah kawan kawan mengambil specialization yang sama dan beberapa kawan yang mengambil subjek yang sama.Moga semalam bukanlah pertemuan yang terakhir,tetapi permulaan kepada pertemuan fasa baru dalam kehidupan.

Apa pun,minta maaf sangat sangat kepada rakan rakan,baik lelaki atau perempuan,kepada Chemical Assesment,team futsal aku di UTP,housemate aku selama beberapa tahun,(kecuali Final Sem),mohon ampun banyak banyak selama kita berkawan,pasti banyak salah silap aku pada korang.Mohon halal ilmu,makanan,dan lain lain.All the best in your future!!Be a good engineer.I mean a good muslim engineer.Serve the society,religion and the country.Moga kita bertemu kembali dengan keadaan yang lebih baik,dan mungkin pertemuan ditemani dengan anak anak dan isteri.Hehe.

Pagi ni,aku akan ada meeting bersama sahabat sahabat yang juga merupakan meeting terakhir bersama setelah aku melepaskan segala tanggungjawab aku kelmarin.Benar benar akan merindui keadaan di UTP.Moga Allah sentiasa bersama kita semua.

note:Moga GG CJ7 tidak akan berkubur begitu sahaja
note:Da nak kawen,roger roger la kawan2..Insyaallah cuba hadirkan diri
note: CJ7,I will always miss you.UTP,you will always in my heart.

Sep 16, 2011

~ 1-0~

Alhamdulillah.Sedar tidak sedar,sudah 18hari kita meninggalkan bulan Ramadhan ke belakang.Lama tidak jenguk ke blog ini.Maklumlah bila berada di rumah,nak on laptop pun rasa malas.

Bagaimana Syawal anda semua?
Banyak duit raya dapat?
Banyak rumah dikunjungi?
Sudah selesai puasa enam?

Walau apa pun jawapannya,mudah mudahan ,semuanya dilakukan ikhlas kerana Allah.

Bila sudah mengharungi setengah Syawal ini,terasa juga akan kepayahan berada di bulan ini berbanding Ramadhan dahulu.Maklumlah,ketika Ramadhan dahulu,biah atau pun persekitaran kita sangat sihat.Masing masing menjaga mulut,menjaga mata,menjaga amal ,menjaga solat dan sebagainya.Tetapi bila masuk Syawal,semakin terhakis pula rasanya suasana itu.

Mungkin salah satu faktornya kerana terlerainya ikatan syaitan yang menggeluti mereka sepanjang Ramadhan.

“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Dan kini Syawal,maka bermaharajalela lah mereka.Kembali kepada tugas harian mereka,tugas setiap saat mereka untuk menganggu,menghasut anak anak Adam dari setiap sudut,setiap peluang yang diperoleh.

"kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). "[7:17]

Semasa Ramadhan,bolehlah digambarkan sebagai satu perlawanan yang kurang adil.Kerana ketiadaan musuh kita yang nyata,innahu lakum aduwummubin .


Bolehlah dianalogikan sebagai satu perlawanan bola sepak yang hanya dimainkan oleh satu pasukan.Kita ambil satu contoh iaitu pasukan Liverpool.Dengan ketiadaan lawan di atas padang,sudah semestinya,Liverpool mampu menang besar,12-0,15-0 atau berapa berapa pun yang mereka mampu.Kerana tiada tentangan dari lawan.

Begitu juga di bulan Ramadhan.Kita boleh beribadah dengan banyak,kita boleh menjaga hati,Solat,qiamullail dan macam macam lagi.Subhanallah.

Akan tetapi,bila terlerainya ikatan yang membelenggu syaitan sepanjang Ramadhan,kini di bulan Syawal dan seterusnya,maka menjadi lebih sengit akan pertempuran antara diri dan syaitan.Analoginya kini berubah seperti di bawah.


Kita umpamakan ianya adalah perlawanan Liverpool menentang Stoke.Kemungkinan keputusan yang mungkin akan diperoleh,either menang,seri,ataupun kalah.Jadi,semestinya untuk menang dalam perlawanan menentang musuh terhebat kita,ia memerlukan sesuatu yang hebat dari diri kita.Kita tak boleh mengharapkan kelemahan pihak lawan/syaitan kerana mereka sangat hebat dan berpengalaman dalam menghasut manusia.Jadi,untuk menang,MUJAHADAH itu sangat diperlukan.

Bila mujahadah kita kuat,jadi insyaallah,kita akan mampu beristiqamah dengan segala amal yang dibuat ketika Ramadhan.Jika mujahadah tidak kuat,kemungkinan keputusannya adalah seri.Tapi ketahuilah,kemaksiatan dan kebaikan takkan pernah wujud sekali.Kemaksiatan pasti akan menghakis kebaikan itu.Dan jika mujahadah kita lemah,dan kita akan tewas.Maksudnya,masuk Syawal,seolah olah hari kemerdekaan dari segala amalan dan larangan,dan kembali melakukan maksiat yang ditinggalkan selama sebulan.Itulah yang terjadi kepada Liverpool yang tewas kepada Stoke dengan jaringan 1-0(hehehe).Jika tiada mujahadah yang kita lakukan,maka ada kemungkinan untuk kita kalah lebih teruk,yakni melakukan lebih banyak kemaksiatan yang dibawa sebelum Ramadhan.Nauzubillah.

Kejayaan Ramadhan bukan dinilai dalam sebulan Ramadhan itu,tetapi dinilai pada 11 bulan yang kita hadapi.Yang akan menjaga kita,adalah bekalan taqwa yang dibawa dan digilap pada bulan Ramadhan.

Jadi,kawan kawan.Kita di mana?Apa status iman kita?

Pesan Nabi,"qul amantu billahi summastaqim".Berimanlah pada Allah,dan istiqamahlah
Sama sama kita kuatkan mujahadah dalam diri.

Ya Allah,berikanlah aku kekuatan.

note:Gambar buruk sangat.Guna paint dengan touch pad.Kekok betul
note:Liverpool 0 Stoke 1-Jaringan Walter
note:Glory Glory Man United.Hehe



Sep 1, 2011

~Perutusan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Jadi 2011~

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar

Setinggi tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Allah,dengan limpahan kurnia rahmat dan keizinannya,aku masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas,menghirup udara percuma yang Allah berikan ini,di dalam bulan Syawal ,bulan kemenangan ini.

Setelah sebulan kita sama sama bermujahadah,menentang hawa nafsu yang meliar,hawa nafsu yang bijak menggoda,dan hawa nafsu yang seringkali menguasai diri,dan kini tibalah hari kemenangan dan sering dikatakan sebagai hari untuk bergembira.


Benarkah hari raya Aidilfitri untuk bergembira?

Mengikut sebuah hadith Rasulullah,memang tidak salah untuk kita bergembira di hari perayaan ini.Bahkan dizinkan kita untuk berhibur(mengikut syariat Islam) di hari perayaan.Hiburan kita yakni umat Islam,adalah dengan mengeratkan silaturahim,mengukuhkan ukhwah,saling berziarah dan macam macam lagi.

Tetapi ,mengapa kita bergembira?Cuba tanya diri kita balik.

Jika kita gembira,tapi tiada asbab nya,kita adalah gila.

Dalam masa sama,kita bergembira menyambut kemerdekaan.Bila ditanya mengapa gembira.Maka jawapannya,kerana kita telah bebas,terlepas dari cengkaman penjajah British,Jepun ,Belanda dan lain lain.Ya!Itulah alasan yang konkrit untuk kita bergembira.

Begitu juga dengan Syawal.Kita sepatutnya gembira selepas kita merdeka dari dua perkara.Perkara pertama ialah merdeka dari syaitan.Maksud merdeka dari syaitan ini bukan bermaksud tidak digoda syaitan lagi,tetapi merdeka dari pengaruh dan godaan syaitan.Selama sebulan Allah merantaikan syaitan syaitan berdasarkan dari sebuah hadith(ada khilaf mengenai syaitan drantai)

“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Tempoh madrasah Ramadhan ini sepatutnya sudah mampu untuk membebaskan diri gangguan dan godaan syaitan.Jadi,mari kita lihat diri kita kembali.Sudahkah kita merdeka?

Perkara keduanya pula ialah nafsu.Ya ,nafsu dalam diri.Sejauh mana kita telah berjaya merantai,mengawal nafsu kita dari menguasai kita.Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk nafsu menguasai kita kerana dalam firman Allah dalam surah Al Jatsiyah,ayat ke 23

" Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? "

Harus kita ketahui bahawa nafsu ini bukanlah hanya pada nafsu syahwat semata.Pelbagai nafsu lain seperti nafsu makan,nafsu berbelanja,nafsu itu,dan nafsu ini.Jadi,sekali lagi,mari kita lihat diri kita.Sudahkan kita merdeka.?Cara mudah nak check,lihatlah bagaimana sambutan raya kita.Adakah kita menuruti nafsu dalam membeli persiapan raya,berbelanja,makan?

Jika kita merdeka dari kedua dua perkara ini,maka layaklah kita untuk bergembira.Kita sudah alasan konkrit untuk bergembira.Bila merdeka dari 2 perkara ini,insyaallah taqwa itu akan datang dengan sendiri.

Aku ada menerima sebuah mesej aidilfitri yang betul betul membuatkan aku takut dan tersentap .Mesejnya berbunyi lebih kurang begini.

"Jika kamu beristiqamah dengan perbuatan baik,tanda ibadah kamu diterima Allah,dan jika kamu kembali melakukan kemaksiatan yang kamu tinggalkan semasa Ramadhan,penghinaan dan penolakan ibadah kamu oleh Allah"

Astagfirullah.Allah,berikan aku kekuatan untuk beristiqamah walaupun aku sedar,istiqamah itu sesuatu yang berat.Moga kita semua dapat beristiqamah.Subuh berjemaah,qiamullail,tilawah al Quran.Sekarang baru raya ketiga,dan aku tengok jemaah di surau ketika subuh pun,sudah kembali ke muka muka lama,yakni pakcik pakcik.Ayuh anak anak muda.!!Jika Ramadhan kita boleh,pasti Syawal dan bulan yang lain juga kita boleh.


Hari ini sudah masuk bulan baru,1 September dan menandakan umur aku juga berganjak bertambah lagi 1 nombor menjadi 22.Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang masuk ke FB dan juga handphone.Sangat sangat aku hargai.Dan moga doa dari kalian makbul(terutama tang nikah.hahaha).

Akan tetapi,dalam kegembiraan kita,kenalah selitkan sedikit rasa gusar.Kerana apa?Umur itu hanyalah angka semata.Tetapi apa yang pasti,usia kita semakin pendek.Rasa gusar pula bila mengenangkan cabaran di masa depan dan ajal yang semakin hampir.Dengan amal yang tidak seberapa,pasti aku belum bersedia.Apa pun syukur pada Allah kerana memanjangkan umur sehingga ke angka 22.Angka di mana Al Fateh berada di kemuncak pentadbirannya.

Ya Muqalibbal Qulub,Tsabit qulubbana ala thoa'tik

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari Amin dan bakal isteri(hahahhaa) serta keluarga

Aug 12, 2011

~Ikut Kata Hati?~

"Ikut kata hati ,mati.Ikut kata rasa,binasa"

Pepatah melayu yang agak biasa digunakan di dalam masyarakat.Pepatah yang menggambarkan sesuatu tindakan yang akan mengakibatkan kebinasaan pada diri.

Hari ini bukanlah aku ingin berbicara mengenai pepatah melayu ,apatah lagi untuk berkongsi tentang bahasa kita.Kerana aku bukanlah seorang Karam Singh Walia.Hehe.

Cumanya ingin berbicara perihal hati.Ya.Hati atau pun Qalb.Sebut betul betul.Kalau Kalb sudah jadi sesuatu yang lain.

Dari Nawas bin Saman ra,Nabi saw bersabda,kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik dan dosa itu adalah segala sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu dan yang engkau tidak suka bila dilihat oleh orang lain"[HR Muslim]

Dan dari Wabishoh bin Ma'bad berkata:Aku datang kepada Rasulullah,beliau bersabda,"Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"Aku berkata "Ya".Beliau bersabda,"bertanyalah kepada hatimu,Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati dan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati meskipun orang orang terus mengiyakan kamu"

Pernah tak anda merasakannya?

Sebagai contoh,

Kita baca Al Quran.Kita gelisah atau kita tenang?
Kita chat dengan ajnabi atau awek,tiba tiba member datang jengah.Kita gelisah atau tenang?
Kita angkat sampah yang bersepah,ke dalam tong sampah.Kita gelisah atau tenang?
Kita dok tengok video lucah,tiba ada orang ketuk pintu.Kita gelisah atau tenang?

Kita nilailah sendiri perbuatan kita.Apakah ia satu kebaikan ataupun dosa yang dibuat(tapi sering dihalalkan oleh nafsu) yang selalu dibuat dalam kehidupan seharian kita.


Atas capacity sebagai hamba Allah,haruslah untuk kita mengelak dari berbuat dosa dan sentiasa berusaha untuk membuat kebaikan,menggandakan amal,dan mengutip sebanyak banyak pahala yang mampu.Dan inilah yang dinamakan TAQWA.Melakukan kebaikan dan menjauhi larangan Allah.Dan TAQWA ini jugalah merupakan objektif utama yang hendak dicapai dalam bulan Ramadhan ini.Jadi,grab the oppurtunity.Gunakan Ramadhan ini sebaiknya.

Tetapi kita harus sedar,hati kita fitrahnya adalah murni,bersih.Justeru,hati yang bersih mampu memberi pertimbangan seperti yang Nabi sabdakan di hadith di atas.Jadi,ambil kesempatan bulan Ramadhan ini,bulan TazkiyatunNafs wa Qalb untuk "menyental" habis habisan daki daki,karat karat jahiliyah dalam diri.Dan pastikan diteruskan jua walaupun Ramadhan sudah berakhir,agar kita menjadi Hamba Rabbani,bukan sekadar Hamba Ramadhani.


Walau apa pun,segala hukum masih berlandaskan Al Quran dan Sunah.Perasaan,gerak hati,dan firasat tidak boleh menjadi hukum syara' atau fatwa.Ia hanya untuk diri sendiri dan menjadi fatwa hati apabila kebajikan yang ada kesamaran.

note: Rasa pepatah melayu tu,da boleh ubah.Tak semestinya ikut hati mati.Hehe

Tambahkan syukur,Tingkatkan amal,Hebatkan penghayatan.Moga Allah ridho!

Aug 3, 2011

~Ibadah di bulan Ramadhan:Al Quran~

Alhamdulillah,Masuk malam keempat Ramadhan.Syukur masih lagi nafas tersisa dalam diri ini,yang Allah izinkan untuk terus membuatkan kita bernyawa.Subhanaallah,Alhamdulillah.


Bagaimana Ramadhan anda setakat ini?




Insyaallah dalam entry ini,ingin aku berkongsi sedikit mengenai ibadah yang biasa dilakukan dalam bulan Ramadhan yakni Membaca Al Quran.Seperti yang kita sedia maklum ,Al Quran ini juga diturunkan dalam bulan Ramadhan bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al Baqarah


"Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al Qura sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda.."[2:185]


Alhamdulillah.Petunjuk hakiki yang membawa kepada jalan yang benar.Itulah Al Quran.


Justeru di bulan Ramadhan ini,perbanyakkanlah bacaan bacaan ,basahkan bibir kita,senamkan mulut dengan Al Quran.Kerana pelbagai fadhilat ,pelbagai kehebatan dari mukjizat agung yang diturunkan Allah untuk Muhammad,rahmat sekalian alam.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tatapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. ” (Riwayat Tirmizi)

Di sini,aku ingin berkongsi sedikit bagaimana kita dapat mengkhatamkan Al Quran dalam masa sebulan.Moga bermanfaat.


Formula: 
1bulan = 30hari
30hari = 30 juz
1hari=1juz
1juz=20muka surat
20muka surat = 5 waktu solat x 4m/s
1 waktu solat =4muka surat.

Mudah bukan?!

Jadi,apa tunggu lagi.Fokus dan mulakan bacaan anda.
Dan jangan dilupa untuk mentadabbur bacaan bacaan kita.
Moga Allah ridho.


Alhamdulillah,sekarang berada dalam right track untuk mengkhatamkan Al Quran 2 kali sebulan.Sebagai sedikit sharing,cuba habiskan setengah juz dari Subuh ke waktu Dhuha.Kemudian,habiskan 1juz kira kira selepas waktu zohor.Ba'da Asar pula,habiskan lagi setengah juz dan habiskan bacaan selepas terawih atau pun sebelum tidur.

Dan satu lagi pesan,jangan lupa membawa Al Quran poket anda ke mana sahaja.Kelas,Iftar,IRC ,dan di mana mana tempat lagi kecuali tandas.Baca apabila kelapangan.Buang rasa malu,kerana anda yakin,anda melakukan kebaikan,bukan kemaksiatan.


Moga bermanfaat.


[Tiada alasan buat kita untuk tidak membaca Al Quran]

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:56]

Aug 1, 2011

~Ibadah di bulan Ramadhan:Sedekah~

Bulan Ramadhan sudah kembali mengetuk ke kalendar kita.

Di laman sosial,Facebook,Twitter,Google + dan juga Friendster(masih wujudka?),bertebaran layangan layangan ucapan ,pengisian,tazkirah dan macam macam lagi berkenaan Ramadhan.

Syukur kita juga dapat disampaikan ke bulan yang penuh barokah ini.Justeru,seharusnya kita mengambil 100% peluang yang disediakan ini untuk beribadat,mencari sebanyak mungkin kebaikan yang ada untuk memastikan Ramadhan ini bukanlah sia sia.

Jadi,perkongsian mengenai ibadah yang boleh kita lakukan dalam entry ini ialah BERSEDEKAH.


Sebuah hadith yang popular di bulan Ramadhan adalah seperti berikut.:

Rasulullah saw adalah orang yang paling suka sedekah dan beliau paling banyak sedekah pada bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibril. Dia bertemu beliau pada setiap malam Ramadhan (sepanjang bulan), lalu Jibril bertadarus dengan beliau. Sungguh Rasulullah saw (ketika bertemu Jibril) lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus”[Rawahu Bukhari]

Jadi,banyak banyakkanlah kita sedekah.Sesungguhnya tiada sebarang kerugian yang kita akan terima jika bersedekah.Allah sendiri berjanji,jika kita bersedekah/berinfak,nescaya kita akan memperoleh lebih dari yang kita hulurkan.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di Jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai pada tiap tangkai ada seratus biji.Allah melipatgandakan bagi siapa yang dia kehendaki dan Allah Maha Luas,Maha Mengetahui"[2:261]

Orang orang yang menginfakkan hartanya juga telah diperumpamakan oleh Allah seperti sebuah kebuh yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat,dan kebun itu menghasilkan buah buahan 2kali ganda.Subhanaallah.

Di bulan Ramadhan ini jugalah kita mendidik dan menyingkirkan rasa bakhil dalam diri kita,dengan bersedekah,dengan membayar zakat dan sebagainya.Kerana kebiasaan,rasa berat untuk bersedekah itu adalah didatangkan oleh syaitan yang kini telah diikat Allah.Ambil kesempatan ini sebaik baiknya.

"Setan menjanjikan(menakutkan) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji(kikir) sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan karuniaNya kepadamu.Dan Allah Maha Luas,Maha Mengetahui"[2:268]

Ingatkan juga sabda Uswah Hasanah kita,

"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta)"[Rawahu Bukhari]

Ringan ringankanlah tangan kita untuk memberi.Dan sentiasalah mengikhlaskan niat kita.Mudah mudahan kita berniatkan untuk mencari ridho Allah.Bukan untuk penilaian manusia.Antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak adalah mereka yang bersedekah,hingga tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.

Salah satu cara untuk berinfak dan beribadah:



1)Taip PALESTIN (JARAK)  10/5/3/1
2)Hantar ke 39111

Begitu mudah untuk bersedekah.Senyuman juga adalah satu bentuk sedekah.



Moga amal diterima Allah
Moga Allah ridho

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

Jul 31, 2011

~Ramadhan datang lagi~

Subhanallah.Kini Ramadhan hampir tiba lagi.Rasanya baru hari tu aku habis berpuasa sewaktu intern di Melaka,kini akan kembali menjalani ibadah puasa di Perak.Kejapnya masa berlalu.




Madrasah Ramadhan yang penuh barokah,penuh kebaikan ditawarkan untuk kita,umat Islam.Dan ditambahkan lagi "bonus" satu malam di mana bersamaan dengan 1000bulan.Subhanallah.Ini sebuah tawaran yang cukup hebat.Lebih hebat dari Mega Sale,lebih hebat dari Year End Sale(YES).Harusnya kita semua perlu bersedia untuk mengaut segala tawaran tawaran hebat ini sehabis banyak.Ayuh menjadi "tamak" dan tidak salah "tamak" dalam mencari kebaikan dan berbuat amal.


"Wahai orang orang yang beriman!Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"[2:183]


Inti Ramadhan yang perlu dicapai.TAQWA.Definisi taqwa yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w :


"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya,sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya,syukur kepadaNya dan tidak kufur nikmat"[Rawahu Bukhari]


Satu term yang cukup familiar di dalam Al Quran dan disebut di pelbagai surah.Mengapa perlu mencapai tahap TAQWA ini?


" Sebenarnya barang siapa yang meneparti janji dan bertakwa,maka sungguh Allah mencintai orang orang yang bertakwa"[3:76]


Inilah antara sebabnya adalah,untuk meraih cinta Allah.Kita adalah nothing jika tiada cinta Allah untuk kita.Kita takkan mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa cinta Allah.Dan bukti cintanya Allah buat kita,lihatlah pada segala nikmat yang kita peroleh!Alhamdulillah.


Dan pencarian taqwa bukan suatu yang mudah.Alhamdullilah Allah datangkan Ramadhan untuk kita memupuk taqwa dalam diri kita.Justeru,persiapkan diri ,kuatkan hati,cekalkan diri,kawal nafsu yang bermaharajalela dalam diri.


Perbanyakkan ibadah kepadaNya,banyakkan berdoa,banyakkan ibadah sunat.Kalau boleh,biarlah zikrullah dan alunan Al Quran yang banyak bermain di bibir kita,cuba kawal percakapan.Dan lakukan seikhlas hati.Kerana Allah.Dan kita lakukan semua ini,hanya untuk menjadi Hamba Rabbani,bukan sekadar Hamba Ramadhan,di mana ,insyaallah ibadah ibadah yang dilakukan,akan terus dilakukan walaupun Ramadhan sudah berakhir.Pabila ada orang yang melakukan jahil antara kita,maka katakanlah "aku sedang berpuasa".Mudah mudahan kita terpelihara dari mainan nafsu.




Semoga Ramadhan ini menjadi yang terbaik buat kita dan moga Allah izinkan aku dan kita untuk beribadah,mengambil sepenuhnya peluang yang diberikan dan diizinkan untuk bertemu dengan Lailatul Qadar.Amin Ya Allah.


Kita sudah berhadapan dengan sebelas bulan yang umpama racun,dan kini datanglah satu bulan sebagainya penawar.Jangan terlepas dari memperolehinya.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat.Moga suksess dalam madrasah Ramadhan ini dan tazkiyatun nafs.Amin~




Jul 25, 2011

~Sebuah permulaan~

Tajuk macam gempak je.Hahaha.


[Hehe]

Alhamdulillah,Petang tadi baru habis kursus pra perkahwinan di UTP anjuran Jabatan Agama Islam Perak.Pelbagai ilmu diperoleh.Awal awal,memang la salah satu tujuan,untuk memperoleh sijil sebagai pra syarat perkahwinan,tetapi,syukur diperingatkan penceramah agar kembali mengikhlaskan niat.Terlampau banyak ilmu baru yang diperoleh.Bukan sekadar ilmu rumah tangga,bahkan aqidah,ibadah,akhlak + isu semasa.

Terima kasih Allah membuka hati aku untuk pergi ke program sebegini.Moga menjadi suatu persiapan untuk menghadapi Ramadhan.

Menurut seorang penceramah,dan mengikut logik dan pembacaan aku,top kriteria yang di dambakan manusia,ialah soleh dan solehah.Harta ,Paras Rupa jatuh ke tangga ke berapa tah.

"Apabila datang kepadamu seorang lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang,maka kahwinkanlah anakmu itu.Jika tidak berbuat demikian,nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi ini"[Rawahu Tirmizi]

"Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara;hartanya ,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama nescaya kamu akan selamat"[Rawahu Bukhari wa Muslim]

Jelas dari sabda Nabi,akan kriteria kriteria yang patut menjadi pilihan.Sejahtera akidahnya,insyaallah,selamat yang lain.Mudah mudahan,kriteria ini menjadi top priority kita.

Dalam mencari yang beragama,jangan dilupa untuk diri kita sendiri beragama.Jaga solat,Jaga pergaulan.Jaga hati.Jaga mutabaah.Jaga hubungan dengan Allah.Kerana Allah itu Maha Adil,Maha Mengetahui.

"Perempuan perempuan yang keji untuk laki laki yang keji dan laki laki yang keji untuk perempuan perempuan yang keji sedangkan perempuan perempuan yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki yang baik untuk perempuan perempuan yang baik"[24:26]

Serahkan jodoh kita kepada Allah dan bertawakallah.Apa yang penting,carilah cinta yang Agung itu dahulu.Gapai cinta Allah,niscaya cinta makhluk yang mengeratkan lagi cinta kepada Allah akan kunjung tiba.

Hantar la "mesej" kita kepada Allah dengan doa,hantar juga "rayuan" kita dengan tangisan taubat di malam hari,buktikanlah "cinta" dengan amal .

Moga ridho Allah diperoleh.Amin~

Kredit to Penaberkala

Note: Tiga hari berturut dihidangkan perkara sebegini::Forum BaitulMuslim,+2hari kursus.Wah.Asyik terfikir jek..haha..


Jul 21, 2011

~Berenang renang ke hulu~

"Berenang renang ke hulu,berakit rakit ke tepian,Bersusah susah dahulu,bersenang senang kemudian"

Wow.Aku menggunakan pepatah melayu di blog ini.Nampak macam penggemar sastera la pulak.Haha.

Sebenarnya,tujuan posting ini hanya untuk share sedikit aktiviti aku sejak kebelakangan ini.Disebabkan aku kekurangan kelas,makanya aku mempunyai sedikit lebihan masa untuk dihabiskan bersama kawan.

Di mana?

Kolam Renang!!

Hahaha.Mengambil sedikit ibrah dari sebuah hadith yang disabdakan oleh Uswah Hasanah kita

"Ajarlah anak anakmu 3 perkara iaitu berenang,memanah dan juga menunggang kuda"

Untuk memulakan dengan langkah pertama,aku bermula dengan sesuatu yang paling dekat iaitu berenang.Aku tak pandai berenang pun sebelum ni,cuma berendam dan menyelam(tambah kayuh sikit2..haha).Justeru,aku sudah menanamkan tekad,untuk aku pandai/boleh berenang sebelum aku grad!Nanti if da grad,sah sahlah susah sikit nak pergi berenang segala bagai kan.

Ini serius!

Hahaha.Sejak kebelakangan ni,memang salu je aku pergi swimming pool ngan dak dak umah,Adi,Kamil,Syafiq,Din,dan ahli yang baru Sap Atan.Hoho.Syukur juga sedikit sebanyak berjaya membaiki diri dalam teknik berenang.


Bagi dak dak CJ7,jom lah join gak.Kita buat event berenang beramai ramai.Haha.

Berkenaan dengan hadith berkenaan,aku ada terbaca artikel di mana semakin menghampiri hari kiamat,akan berlaku perubahan pada bumi di mana signal signal elektromagnetik,dan yang lain lain tu takkan dapat digunakan lagi.So,senjata senjata canggih yang menggunakan asas signal signal tersebut menjadi nothing.So,kekuatan manusia ketika itu,kembali kepada diri sendiri,tiada pergantungan pada senjata canggih lagi.Jadi tidak rugi untuk kita pandai berenang,memanah,dan menunggang kuda.Mungkin menjadi advantage yang besar buat kita kelak.

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

Jul 20, 2011

~Menggapai cinta itu~

Entah kenapa,hari ini aku terjumpa banyak blog blog dan artikel yang mengisahkan perihal cinta.Hebat kisah kisahnya.Terinspirasi pun ada.

Jadi,ingin juga aku berkongsi perihal cinta ini kepada pembaca blog ini,(anggap macam ada.haha) terutamanya cinta agung,cinta abadi,cinta pada yang Satu.

Dari buku Hati Sebening Mata Air,karangan Amru Khalid,ada memberi beberapa panduan untuk kita menggapai kecintaan Allah.Kenapa perlu cinta Allah ini?Kerana,jika tiada cinta Allah,we are nothing.Sepertinya jika kita mencipta sebuah robot,tetapi kita tiada rasa cinta dan tidak menghargainya apakah mungkin robot itu terus survive?Bagaiman dengan baterinya?Programmingnya?Banyaklah lagi jika hendak dianalogikan.Alhamdulilllah,dapat juga dikongsikan dalam halaqah ke bawah baru baru ini.Moga moga bermanfaat buat diri ini dan pembaca sekalian.

Menggapai Kecintaan Allah

  • Jangan terus menerus berbuat maksiat
Fitrah manusia yang sering berbuat maksiat.Akan tetapi harus diingat,kita tidak boleh terus menerus bermaksiat kepada Allah.Sentiasalah bertaubat.Mesti bertaubat.Allah berfirman dalam Surah Al Imran,

"Dan bersegeralah mencari ampunan dari Tuhanmu dan dapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang bertaqwa."[3:133]

Syaitan tidak akan pernah berhenti menganggu keturunan Adam.Syaitan berjanji akan terus menerus menggoda menganggu kita agar kita berpaling pada suruhan Allah.

"Dan jika syaitan datang menggodamu,maka berlindunglah kepada Allah.Sungguh Dia Maha Mendengar,Maha Mengetahui..Sesungguhnya orang orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi bayangi pikiran jahat dari setan,mereka pun segera mengingat Allah,maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan kesalahan mereka"[Surah Al A'raf]

  • Segeralah meninggalkan teman yang jelek.Jelek di sini bermaksud orang yang selalu berbuat yang sia sia dan mengajak kita untuk selalu bermaksiat
Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk"[Rawahu Bukhari]

  • Kerjakanlah solat lima waktu tepat pada waktunya dan lakukan ia terus menerus hingga satu bulan(pada peringkat permulaan)
Rasulluah pernah ditanya oleh sahabat "Ya Rasulullah,apakah amalan yang paling disukai oleh Allah?"Maka jawab Rasulullah " Solat di awal waktu"[Hadith]

  • Mulakan solat jemaah di masjid untuk satu waktu solat,kemudiannya dua dan seterusnya.Jangan lakukan secara sekaligus.Nasihat ini adalah untuk para pemula
  • Perbanyakkan mengingati Allah,dan banyakkan berdoa agar diperteguhkan dari sebarang maksiat.Kerana dengan mengingati Allah juga,hati kita bisa menjadi tenang.Subhanallah
  • Hafalkan juz amma' dan kerjakan solat malam sambil menghafalkannya.Jika fakta fakta Malaysia Studies,formula formula Trasport Phenomena di dalam kepala,apatah lagi ayat Al Quran.Pasti boleh!.Dan jangan lupa,datangilah majlis majlis ilmu.Banyak majlis ilmu yang membuka kepada sesiapa yang ingin hadir.
  • Bergaullah dengan teman teman yang sholih,agar nanti mereka dapat memperingatkan kita jika kita terlanjur perbuatan dan bermaksiat
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]
  • Bicaralah agama dengan teman teman kita,lalu ajaklah mereka ke arah kebaikan.Berpeganglah pada sabda nabi "sampaikanlah daripada ku walau sepotong ayat".Mungkin agak janggal untuk kita memulakan.Tapi,gunakan kebijaksaan kita.Sebagai contoh,dari perkongsian dalam halaqah hari tu,jika seseorang menyebut "What the Hell" mungkin kita boleh menyampuk dengan menyahut "what is hell".Kemudian sambungkan dengan perkongsian mengenai "hell" itu.Hehe.
Ayuh mentransformasi diri apatah lagi Ramadhan kini kian hampir.Mari memperbaiki amalan dan menambahbaikkan kualiti ibadah kita.Mudah mudahan Allah ridho.

ALLAH!

p/s:Untuk sesiapa yang berminat nak join majlis majlis ilmu@halaqah,boleh lah contact2.

Jul 16, 2011

~Jaga jaga~

Jaga Jaga

Dia da dekat
Persiapkan diri kita,kuatkan diri kita,peringatkan diri kita

Ramadhan is coming
15 Days to go!!


Happy Nisfu Syaaban
Gunakan malam ini sebaiknya
Penuhkan dengan amal
Moga buku amalan dibuka dengan amal yang baik
Amin!~

Jul 11, 2011

~Cita cita aku~


Sedang aku blogwalking ke blog blog member,akhirnya tersinggah di blog Lelaki Pejuang ini.Menceritakan tentang cita cita beliau untuk mempunyai satu library kecil di rumah.

Tertarik pulak dengan content itu,aku pun nak share la serba sedikit keinginan aku.

Aku juga menyimpan cita cita untuk mempunyai sebuah ruang khas untuk diletak segala bahan bacaan aku.Kalau nak kata library tu,taklah sebesar tu,mungkin aku mengimpikan sudut membaca(macam da zaman sekolah pulak),di mana akan aku letak buku kat situ,kerusi malas,kipas angin.Fuh.Mesti kasi selesanya.

Tujuannya,untuk menggalakkan diri aku untuk membaca.Sebenarnya sejak azali lagi,minat aku bukanlah membaca,tapi bila cikgu tanya salu je jawab membaca.Nampak bergaya dan intelek.Padahal buku sentuh pun bila ayah aku suruh.Haha.

Tapi alhamdulillah,life di universiti,sedikit pencerahan,sedikit dokongan dan sokongan dari kawan kawan sekeliling membuatkan minat aku untuk membaca bertambah.

Di tambah pula dengan entry Encik KeretaMayat,yang menggalakkan untuk membeli rak buku dengan gaji yang pertama.Aku cukup terinspirasi dengan entry tersebut.Aku pun terus menyimpan cita cita untuk memperoleh rak buku dengan gaji pertama aku.Biarlah tidak berisi pada awalnya,tapi pasti kita akan mempunyai keinginan untuk mengisi rak itu.Pasti!

[Rak di UTP.Berazam tuk isi lagi.]

Dan alhamdulillah,tanpa menunggu gaji pertama aku,aku da memperoleh rak buku aku sendiri yang pertama(b4 ni share2 je).Sumbangan saudara tersayang,Raja Shamsuri yang menginfakkan aset beliau.Haha.

Syukur lagi,dengan duit buku yang baru dimasukkan oleh PETRONAS,aku dapat menambah lagi koleksi buku yang dibeli dari Pustaka Iman.

Hati Sebening Mata Air.(Rekomen oleh kawan.Hnya baca Dari Hati ke Hati karya Amr Khalid b4 ni)
Cinta Di rumah Hasan Al Banna
Tarbiyah Hasan Al Banna

Nota Fikir untuk Zikir(Macam da lambat je aku ni.-_-)
Menjadi Aktivis Kreatif


Moga semua ini bermanfaat buat diriku.

Bila duit buku masuk,aku sibuk cari buku buku yang best,tapi ada kawan yang lain,sibuk mencari persiapan kahwin guna duit buku.T_T..Hahah.

"Bacalah(Belajar) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"[Al Alaq:1]

Wahyu pertama untuk Rasulullah.Jom membaca.

Jul 2, 2011

~Empty House~


Masih ingat perihal cerita box office yang menjadi fenomena di seluruh negara?Hantu Kak Limah Balik Rumah.Macam macam trademark dari filem itu diguna pakai oleh masyarakat.Tak kira apa jua lapisan,dari lapisan remaja,belia,profesional,mahupun ustaz uztaz


"Kita bakor je"
"Nampak benor nipunya"
"Sapa setuju,sila angkat macam saya"(jadi, lenggokkan tangan anda sekarang..Hehe)

dan macam macam lagi.

Filem ini mengisahkan bagaimana rumah yang diduduki oleh Kak Limah ini.Adalah sebuah rumah yang kosong atau jika di dalam English Education,disebut Empty House.Rumah kosong biasa sahaja dimaksudkan kepada rumah yang berhantu,scary dan sebagainya.Dalam filem tersebut,di dalam rumah kosong ,hingga ada mayat yang mereput tetapi tidak diketahui orang ramai.Ye lah.Rumah pun sudah kosong.Tiada yang ambil peduli.

Jadi,apa yang saya nak cuba kaitkan di sini,jangan sesekali membiarkan rumah kita menjadi rumah yang kosong.Kerana apa?

Rasulullah pernah bersabda
"Sesungguhnya orang yang tiada langsung membaca Al Quran umpama rumah yang kosong"[Rawahu Tirmizi]


Begitulah Rasulullah memperumpamakan orang yang tidak membaca Al Quran.Rumah yang kosong.KOSONG.

Inilah sesuatu yang perlu kita elak.Walaupun hakikatnya,seperti yang disebut oleh khatib di Masjid AnNur,UTP,ramai yang telah menukarkan fungsi sebuah Al Quran.Ubah macam mana tu?

Al Quran kini sekadar menjadi barang hantaran perkahwinan.
Al Quran kini sekadar menjadi penghias di dinding
Al Quran kini menjadi sekadar kitab untuk menghalau makhluk halus
Al Quran disucikan sehingga diletak di tempat tinggi,sehingga akhirnya tidak terusik sehingga berhabuk


Amat amatlah rugi.

"Sungguh Al Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus dan memberi kabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar"[17:9]

Inilah hakikat Al Quran,untuk memberi petunjuk ke jalan yang lurus.Rasulullah juga pernah bersabda,"Kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada 2 perkara iaitu Al Quran dan Sunnah.

Kita sekarang hanya tinggal kurang dari sebulan untuk menghadapi Ramadhan,bulan penuh barokah,penuh dengan kenikmatan.Justeru,persiapkanlah diri kita dengan ibadah ibadah rutin.Dari Subuh berjemaah,Al Quran dan sebagainya.Cuba target baca sebanyak yang mampu.1juzu'.Jika tidak mampu,buat yang mana mampu dahulu.Mudah mudahan akan menjadikan diri kita menjadi lebih baik dan mencapai objektif puasa,iaitu agar kita bertaqwa.

"Bacalah olehmu semua akan Al Quran itu sebab Al Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafaat-yakni pertolongan kepada orang orang yang mempunyainya"[Rawahu Muslim]

"Orang yang membaca Al Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu,maka ia adalah beserta para malaikat utusan Allah yang mulia lagi sangat berbakti sedang orang yang membacanya Al Quran dan berbolak balik dalam bacaanya yakni tidak lancar,juga merasakan kesukaran diwaktu membacanya,maka ia dapat memperoleh 2pahala"[Mutatafaq'alaih]

Jadi seharusnya,tidak lancar membaca tidak harus dijadikan alasan utnuk tidak membaca.Mari menjadi buah jeruk utrujah,yang baunya enak dan rasanya pun enak,yang diumpamakan nabi kepada orang mukmin yang suka membaca Al Quran.

Semoga Al Quran menjadi sahabat karib kita di dunia,di dalam kubur mahupun di akhirat kelak.Amin~

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

Jun 9, 2011

~Akhirnya~

Akhirnya

Result telah pun aku perolehi.

Untuk result semester lepas,sungguh menarik dan weird sekali sepanjang sejarah hidup aku di UTP ini.

Pihak pengurusan menjanjikan result akan keluar di PRISM(sistem on9) pada 8Jun 2011,tepat jam 2.00pm.Kebetulan student final year ada briefing  untuk FYP pada masa yang sama.


Bila balik ke bilik jam 5,ingin check result,rupanya terbaca di status FB,Twitter,bahawa result hanya boleh diperoleh di Registrar.Ada problem dengan online system katanya.Biasa buat 2 semester,time time camni memang leh fokus on result jek.Tapi kali ni pulak 3semester,busy dengan registration,add drop lagi,and now tambah result.Memang tak terkejar la nak setel semua..

Dan akhirnya aku mengambil result aku pada 9Jun 2011,Jam 11.30 bersama Syazwan.

Apa yang aku boleh katakan,alhamdulillah.Mungkin apa yang diterima setimpal dengan usaha yang aku berikan pada last semester.Dan pasti ada ujian yang Allah selitkan buat aku untuk aku hadapi.

Selalunya orang hanya bersyukur pabila mendapat sesuatu dihajatkan,tapi kita juga sebenarnya patut bersyukur atas sesuatu yg kita tidak jangka,kerana itulah yang terbaik buat kita.Alhamdulillah atas segalanya.

Insyaallah,pasti besar hikmah syukur itu kepada diri kita,kerana Allah itu lebih mengetahui segala galanya.

A ? A- ? B+ ? B- ? ataupun C-?

Jangan risau kawan kawan.Syukur,tingkatkan amal.Itulah sebaiknya buat kita

Ada kata kata hikmah

"Hitunglah kesyukuranmu,bukan kesukaranmu"


Alhamdulillah!Terlerai satu kekusutan.Haha

Owh.Lupa.Ni post aku ke 300.Wohoho

May 29, 2011

~Jaulah Rasa~


Alhamdulillah.29Mei,akhirnya,seperti  yang dirancang,dan alhamdulillah juga,dizinkan yang Maha Merancang,dapat juga kami berjaulah ke Walimah Encik Salji Biru ataupun Encik Amzar Hafifi di Rasa.

Terasa happy sangat sangat untuk jaulah ini.Mungkin excited nak jumpa ikhwah ikhwah lain,mungkin kerana program pada Hari Sabtu hari tu berjalan lancar,atau mungkin saja excited kerana terinspirasi.Hehe

Gerak seawal 7.15 pagi mengikut kata Bapak,walaupun pada hakikatnya sudah 7.25pagi.Haha.Dan sampai di sana lebih kurang jam 10 lebih.Alhamdulillah,Sempat mengikuti akad nikahnya.Haa.Jangan ingat sonang nak nikah yo.Penuhkan ilmu banyak banyak di dada.Kang imam tanya soklan pelik pelik nanti.Hehe.



[Melafazkan akad]


[Mendengar celoteh imam yang happening]

[Antara peserta dari UTP dan UPM]

[Menunggu masa untuk makan]

Alhamdulillah.Semuanya selamat.Selamat pergi dan selamat pulang.Terima kasih kepada semua.Gembira tak terkira bila jumpa senior senior ,kenalan dari negeri lain.Hoho

Kepada kedua duanya,

Amzar Hafifi & Siti Ruhayu

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair" 
Moga Allah memberkati kamu berdua, dan menghimpunkn kamu berdua dlm kebaikan

Alhamdulillah.2 bekas murabbi sudah bernikah.Bila lagi masa untuk mutarabbi nya?.Hehe.Takpe.Kasi peluang kepada Bapak,Zuber dan Mai dahulu.Keh3

May 28, 2011

~Aku dan Kau~


Aku ,Kau,Kau dan Kau.
Kita adalah sama sahaja
Kita semua ialah calon calon jenazah
Yang entah bila akan dianugerahkan kepada kita


Mungkin hari ini?
Mungkin esok?
Mungkin 2 tahun lagi?
Atau pun mungkin semasa kau membaca entry ini.
Bila bila masa sahaja.

Jadi,setiap masa aku dan kau kena bersedia
Hidup bertuhan
Hidup bernabi
Hidup berkitab
Hidup biar diri kita sedar,sapa diri ini yang sebenar.
Apa sebab kita hidup

Bila terdengar seruan azan,buat buat tak dengar
Solat pun bila perasan waktu dah nak habis
Bila di ajak berjemaah
Katanya,asal aku sembahyang sudahlah.
Al Quran sudah entah hilang ke mana.
Majlis ilmu entah,nak dipandang pun rasa ngantuk

Bila ditanya,kau mahu neraka ataupun syurga?
Orang gila pun tahu la jawapannya
Sudah pasti syurga..
Tapi,napa kita menjauhi amalan ahli syurga?

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah,orang orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang orang yang sabar"[3:142]

Poster,flyer yang mengajak pada kebaikan banyak aku dan kau nampak
Mereka semua ingin membawa kita ke jalan yang benar
Jalan yang mendorong kita berbuat kebaikan
Tetapi,kenapa kita ni malas sangat nak baca
Malas sangat nak pergi
Malu lah sedikit pada kerbau,lembu,kucing.
Jika mereka nampak poster tersebut,mereka pasti tidak akan menyertainya
Kerana,mereka tidak memahaminya
Tapi!Kenapa kita juga begitu?

Owh.Persoalan yang begitu memeningkan kepala
Ingatlah tujuan hidup
Apa yang ingin kita gapai
Harta?
Boleh jadi kita menjadi jenazah bila memperoleh harta itu
Apa lagi?
Semuanya tidak kekal
kecuali jika kita mencari Ridho Allah

Jangan sombong dengan masjid
Kelak,kau dan aku pasti di solatkan di masjid
Jangan sombong untuk berada di belakang imam
Kelak,kau dan aku pasti berbaring di hadapan iman.

Ayuh berubah!Ayuh!

Alhamdulillah.Diberi kesempatan mendengar kuliah maghrib di masjid.Ada antara isi di sampaikan dalam entry ini


"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails