Aug 26, 2010

~Aku berkempen~


Ingat politician je nak berkempen walaupun PRU 13 belum diumumkan?
Aku pun nak berkempen walaupun masih belum layak mengundi dan masih belum mendaftar dengan SPR

Aku nak kempen ni.....


Semasa di ofis tadi,disebabkan my boss ke Singapura atas tujuan business trip,dan kerja aku bergantung pada dia,maka hari ini aku bercuti pada mental,tetapi bekerja pada fizikal,aku berkesempatan ke blog seperti dilinkkan di atas.Beliau atas tujuan "Khidmat Masyarakat" telah mengadakan sebuah kempen yang pada aku,amat baik

Jadi,dengan prihatin dan concernnya aku,aku juga ingin menyahut kempen tersebut dan menyeru kawan kawan pembaca blog ini turut sama bersama sama kami.




Hari Kemerdekaan

31 Ogos 1957 ,tarikh bersejarah buat kita.Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.Bebas dari cengkaman penjajah.Alhamdulillah
[Di Pulau Gadong]

Bersyukurlah kita,
Kita tidak lagi dicengkam ketakutan melihat askar memikul senjata menghala ke kepala kita
Kita tidak lagi berkurung di dalam rumah ketakutan
Kita tidak lagi menelan ubi kayu dengan garam semata
Bersyukurlah kita dengan apa yang ada hari ini....

[Simpang Cheng]
Teringat kata kata Faizal Tahir,di Buletin Utama semalam.Beliau yang baru pulang dari Palestin berkata(lebih kurang begini maksudnya)

"Bila saya tiba di Malaysia,saya bersyukur sangat sangat.Kita sekarang senang...."

Bila kita bandingkan keadaan kita dengan rakyat di Palestin sana,jauh bezanya.Kita jauh lebih senang.Berpuasa dengan senang lenang.Terawih,tanpa pemantauan askar.Sesiapa sahaja boleh bersolat Jumaat.Tetapi di Palestin,nak berbuka pun,makanan ala kadar,nak solat,tentera mengawasi,nak solat Jumaat,ada limit umur pula.

Jadi bersyukur syukur dan bersyukurlah...

Kita telah merdeka!!53tahun sudah.Jangan kita cemari hari bersejarah ini dengan tingkah laku binatang,tingkah laku barat yang langsung bercanggah dengan ajaran yang kita bawa,Islam.



Tetapi ingatlah,pada zahirnya,YA.Kita merdeka.Jangan lupa,sebenarnya kita masih lagi terjajah.Jangan pandang kiri kanan depan belakang.Semuanya aman.Kita terjajah di sini..(bukan blog aku daaa...kat kepala korang tu.dalam tu).Dalam pemikiran kita..Ingat dan Ingatkan.Pemikiran kita diresapi anasir jahat,dan kotor,yang dibawa golongan penjajah dan golongan yang tidak redha dengan Islam selama lamanya.Anda tahu siapa?Tidak tahu,jom Halaqah.(haha..boleh ke camni?..boleh3)


Nak dihuraikan,panjang benar.Letih menaip.hoho..

Ni kes lain dari tajuk.Lari sikit

Tadi,setelah 3tahun,akhirnya aku berkunjung ke Bazar Peringgit.Heheh..
Kan ada post aku sebelum ni,tuk menggalakkan tidak pergi ke Bazar jika tiada keperluan
Tapi,aku pergi tadi,memang ada keperluan.Mak aku suh pergi beli Ayam Bangsar daaaa..hoho.Mak da suh,so balik je kerja,pas hantar Luqman,terus meluncur laju dengan "MBK" aku.

[Ayam Percik Bangsar Google]

Fuh.Kita berteori memang senang beb.(Jalan pandang bawah,kawal nafsu nak beli makanan,etc2),time ni la kena praktikkan.

Aku memulakan mission mencari ayam bangsar...

Jalan punya jalan punya jalan...haaa..eh,tu ayam berempah..salah2

Lagi jalan,lagi jalan....eh2.....
Macam kenal wanita itu...
Aku perhatikan dari atas ke bawah,dari bawah ke atas(korang jangan pkir lain)

"Eh,Angah.Da beli ke ayam bangsar ibu punya tu??"
"Eh,Ko D**.Da da.Da beli"

Arghhh..Awat tak tell me awal awal ibu ni dia da pesan kat akak aku..lollzzz

So,alang alang da berada di tengah tengah  BR tu,aku pun menculik sedikit makanan dan minuman tuk di bawa pulang.


  • Ayam Rangka=RM3.50-(Peniaga tu pulang baki untuk harga RM3.00.Aku roger a dia.Jawabnya "eh,alamak..biasalah dik,puasa puasa ni.."..Salahkan puasa pulak??ceh.

  • Air Jambu Hijau = RM2.00


Da dapat barang,terus bergerak dengan laju keluar dari situ.Yang lagi satu aku "bengkek" sikit.Speed aku da mantap da,sekali terhenti dek kerana ada segerombolan geng wanita berjalan beramai ramai.Aku bingit tol ngan orang jenis jalan slow "gila" macam tu.Kalau orang tua /uzur aku paham la.Ini gaya cam pelajar.Aku dengan gaya seperti "MBK" berkuasa tinggi,terus memotong dengan mencelah dari luar dan meninggalkan jauh mereka yang seperti merangkak kelajuannya.kah3..laju gak aku ni..

Dan alang alang bercerita pasal kelajuan,nak berkongsi sedikit..

Sunnah Rasulullah,apabila berjalan,lajunya seperti mana berjalan menuruni bukit.

Jadi,renung renungkan,dan selamat beramal.

note:"MBK" adalah sejenis WAVE 125 Kelabu,milik sepenuhnya En Ishak MD Amin,yang digunakan secara sepenuhnya,oleh Amin,anak beliau..hehe.(tp roadtax,minyak,servis duit aku ye..haha)

Wallahuallam
Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

6 comments:

akuadablog said...

Kau xtgk MBL lagi

Amin Baek said...

akuadablog:

hahha..MBL kt klinik la..apa barang..

arekymz said...

assalam.
mmg btol pon.
skg ni jajahan dari segi rohani.
sy pon salah sorg mangse nye.
masyaallah.

adib baek said...

"Aku pun nak berkempen walaupun masih belum layak mengundi dan masih belum mendaftar dengan SPR"

hehehe,. siannn,. baru 20tahun ek amin dok2 ? keh33

Amin Baek said...

akim:

salam..
huuu..bgtulah..ramai lagi mangsanya.
yang menaip ni pun,antarnya la...

Amin Baek said...

adib xbaek:

ceh..haha
xpe a..masih muda remaja gtu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails