Kita percaya Allah itu Maha Melihat
Tapi entah mengapa
Segala perbuatan kita yang dilakukan
Seolah olah Allah itu tiada
Kita percaya Quran itu kata kata Allah
Tapi entah mengapa
Hendak ditadabbur terasa malas
Apatah lagi hendak dibaca
Kita percaya Muhammad itu pesuruh Allah
Tapi entah mengapa
Sunnah dan saranannya sering kita abaikan
Apatah lagi sunnah terbesarnya
Kita percaya tujuan kita hidup untuk beribadah
Tapi entah mengapa
Solat pun kita tak jaga
Apatah lagi solat di awal waktu
Kita percaya pada Qada' Qadar dan hikmah disebaliknya
Tapi entah mengapa
Bila berlaku kecelakaan
Kita pula yang kerap menyalahkan takdir
Kita percaya Allah itu Tuhan kita
Tapi entah mengapa
Bila di dunia ini
Nafsu pula yang dijadikan Tuhan
Kita percaya Allah dekat dengan kita terutama 1/3 terakhir malam
Tapi entah mengapa
Kita lebih gembira bertemu mamak,menonton bola
Dari berteleku di sejadah,bertaqarrub kepada Allah
Kita percaya majlis ilmu itu taman taman syurga
Tapi entah mengapa
Kita sering mencipta alasan
dan lagi gembira ke ceramah politik
Kita percaya banyak fadhilat solat berjemaah
Tapi entah mengapa
Solat di tempat sempit secara bersendirian menjadi pilihan
Apatah lagi di waktu Subuh yang hening
Kita percaya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang
Tapi entah mengapa
Lebih ramai mencari lagu terkini sebagai pemuas telinga
Alunan zikrullah pula entah ke mana
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang mukmin,baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."[9:111]
Subhanaallah.Allah Maha Penyayang.Sudahlah diberi nikmat percuma,bahkan Allah beli pula dengan satu nilai yang begitu iaitu syurga.Apakah kita masih lagi mahu kufur nikmat?Dengan keadaan begini,diri yang sebegini,hendak di mohon syurga,rasa terlampau tidak layak,jika tidak ke syurga,ke neraka pula.Allahuakbar.Sudah pasti tidak akan pernah mampu menahan seksaannya.Mohon moga diberi rahmatNya.
Seperti apa yang ditulis di atas,kita memang percaya.Kepercayaan kita memang utuh.Tapi masalahnya adakah sudah kita manifestasi kan kepercayaan itu kepada amal perbuatan.Mari tambahkan nilai kepercayaan itu kepada amal perbuatan.Moga mendapat rahmatNya
Lagu astagfirullah dari Opick
Wallahuallam
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]
16 comments:
salam..
terima kasih bg peringatan nie..
rozanna:
salam..sama2..untuk diri sendri juga..
thanx sudi baca blog ini..
byk sgt "pecaya" teringat plak rukun iman..
percaya..
percaya..
dan percaya...
terbaik la amen. xde butang like plak. huhu..persiapkn diri utk bertemu Allah s.w.t. Buknkh ajal tidak kira usia maupun tempat.
like...(butang like xde). mari bersama2 persiapkan dr utk bertemuNya. Bukankah ajal tidak kira usia n tempat.
shahniz:
tu la..
bila ditanya,kita percaya..
tapi tingkh laku kita,kdg2 nampk cm xpercya pun..huhuhu..
muhasabah tuk diri sendri..
bani:
benar..ajal ada di mana2..insyaallah persiapan perlu berlangsung sekarang juga..huhu..
like ada kt atas post tu..haha
jzkk akh.. nice one!
Hariz:
aik..bukan SOA da?hehe..
waiiyyakum...juga tuk muhasbh diri ini...uhuhu
terima kasih utk peringatan. =)
aizuki:
sama2..dan terima kasih juga sudi membaca..
entry yang bagus..keimanan 2 bkn hanya dengan kepercayaan..tapi harus dibuktikan dengan amal..
Banyak yang kita tahu tapi tak boleh nak buat sebab tidak hadirnya iman.. Apabila hadirnya iman, tidak ada taufiq dan hidayat untuk kita laksanakan amalan itu.. Masya-Allah..
syafiq:
yup..amal adalah manifestasi kepercayaan kita..
jamal:
yup..sbab itulah kita terasa berat,walaupun tahu kebaikan dan fadhilatnya..huhu
salam ziarah ya akh..
makin kreatif anta menulis artikel..
semoga semangat mengupdate tidak luntur.
btw, bila nak buat cerpen..
hahaha, teringat cerpen lepas.buat ana gelak je~
Post a Comment