Mar 10, 2011

~Ianya terjadi lagi~


Alhamdulillah aku selamat sampai ke Melaka hari Rabu,jam 7.40 pagi waktu Malaysia.Akhirnya terungkai sedikit ikatan tekanan yang dahsyat dalam kepala ini.Cuti midsemester ini akan cuba ku gunakan sebaiknya untuk meredakan keadaan buat sementara.Test menanti,FYDP menanti,program menanti,dan banyak lagi tanggungjawab sedang menanti.Fuh.Nak berhenti fikir buat seketika

Hari pertama berlangsung dengan suram.Aku masih tidak memulakan sebarang kerja.Dan tiba tiba,hari aku diberi satu kejutan yang sama sekali aku tidak jangka

"Kero meninggal.Eksiden.Amin Jahar cedera ringan.Yau patah kaki."

Inalillahiwainnailaihirajiuun.Aku bagaikan kehilangan nafas masa tu.Sangat terkejut.Masih ku terbayang di hari hari sebelum pulang ke rumah,Allahyarham Khairul Hakimi atau lebih mesra dipanggil Kero,Pelajar Tahun akhir Mekanikal Engineering,sempat menyapa aku sambil tersenyum.Sampai sekarang aku masih terbayang senyumannya itu.Sungguh aku rasa begitu senang dengan sapaan dia hari itu.

3rakan yang lain ialah rakan coursemate,dan Hazwan Arif aka Beliau merupakan pelajar dalam majoring yang sama dengan aku.Syafakkallah sahabat sahabat sekalian.

[Hazwan Arif aka Yau]

Tidak lama kemudian,berita kematian di kawasan taman perumahan aku pula.Rakan kerjaya kepada ayah aku.Sewaktu menjemput emakku dari Peringgit,rupanya selepas menziarahi jiran di taman perumahan aku,dalam perjalanan,terjumpa dia lagi kejadian yang melibatkan kematian.

Aku rasa seperti Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada kita dan aku terutamanya.Kematian boleh berlaku bila bila masa.Dan seolah olah,ia menjadi peringatan buat kita yang masih berhutang oksigen dengan Allah,supaya jangan lalai dan leka dengan kehidupan ini,Kerana nyawa kita ini anytime can be taken away from us.

Alhamdulillah,sebentar tadi sempat aku panjangkan masa ku di Masjid Klebang untuk berjemaah maghrib dan kemudian meluangkan sedikit masa untuk menziarahi kubur di belakangnya.Kalau tidak silap,kali terakhir aku berkunjung ke situ,adalah sewaktu internship dulu,untuk mencari ketenangan.Astagfirullahalazim.Melihat ceracak ceracak nisan yang kaku berdiri,hampir hampir membuat air mata ku tumpah..

Di kala peringatan itu ditunjukkan,begitu jelas di hadapan mata kita,entah mengapa kita dan aku terutamanya makin kerap bermaksiat kepadaNya,makin maju meninggalkanNya,makin rakus untuk melupakanNya.Astagfirullahalzim.Mudah mudahan,pelbagai perkara yang berlaku kini menjadi titik tolak bagi diri kita untuk menjadi lebih baik

Dan tajuk entry pada kali ini,~Ianya terjadi lagi~,kerana inilah kali kedua rakan aku di UTP yang terlibat dalam kemalangan dan kembali kepada Penciptanya.Ini kisah yang pertama. Sini

Dan yang paling meruntun hati,sila lihat komentar yang terakhir.Huhu.

Ini komen kedua beliau di blog aku

Apa pun,kehidupan perlu diteruskan.Oh yea.Khairul Hakimi ini,sepatutnya bakal groupmate aku dalam Projek HRM.Huhuhu.

"Setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi maut"

"Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun"[10:49]

Jadilah kita orang bijak iaitu orang yang selalu mengingati mati.

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

2 comments:

Ahmad Tajul said...

kematian..hmm..

p/s:jgn lupa join ikhwah UTeM sbtu nie..ikhwah UTM nk dtg lwn futsal..

arekymz said...

innalillah...
takziah buat keluarga nya.
mmg bile kehilangan kawan rapat sangat terasa.
tp hidup mesti diteruskan.
:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails