Syukur Alhamdulillah akhirnya,semalam 14hb Januari,lengkap sudah la course yang dinamakan industrial training aku.Lengkap,complete bla3..haha.Rasa lega sangat tapi dalam masa sama,ofcourse la kan rasa sedih2..
Semalam ,masa nak salam salam,banyak juga kata kata semangat,terima kasih dan sebagainya(mcm biasa).Dan ada juga yang seperti terkejut bila aku da abes.
"Bang,saya da last day training ni.Minta maaf salah silap,halalkan ilmu,jumpa lagi ye nant"
"Eh,ko da nak abes ke?Kejap je rasa.Ko intern brape lame ek?
"Yup.8bulan da bang.rini genap bulan ke 8"
"Kejap je rasanya kan"
Pasti semua setuju terasa 8bulan ni terlampau kejap.Punch in punch out,scan in scan out(term orang kerja..ahah),eh,da abes.dan yang seperti kita tau,antara tanda hari kiamat,adalah masa terasa begitu pantas berlalu.Situasi seperti lagi mengiayakan tanda tersebut.Bagaimana agaknya ye preparation kita ?Klu tuk presentation kita pulun abes prepare,bagaimana lak tuk Al Haqqah itu?persoalan tuk kamu dan aku juga
Semalam juga dapatlah makan malam bersama abang abang lab tercinta(wah)..wpun xsume,dan tak dpt mengumpulkan ex brader lab,but still a special nite.Thanx sume kerana sudi datang.kalau kat melaka ni,klu ada celbration ke farewell ke,mesti ramai menuju ke ikan bakar..haha..luqman pun da brape kali p ikan bakar..di sebabkan aku kurang menggemarinya,tempat lain yang jadi pilihan..kedai kelantanese...tomyam la kan..haha..makan besar dan menjadi lagi besar la aku..kah3..owh ye,before tlupa,kat kedai tu,UTP ialah stand for Udang Tepung ok!!jangan terpedaya kalau jumpa word UTP..bukan universiti teknologi PETRONAS..hehe..tergelak2 brader lab ak sambil menyengih sinis terhadap aku,yang juga blajar di UTP.ces.haha
Hari ini hari sabtu.bangun pagi,subuh pastu ngadap laptop.Pasni nak bersiap2,naik bas p perak.Ada satu program yang perlu dihadiri.Ini pun da terlambat da sebenarnya..mintak maaf sgt2..dapat tiket hari ni jek..Moga perjalanan lancar dan saksama(?)..
Ingat nak letak2 gambar tuk intern,takpelah.tak sempat..skadar update ringkas.takut masa balik dr perak t,da basi lak tajuk abes intern ni..haha..insyaallah nak masuk dalam entry pasni.
p/s:lama rasanya tak dapat hadiah..tbe2 pas intern dapat hadiah..tharu2..jam possehl + buku ..hohoh
Showing posts with label ~intern~. Show all posts
Showing posts with label ~intern~. Show all posts
Jan 15, 2011
Dec 24, 2010
~Menantikan saat itu~
Dahulu :-
"Amin,bila kau habis ek??"
"Hurm.Bulan 1 nant.14Januari."
"Owh.Lama lagi tu ek"
Sekarang:-
"Amin,kau habis bila ek??"
"Hurm.Bulan 1 nant.14Januari"
"Owh.Dah tak lama lagi ek.Jap je dah nak 8 bulan"
Petanda nak HABIS internship.Yehuuu...
28 Dis tarikh presentation.Pastu kita enjoy..
Gembira dalam sedih jugak.Seronok melepak ngan brader2..Tapi lagi seronok tak perlu kerja.Hehe
note:Tajuk entry macam entry pasal nikah la pulok
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]
Sep 20, 2010
~Kegilaan Internship~
Hari ini 20 September.Akhirnya berakhirlah cuti panjang yang mendamaikan.Dan bermulanya sesi baru internship.Malasnya..
Masuk minggu ini,ialah minggu ke 16 sesi internship aku di Possehl Electronics Melaka.Sedar tak sedar,sudah 50% daripada tempoh praktikalku telah aku jalani.Total minggu ialah 32 minggu.
Bertindak sebagai trainee di tempat yang pertama kalinya mengambil student dari UTP,bukanlah suatu yang mudah.Ketiadaan sebuah sistem yang standard menyebabkan keempat student dari UTP menjalani kehidupan yang agak berbeza.Ada yang bekerja seperti pekerja yang lain,maksudnya ada daily work,ada yang menunggu projek projek dari supervisor dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk belajar benda benda tiada kena mengena dengan departmentnya.
Pada awalnya,aku sekadar menantikan projek projek daripada supervisor aku.Dan mostly projek dijalankan dalam labscale.Dan ada masa masanya,waktu aku begitu lapang,kerana tiada kerja.Hehe.Jadi kerja aku,adalah menyepam di Google Group Cheme Jan 07 dan juga membaca blog blog di komputer yang disediakan.
Pabila aku mula terasa bosan,aku meyelak note note berkenaan proses di dalam plant.Menyelak ok..Bukan membaca.Hahaha.Dan ada ketikanya,ini lah yang berlaku
Bosan tak ingat terutama di waktu pagi tu.Huhu.Jadi terhasillah karya yang menakjubkan ini.Haha.Sebenar banyak je lagi conteng conteng tapi cukuplah ini tuk diuploadkan.Haha.
Dan pasca raya ini,aku ingatkan rutin seperti biasa.Hanya menunggu sahaja kerja dari bos.Tetapi disebabkan beberapa lab assistant telah resign,maka aku ditugaskan untuk membekap(back up) tenaga kerja di lab dengan melakukan Daily Lab Analysis.Awal awal cam rilek je a.Sempoi je buat.Tapi rupanya,fuh.Serius banyak gila.Terasa penat pulak hari ni.
Moga moga,internship ini akan berakhir dengan cepat.Haha.Tapi besnya intern ni,duit masuk + takde test + dapat duduk rumah.Hoho.Nasihat aku kepada kanak kanak yang bakal menjalani latihan industri ini,jalani lah kehidupan student kamu sekarang puas puas,tak perlu lah menunggu nunggu kan saat internship ni.Ia akan tiba juga.Macam aku dulu,punya lah tak sabar sabar,sekali da kerja,nak belajar balik a pulak.Haha.Cuti pun pendek pendek je a.Huhu.Tak syok.
Sekian sahaja karutan dari aku untuk ~CoretanKu~.
note:Keadaan letih baru balik kerja.
note:note:Bila la nak cuti panjang panjang lagi..
Wallahuallam
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya
Aug 26, 2010
~Aku berkempen~
Ingat politician je nak berkempen walaupun PRU 13 belum diumumkan?
Aku pun nak berkempen walaupun masih belum layak mengundi dan masih belum mendaftar dengan SPR
Aku nak kempen ni.....
Semasa di ofis tadi,disebabkan my boss ke Singapura atas tujuan business trip,dan kerja aku bergantung pada dia,maka hari ini aku bercuti pada mental,tetapi bekerja pada fizikal,aku berkesempatan ke blog seperti dilinkkan di atas.Beliau atas tujuan "Khidmat Masyarakat" telah mengadakan sebuah kempen yang pada aku,amat baik
Jadi,dengan prihatin dan concernnya aku,aku juga ingin menyahut kempen tersebut dan menyeru kawan kawan pembaca blog ini turut sama bersama sama kami.
Hari Kemerdekaan
31 Ogos 1957 ,tarikh bersejarah buat kita.Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.Bebas dari cengkaman penjajah.Alhamdulillah
[Di Pulau Gadong]
Bersyukurlah kita,
Kita tidak lagi dicengkam ketakutan melihat askar memikul senjata menghala ke kepala kita
Kita tidak lagi berkurung di dalam rumah ketakutan
Kita tidak lagi menelan ubi kayu dengan garam semata
Bersyukurlah kita dengan apa yang ada hari ini....
[Simpang Cheng]
Teringat kata kata Faizal Tahir,di Buletin Utama semalam.Beliau yang baru pulang dari Palestin berkata(lebih kurang begini maksudnya)"Bila saya tiba di Malaysia,saya bersyukur sangat sangat.Kita sekarang senang...."
Bila kita bandingkan keadaan kita dengan rakyat di Palestin sana,jauh bezanya.Kita jauh lebih senang.Berpuasa dengan senang lenang.Terawih,tanpa pemantauan askar.Sesiapa sahaja boleh bersolat Jumaat.Tetapi di Palestin,nak berbuka pun,makanan ala kadar,nak solat,tentera mengawasi,nak solat Jumaat,ada limit umur pula.
Jadi bersyukur syukur dan bersyukurlah...
Kita telah merdeka!!53tahun sudah.Jangan kita cemari hari bersejarah ini dengan tingkah laku binatang,tingkah laku barat yang langsung bercanggah dengan ajaran yang kita bawa,Islam.
Tetapi ingatlah,pada zahirnya,YA.Kita merdeka.Jangan lupa,sebenarnya kita masih lagi terjajah.Jangan pandang kiri kanan depan belakang.Semuanya aman.Kita terjajah di sini..(bukan blog aku daaa...kat kepala korang tu.dalam tu).Dalam pemikiran kita..Ingat dan Ingatkan.Pemikiran kita diresapi anasir jahat,dan kotor,yang dibawa golongan penjajah dan golongan yang tidak redha dengan Islam selama lamanya.Anda tahu siapa?Tidak tahu,jom Halaqah.(haha..boleh ke camni?..boleh3)
Nak dihuraikan,panjang benar.Letih menaip.hoho..
Ni kes lain dari tajuk.Lari sikit
Tadi,setelah 3tahun,akhirnya aku berkunjung ke Bazar Peringgit.Heheh..
Kan ada post aku sebelum ni,tuk menggalakkan tidak pergi ke Bazar jika tiada keperluan
Tapi,aku pergi tadi,memang ada keperluan.Mak aku suh pergi beli Ayam Bangsar daaaa..hoho.Mak da suh,so balik je kerja,pas hantar Luqman,terus meluncur laju dengan "MBK" aku.
[Ayam Percik Bangsar Google]
Fuh.Kita berteori memang senang beb.(Jalan pandang bawah,kawal nafsu nak beli makanan,etc2),time ni la kena praktikkan.
Aku memulakan mission mencari ayam bangsar...
Jalan punya jalan punya jalan...haaa..eh,tu ayam berempah..salah2
Lagi jalan,lagi jalan....eh2.....
Macam kenal wanita itu...
Aku perhatikan dari atas ke bawah,dari bawah ke atas(korang jangan pkir lain)
"Eh,Angah.Da beli ke ayam bangsar ibu punya tu??"
"Eh,Ko D**.Da da.Da beli"
Arghhh..Awat tak tell me awal awal ibu ni dia da pesan kat akak aku..lollzzz
So,alang alang da berada di tengah tengah BR tu,aku pun menculik sedikit makanan dan minuman tuk di bawa pulang.
- Ayam Rangka=RM3.50-(Peniaga tu pulang baki untuk harga RM3.00.Aku roger a dia.Jawabnya "eh,alamak..biasalah dik,puasa puasa ni.."..Salahkan puasa pulak??ceh.
- Air Jambu Hijau = RM2.00
Da dapat barang,terus bergerak dengan laju keluar dari situ.Yang lagi satu aku "bengkek" sikit.Speed aku da mantap da,sekali terhenti dek kerana ada segerombolan geng wanita berjalan beramai ramai.Aku bingit tol ngan orang jenis jalan slow "gila" macam tu.Kalau orang tua /uzur aku paham la.Ini gaya cam pelajar.Aku dengan gaya seperti "MBK" berkuasa tinggi,terus memotong dengan mencelah dari luar dan meninggalkan jauh mereka yang seperti merangkak kelajuannya.kah3..laju gak aku ni..
Dan alang alang bercerita pasal kelajuan,nak berkongsi sedikit..
Sunnah Rasulullah,apabila berjalan,lajunya seperti mana berjalan menuruni bukit.
Jadi,renung renungkan,dan selamat beramal.
note:"MBK" adalah sejenis WAVE 125 Kelabu,milik sepenuhnya En Ishak MD Amin,yang digunakan secara sepenuhnya,oleh Amin,anak beliau..hehe.(tp roadtax,minyak,servis duit aku ye..haha)
Wallahuallam
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]
Aug 25, 2010
~Like~
Oppps..
Ini bukan facebook nak "like like".Entry ni tiada kena mengena sama ada dengan "like FB" yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
Cuma aku nak berkongsi sedikit cerita.Ini adalah cerita yang benar.Baru sahaja aku mendapat tahu cerita ini.Moga dapat mengambil pengajaran
Permulaan Cerita
Kisahnya begini...........
Ada seorang pemuda yang agak perasan tampan,Aman(bukan nama sebenar) yang merupakan seorang trainee di kilang elektronik yang terpencil di selatan tanahair,Rosshel Potato Kriuk Sdn Bhd dan juga seorang staff di sana,yang telah lebih 10 tahun mencurah,menumpahkan dan menitikkan air peluh beliau di sana,Miss Thinggam(juga bukan nama sebenar).Beliau merupakan seorang penganut agama Hindu yang taat.Di meja nya,pelbagai keratan doa dan gambar di tampal untuk sentiasa memperingati dirinya...
Suatu tengah hari yang dingin............................kerana aircondnya agak perform hari tu..Aman asyik membelek belek majalah kesayangannya,Folusi di meja beliau.Disebabkan Ramadhan,Aman hanya berminat duduk di tempatnya instead pergi ke kantin,dan ditangkap Jabatan Agama Islam.
Tiba tiba.....
MT:Hey Aman,u baca buku apa tu?
AM:Takde pape pun.Buku ni haaa...(Sambil menunjukkan muka depan nya)..

Miss Thinggam terpana melihat tangan di cover page tersebut.Besar juga tangannya.Lebih kurang tangan Aman je.
MT:(Diam sebentar).Owh.Ini buku about ur agama ye?
AM:Hurm.Lebih kurang begitu la.Buku ini pun agak baru di pasaran.Tak sampai 2tahun pun dipublishkan.
Aman menggoreng fakta yang dia tahu.Ini kerana dia tengah asyik membaca tajuk kegemarannya,Nikah.
MT:Baguslah pemuda sekarang ni.Suka baca buku agama.U pun selalu I nampak bawak buku.Nampak kt rak tu..(Sambil menjuihkan bibirnya yang bersalut lipstik berwarna merah gelap ke arah rak yang disediakan untuk Aman)
[Lebih kurang begini kot raknya]
AM:(sengih menampakkan giginya tanpa ada lada di celahannya.Bersih tanpa kotoran..kerana sudah disental dengan berus gigi)
MT:Haa Aman.U tau tak,dulu ada sorang engineer tau.Nama dia Farid.Dia duduk hujung sana.(Sekali lagi menjuihkan bibirnya menunjukkan arah)
AM:(Memerhatikan juihan bibir Miss Thinggam dan melihat tempat yang dimaksudkan.Sudah ada orang lain da.)
MT:Dia bagus tau.Kalau tak silap,bini dia guru sekolah agama.Dia biasanya akan datang jam 715pagi.Then nobody will disturb him until 8am.8am he will starts his job.
AM:Dia buat apa dari 7suku sampai 8.Korek hidung ke apa?Takde orang kacau pun.Saya yang datang 7.50 ni pun,ramai je potong stim.Kah3.
MT:Dia dari 715 tu,dia akan baca KURAN(baca:Quran)..(Sambil buat gaya membelek belek helaian Quran)
AM:Wah.Dia memang patut datang kol8,tapi dia datang 715??Mantap gile.
MT:Yup.Saya respek sama dia.I really LIKE him~
AM:(Terdiam)
MT:(Bergerak mengikut angin.ini tipu .Bergerak mengikut bau makanan di kantin)
Aman berfikir sejenak,dua jenak,dan tiga jenak.Owh.Dia teringatkan ikan jenak pulak.Ceh.Puasa kot.Lantas meneruskan bacaan tentang nikah dengan tenang dan harmoni dan fokus nya..
Tiba tiba....
AM:Eh!!Kol 125 da..Da masuk zohor da ni.Tertidur la plak...LOOOOOOOL..
end of story:
Apakah pengajaran yang anda dapat dari kisah benar(cm rancangan TV3 a plak) ini??
Ceh..Anda memang tidak akan jawab,sebab ini blog.Lol.
Sebenarnya,apa yang aku nak sampaikan di sini.Lihatlah betapa seorang non-muslim(Hindu) yang taat gila pada agamanya,meluahkan rasa hormatnya dan sukanya pada individu yang begitu konsisten mengamalkan ajaran Islam.
Tidak perlu la kita bekerja keras gila gila di hadapan orang untuk dihormati.Tidak perlu lah kita membelanja semua kawan kawan di ofis untuk memperoleh penghormatan itu.
"Hai orang orang yang beriman.masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turut langkah langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh mubin buatmu"[2:208]
Inilah cara yang sebenar...
Bila Islam sebenar dipraktikkan secara menyeluruh..
Mutu kerja..terbaik
Sosial...terbaik
Amalan...terbaik
Semua...terbaik
Maka barulah boleh dapat "like" dari semua orang.Tidak kira kecik,besar,tua,muda,Islam,non-muslim.Kita boleh lihat sekarang,umat Islam diperkotak katikkan.Tiada rasa hormat dari orang awam.You are a muslim?Owh.Ok..Tu saja.Sebab itulah,mantan Menteri Pertahanan Israel,Saul Mofaz berkata semasa umat Islam bangun menentang mereka, "Biarkan saja,nanti mereka akan lupa juga".Tiada langsung rasa risau mahupun hormat dalam kata kata tersebut.Ini juga salah kita,kerana tidak mengambil Islam sepenuhnya.Jika diamalkan,pasti musuh Islam akan hormat dan gentar untuk mencari masalah dengan umat Islam.
Walauapa pun,"like" dari manusia bukan apa apa jika tidak mendapat "like" dari Yang Maha Esa.
Itulah sebenar benar tujuan kita.
KeredhaanNya. >>--noktah
note:tiada kaitan dengan cerita:siapa ada tips bagaimana mengelak mengantuk di bulan Ramadhan?aku bila takde keje,kompem ngantuk gila...huhu
Wallahuallam
Taman Pulau Gadong Jaya
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]
Subscribe to:
Posts (Atom)




